Search This Blog

Monday, May 25, 2015

Dua ditahan jual tiket palsu piala FA 2015


KUALA LUMPUR – Polis memberkas dua lelaki yang bertindak menjual tiket palsu perlawanan akhir Piala FA 2015 antara Kelantan dan Lions XII di hadapan pintu utama tempat letak kereta Stadium Bukit Jalil di sini kelmarin.
Dalam kejadian pukul 3.10 petang itu, E. Someetherem, 50, yang merupakan pegawai Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) telah menerima aduan daripada orang awam berhubung ­kegiatan tersebut sebelum memaklumkan perkara itu kepada pihak polis.
Ketua Polis Daerah Cheras, Asisten Komisio­ner Chong Kok Sin berkata, sepasukan polis dari unit cawangan pencegahan jenayah Balai Polis Bukit Ja­lil dikerah ke lokasi sebaik menerima aduan.
Katanya, sebaik tiba, polis bertindak menahan dua lelaki berusia 20 dan 26 tahun serta merampas 165 keping tiket palsu da­ripada mereka.
“Hasil pemeriksaan mendapati 165 keping tiket itu mempunyai nombor siri yang sama iaitu 0019092,” katanya ketika dihubungi semalam.


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2015&dt=0525&pub=Kosmo&sec=Negara&pg=ne_08.htm#ixzz3b6fPCpZa 
Hakcipta terpelihara 

No comments:

Post a Comment