Search This Blog

Thursday, April 23, 2015

Sudah bersedia

Cilacap (Indonesia): Kawalan keselamatan di Pulau Nusakambangan ditingkatkan menjelang pelaksanaan hukuman mati terhadap beberapa pesalah dadah.
Hukuman mati terhadap 10 pesalah berkenaan dijangka dilaksanakan selepas Sidang Kemuncak Asia Afrika yang kini sedang berlangsung di Jakarta.
Kawalan keselamatan hanya ditingkatkan di Pulau Nusakambangan yang menempatkan penjara dan lokasi hukuman itu dijalankan.
Sumber memberitahu agensi berita Antara, beberapa jabatan polis dan unit tentera Indonesia dikerahkan untuk berkawal di penjara berkenaan.
Kata sumber, peningkatan kawalan keselamatan itu mempunyai kaitan terhadap pelaksanaan hukuman mati terhadap pesalah dadah dan beberapa pesalah lain yang terbabit dalam aktiviti pengganas.
Seorang pegawai penjara di wilayah Jawa Tengah, Yuspahruddin mengaku kawalan keselamatan di penjara itu ditingkatkan.
Peguam negara, HM Prasetyo sebelum ini memberitahu hukuman terhadap pesalah berkenaan mungkin dijalankan selepas Sidang Kemuncak Asia Afrika berakhir.
Sehingga kini sembilan daripada 10 pesalah dadah berkenaan sudah dipindahkan ke penjara di Pulau Nusakambangan.
Seorang lagi pesalah warga Filipina, Mary Jane Fiesta Veloso masih ditempatkan di penjara Lapas Wirogunan di Yogyakarta.
Sembilan pesalah yang menanti hukuman mati terdiri daripada dua warga Australia, Andrew Chan dan Myuran Sukumaran, dua warga Nigeria, Silvester Obiekwe Nwaolise, Okwudili Oyatanze dan Raheem Agbaje Salami serta seorang warga Perancis, Serge Areski Atlaoui, seorang warga Ghana, Martin Anderson alias Belo, Rodrigo Gularte dari Brazil dan seorang warga Indonesia, Zainal Abidin.
- See more at: http://www.hmetro.com.my/node/45689#sthash.4VYJuhXM.dpuf

No comments:

Post a Comment