Search This Blog

Sunday, April 26, 2015

Gegaran kuat dirasai di utara India

SABTU, 25 APRIL 2015 @ 5:46 PM




 PENDUDUK India berkumpul di tengah jalan berikutan gegaran dirasai di kawasan utara India susulan kejadian gempa bumi berukuran 7.9 pada skala Richter yang berpusat kira-kira 77 kilometer dari ibu negara Nepal, Kathmandu. - Foto AFP


 NEW DELHI: Gegaran kuat turut dirasai di kawasan utara India susulan kejadian gempa bumi berukuran 7.9 pada skala Richter yang berpusat kira-kira 77 kilometer dari ibu negara Nepal, Kathmandu. Penduduk di beberapa bandar raya di India iaitu Mumbai dan Kolkata di utara dan malah di Cochin di selatan melaporkan gegaran dirasai antara 30 saat dan 45 minit. Di ibu negara New Delhi, orang ramai bergegas keluar ke jalan raya tetapi setakat ini tiada kerosakan teruk atau kematian dilaporkan. Bagaimanapun, banyak yang masih takut untuk masuk semula ke bangunan atau rumah. Beberapa minit selepas kejadian gempa bumi itu, Jabatan Meteorologi India mengeluarkan amaran bahawa ia gempa bumi kuat dan penduduk di utara negara ini diminta bersedia untuk menghadapi gempa bumi susulan. Jabatan itu melaporkan berlaku gempa bumi susulan berukuran 6.6 pada skala Richter dengan ibu negara India ini merekodkan gegaran berukuran 5 pada skala Richter. - BERNAMA

No comments:

Post a Comment