PETALING JAYA - Mayat dipercayai lelaki ditemui terapung di sungai di Tropicana Indah, Kota Damansara, semalam.
Mayat ditemui orang ramai kira-kira jam 2 petang sebelum  dimaklumkan kepada polis .
Mangsa dipercayai berusia 35 tahun dan dikenali sebagai George Lee Vui Hon.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Azmi Abu Kassim mengesahkan kejadian.
“Punca kejadian masih dalam siasatan,” katanya.