Search This Blog

Wednesday, June 24, 2015

Jari digilis mesin tebu



Che YAH menunjukkan mesin pengisar tebu yang menggilis tangan Zainab ketika ditemui di Kampung Tebing, Pengkalan Kubor, Tumpat semalam.


TUMPAT – Seorang ibu yang mahu mencari wang perbelanjaan hari raya dengan menjual air tebu pada bulan Ramadan terpaksa melupakan hasrat itu selepas tiga jari tangan kanannya hancur digilis mesin pengisar tebu di Kampung Tebing, Pengkalan Kubor baru-baru ini.
Dalam kejadian pada pukul 4 petang, Jumaat lalu itu, mangsa Zainab Isa, 51, sedang memerah tebu di hadapan rumahnya untuk dijual di bazar Ramadan Kampung Geting dekat sini sempena Ramadan ini.
Menurut adik ipar mangsa, Che Yah Hassan, 52, kejadian itu berlaku dengan pantas tanpa disedari Zainab.
“Ketika itu, dia sedang memasukkan sebatang tebu ke dalam mesin sebelum tangannya turut termasuk ke dalam dan digilis mesin tersebut
“Saya yang berada di situ terkejut dengan kejadian itu dan lantas mematikan mesin tebu selepas mendengar jeritan Zainab serta terus menarik tangannya keluar,” katanya kepada Kosmo! di sini semalam.


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2015&dt=0624&pub=Kosmo&sec=Negara&pg=ne_08.htm#ixzz3dvg3xn1y 
Hakcipta terpelihara 

No comments:

Post a Comment