Ketua Polis negeri, Datuk Abdul Rahim Hanafi berkata, semua individu terbabit terdiri daripada lelaki berusia antara 22 dan 36 tahun dan dipercayai terlibat dengan pelbagai aktiviti jenayah serta mempunyai rekod kesalahan lampau.
Menurutnya, semua lelaki yang diburu itu dipercayai terlibat dengan aktiviti Geng Thug India dan menjadi ahli kumpulan 04, 08 dan 36.
“Orang ramai yang mempunyai maklumat berhubung semua individu yang dicari ini diminta tampil membantu siasatan.
“Semua mereka ini adalah rakyat tempatan berasal dari negeri ini dan amat diperlukan bagi membantu siasatan terhadap pelbagai kesalahan membabitkan jenayah keganasan yang berlaku di seluruh negeri ini,” katanya.
Beliau berkata demikian dalam sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Kontinjen negeri, di sini hari ini.
Mereka yang diburu terdiri daripada V. Mogan, 28; M. Tharmaraj, 21; J. Raymond, 30; R. Elamaran, 29; M. Devandren, 23; G. Thinagaraju, 27; V. Poganeswaran, 33; M. Saravanan, 35; K. Moganathas, 27; T. Rudradevan, 22; S. Jeevarasan, 21; M. Murugan, 36; D. Tigendran, 28; R. Benjamin, 40.
Selain itu turut diburu ialah R. Senthuran, 23; S. Sree Marethy, 26; S. Barathraj, 21; D. Thirukumaran, 22; Mohd. Firdaus Abd. Rahman 31; M. Nithiyanatham, 22; G. Vivek, 22; V. Murugan, 23; K. Pasubathi, 26; V. Logeswaran, 25; M. Sivabalan, 22; P. Logeshwaran, 29.
Abdul Rahim menegaskan, semua individu yang diburu bukan terdiri daripada ahli kongsi gelap tetapi hanya terlibat dengan aktiviti jenayah keganasan.