Search This Blog

Thursday, April 23, 2015

Siasat 152 kes balak haram



Sebahagian kayu balak haram yang dirampas pihak berkuasa di Ladang Baru Temala, Baram pada 27 Mac lalu. – Gambar hiasan.


KUCHING – Sebanyak 152 kes pembalakan haram di negeri ini disiasat sepanjang 2014 hingga April tahun ini, manakala 137 suspek sudah ditahan bagi memberi keterangan.
Menteri Muda Alam Sekitar negeri, Datuk Len Talif Salleh berkata, daripada jumlah yang ditahan, seramai 75 orang telah dikompaun melibatkan jumlah sebanyak RM2.3 juta.
Katanya, kerajaan negeri juga mengambil beberapa langkah jangka panjang seperti menguatkuasakan 100 peratus berhubung pengiraan dan penandaan pokok bagi menangani kegiatan pembalakan haram di Sarawak.
“Selain itu, pembalak berlesen juga digalakkan untuk memperoleh persijilan hutan yang sah selain meminda Ordinan Perhutanan Negeri dengan meningkatkan kadar denda dan hukuman bagi langkah pencegahan.


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2015&dt=0423&pub=Kosmo&sec=Negara&pg=ne_10.htm#ixzz3Y5DTN5rk 
Hakcipta terpelihara 

No comments:

Post a Comment