Search This Blog

Saturday, April 11, 2015

Tak sedar lori undur

Kuala Lumpur: Malang tidak berbau apabila seorang mekanik maut sejurus digilis lori ketika dia leka menukar bateri kenderaan berat itu.
Dalam kejadian jam 1 tengah hari semalam, mangsa yang berusia 46 tahun digilis lori itu yang mengundur secara mendadak di Jalan Ipoh di sini.
Sumber berkata, mangsa dipercayai datang ke tempat kejadian bagi membaiki kenderaan itu selepas menerima arahan membaiki kenderaan itu yang rosak sejak beberapa hari lalu.
“Mangsa yang dipercayai menukar bateri lori itu bagaimanapun digilis lori itu mengakibatkan kecederaan parah di bahagian kepala.
“Mangsa maut serta-merta akibat kecederaan parah di kepala. Mayat mangsa dihantar ke Hospital Kuala Lumpur (HKL) untuk bedah siasat. Bagaimanapun punca sebenar kejadian masih lagi disiasat,” katanya.
Jurucakap polis trafik Kuala Lumpur ketika dihubungi mengesahkan kejadian itu dan meminta orang ramai yang mempunyai maklumat supaya tampil membantu siasatan.
“Siasatan turut dilakukan Bahagian Siasatan Jenayah Daerah Sentul sekiranya wujud unsur jenayah dalam kejadian itu,” katanya.
Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 10 April 2015 @ 10:46 AM


MAYAT mangsa digilis lori dibaiki.
- See more at: http://www.hmetro.com.my/node/42796#sthash.dRqJ3Ggt.dpuf

No comments:

Post a Comment