Search This Blog

Tuesday, June 9, 2015

Gempa bumi lebih kuat


BANYAK bangunan mengalami kerosakan selepas gempa bumi terkuat dalam sejarah melanda Ranau, Sabah pada Jumaat lalu. – Gambar hiasan


KUALA LUMPUR – Sabah mungkin berdepan dengan risiko gempa bumi lebih besar selepas menerima sebanyak 54 gegaran susulan dalam tempoh tiga hari selepas berlaku gempa bumi terkuat di Malaysia berukuran 5.9 pada skala Richter yang berpusat di Ranau, Sabah pada Jumaat lalu.
Pakar geologi, Prof. Madya Datuk Dr. Mohamad Ali Hasan berkata, gegaran susulan yang terlalu banyak itu dianggap luar biasa dan kemungkinan gempa bumi yang lebih kuat akan berlaku tidak boleh diketepikan.
“Sesuatu kawasan yang dilanda gempa tidak menerima gegaran susulan yang terlalu banyak dan lazimnya gegaran susulan yang berlaku tidak melebihi 10 kali seperti yang berlaku baru-baru ini di Landa Kathmandu, Nepal.
“Bagaimanapun, jika gegaran susulan lemah, maka risiko berlakunya gempa bumi lebih rendah,” katanya ketika dihubungi Kosmo! di sini semalam.


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2015&dt=0609&pub=Kosmo&sec=Negara&pg=ne_01.htm#ixzz3cViYEIOw 
Hakcipta terpelihara 

No comments:

Post a Comment