Search This Blog

Tuesday, June 16, 2015

50 rumah atas air musnah


HISYAMUDDIN AYUB  |  16 Jun 2015 1:42 AM


SEORANG anggota bomba memadamkan api dalam kebakaran melibatkan 50 rumah di Kampung Pondo, Pulau Gaya, Kota Kinabalu, Sabah, semalam.

KOTA KINABALU 15 Jun - Demi menyelamatkan diri daripada menjadi mangsa kebakaran, beberapa orang penduduk di Kampung Pondo di Pulau Gaya dekat sini nekad terjun ke laut.
Itu antara tindakan yang terpaksa dilakukan oleh mereka ketika api mula marak di kediaman ma- sing-masing kira-kira pukul 7 pagi hari ini.
Dalam kejadian itu, sejumlah 50 rumah di perkampungan atas air musnah dan dipercayai 300 penduduk tinggal sehelai sepinggang.
Ketua Pusat Gerakan Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) negeri, Mohd. Affendy K. Ramin berkata, meskipun kejadian itu memusnahkan banyak rumah, tiada kemalangan jiwa dilaporkan.
Menurutnya, JBPM negeri mendapat panggilan pada pukul 7.07 pagi dan tindakan segera diambil bagi memadam kebakaran.
“Kita menggunakan kaedah pancutan sumber air terbuka bagi memadamkan api yang marak me­nyala.
“Berdasarkan maklumat awal, sebanyak 50 rumah di perkampu­ngan itu musnah,” katanya di sini.
Jelasnya, seramai 19 anggota bomba yang menggunakan sebuah bot dikerahkan dalam operasi dan kebakaran berjaya dikawal daripada merebak pada pukul 7.59 pagi.
“Operasi berkenaan turut dibantu seramai 50 anggota Balai Polis Pulau Gaya dan polis marin dengan menggunakan tiga buah bot,” katanya.
Tambahnya, operasi kemudian ditamatkan pada pukul 9.29 pagi, sementara punca dan jumlah kerugian masih dalam siasatan.
- See more at: http://www.utusan.com.my/berita/nahas-bencana/50-rumah-atas-air-musnah-1.103577#sthash.myGC0yMu.dpuf

No comments:

Post a Comment