Search This Blog

Friday, April 17, 2015

Suspek lalok ditahan dengan 302 bungkus tembakau

Jeli: Polis Kelantan merampas 302 bungkus tembakau seludup bernilai RM60,000 di dalam lori di Hentian Damai, Jalan Timur Barat, malam tadi.
Dalam serbuan 11.30 malam itu polis turut menahan dua lelaki berusia 28 dan 30 tahun untuk siasatan lanjut.
Ketua Polis Daerah Deputi Superintendan Mohd Yusoff Jaafar berkata, ketika ditahan suspek sedang khayal menghisap dadah di dalam lori berkenaan.
"Pemeriksaan polis mendapati lori berkenaan membawa muatan tembakau.
"Siasatan awal mendapati tembakau itu diperoleh dari negara jiran untuk dibawa ke Pulau Pinang," katanya.
Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 16 April 2015 @ 4:02 PM


ANTARA tembakau seludup yang dirampas. FOTO Kamal Majid
- See more at: http://www.hmetro.com.my/node/44251#sthash.3WcuqXRZ.dpuf

No comments:

Post a Comment