Search This Blog

Thursday, April 30, 2015

Remaja terselamat selepas lima hari terperangkap

Remaja terselamat selepas lima hari terperangkap
Remaja terselamat selepas lima hari terperangkap

KATHMANDU - NEPAL. Remaja 15 tahun ditemui selamat selepas lima hari terperangkap dalam runtuhan akibat bencana gempa bumi yang melanda negara itu Sabtu lalu.
 
Menurut laporan BBC, remaja itu ditemui oleh pasukan penyelamat dan kerja-kerja mengeluarkan mangsa masih diteruskan.
 
Pasukan penyelamat di seluruh negara bertungkus lumus mencari mangsa yang mungkin masih terselamat walaupun peluang untuk menemui mangsa yang terselamat adalah tipis.
 
Ketua Pusat Pengurusan Bencana, Kementerian Perumahan Nepal, Rameshwor Dandal berkata, kemungkinan tiada lagi mangsa yang masih hidup.
 
"Cuaca hujan telah menyukarkan operasi mencari dan menyelamat,” katanya.
 
Gempa bumi kuat yang berukuran 7.9 pada skala Richter itu berlaku pada jam 2.45 petang waktu Malaysia.
 
Gempa bumi itu mengakibatkan kemusnahan besar-besaran harta benda dan juga merosakkan banyak mercu tanda bersejarah termasuk tapak warisan diiktiraf Unesco seperti Menara Dharahara Tower dan Dataran Durbar.

Kematian gempa bumi mencecah 7,624 orang

Saintis sudah ramal gempa bumi Nepal
Mangsa gempa bumi Nepal.

KATHMANDU - NEPAL . Jumlah kematian dalam gempa bumi 25 April di Nepal meningkat ke 5,020 dan ia dijangka terus meningkat ketika pekerja menyelamat masih berusaha mengeluarkan mayat dari kawasan runtuhan.
  
Menurut jurucakap kementerian dalam negeri Balbhadra Giri, jumlah itu adalah bagi mayat yang dikeluarkan setakat Rabu petang sementara bilangan yang cedera mencecah 7,624.
  
Ketika kerajaan menumpukan usaha mencari dan menyelamat, mangsa-mangsa menuduh kerajaan kurang memberi perhatian terhadap kerja pemulihan.
  
Mereka menunjuk perasaan pada Rabu di Kathmandu atas sikap sambil lewa kerajaan dalam operasi menyelamat dan melakukan pemulihan.
  
Mereka mendakwa Perdana Menteri, Sushil Koirala sendiri bertanggungjawab atas prestasi yang lembab. - Bernama

Wanita pecah cermin kereta suami curang

Wanita pecah cermin kereta suami curang
Video yang berjaya dirakam.

NANJING - CHINA. Kerana berang dengan tindakan suaminya yang curang, seorang wanita tidak dapat menahan kemarahannya dengan memecahkan cermin kereta suaminya.

Video yang berdurasi 2.25 minit itu menunjukkan, seorang wanita menjerit sambil mengetuk cermin kereta suaminya itu dengan batu sehingga menyebabkan tangan wanita itu cedera dan berlumuran darah.

Selepas memecahkan tingkap depan kereta, wanita itu memecahkan cermin di bahagian pemandu walaupun suaminya masih berada di dalam kereta berkenaan.

Wanita itu dilihat turut menampar suaminya itu.
Orang ramai yang berada di tempat kejadian hanya menyaksikan insiden itu dan tidak cuba menghalang perbuatan wanita berkenaan.

Bakar kereta kerana tidak bagi rokok

bakar kereta kerana tidak bagi rokok
Kejadian yang berjaya dirakam CCTV

JURUSALEM - Seorang wanita bertindak membakar kereta seorang lelaki yang sedang mengisi minyak selepas lelaki tersebut enggan memberikan rokok yang dimintanya.

Tindakan wanita itu berjaya dirakam oleh kamera litar tertutup CCTV itu menunjukkan seorang wanita bertindak menyalakan api di bahagian pam pengisi minyak sehingga menyebabkan api terus menyambar kereta berkenaan.

Lelaki tersebut dengan pantas terus mengalihkan pam pengisi minyak tersebut dan tindakan pantasnya itu berjaya menghalang letupan yang lebih besar.

Wanita itu bagaimanapun tidak mengaku bersalah dan kini ditahan oleh pihak berkuasa.

Memetik laporan Metro.uk, api berjaya dipadamkan oleh kakitangan di stesen minyak berkenaan.

Hukuman mati dilaksana terhadap tujuh banduan asing di Indonesia


JAKARTA 29 April – Pihak berkuasa Indonesia melaksanakan hukuman mati terhadap lapan pesalah dadah termasuk tujuh banduan asing di Penjara Nusakambangan, Cilacap, awal hari ini.
Hukuman tersebut dilaksanakan oleh skuad penembak kira-kira pukul 12 tengah malam waktu tempatan melibatkan tujuh banduan asing iaitu dua rakyat Australia, seorang dari Brazil dan empat rakyat Afrika.
Seorang banduan wanita dari Filipina, Mary Jane Veloso, menerima pengampunan sejam sebelum hukuman dilaksanakan selepas dia didapati menjadi mangsa sindiket pengedaran dadah. - AFP
- See more at: http://www.utusan.com.my/berita/luar-negara/hukuman-mati-dilaksana-terhadap-tujuh-banduan-asing-di-indonesia-1.85742#sthash.rZxoBsbh.dpuf

Monday, April 27, 2015

Semakin ramai remaja ambil pil kuda


Harganya murah, mudah diperoleh punca salah guna berleluasa

Ibrahim Abd. Ghani (kiri) memberi nasihat kepada sebahagian penagih
Ibrahim Abd. Ghani (kiri) memberi nasihat kepada sebahagian penagih dadah yang ditahan dalam Op Nyambar di sekitar Pasir Mas, Kelantan, semalam.
PASIR MAS 26 April - Ancaman pil kuda terutama terhadap remaja di negeri ini semakin membimbangkan apabila dadah jenis methamphetamine amat mudah diperoleh de­ngan harga serendah RM10 sebiji.
Pengarah Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) negeri, Ibrahim Abd. Ghani berkata, maklumat itu diperoleh pihaknya selepas menyoal penagih yang ditangkap ketika operasi diadakan.
Menurutnya, kebanyakan pena­gih memberitahu mereka tidak berdepan dengan masalah untuk mendapatkan bahan itu bagi mele­paskan gian.
“Bukan itu sahaja, harganya cukup murah menyebabkan ramai yang terlibat dengan penyalahgunaan bahan terlarang itu,” katanya kepada pemberita dalam sidang akhbar Op Nyambar di pejabat AADK daerah Pasir Mas, di sini hari ini.
Sebelum ini, harga sebiji pil ialah RM35 bagaimanapun bahan terlarang dikatakan turun secara mendadak disebabkan semakin mudah diperoleh dan wujud persaingan antara pengedar dadah.
Kebanyakan pil kuda dibawa ma­suk dari Thailand.
Mengulas mengenai Op Nyam­bar, Ibrahim memberitahu, 73 pe­nagih dadah termasuk enam remaja berjaya ditahan dalam operasi yang bermula semalam dan berakhir kira-kira pukul 6.30 pagi ini.
Katanya, berdasarkan ujian sa­ringan air kencing, kesemua suspek berusia antara 17 tahun hingga 43 tahun itu positif dadah.
“Majoriti 90 peratus daripadanya terlibat dengan penagihan dadah jenis methamphetamine atau pil kuda manakala selebihnya terlibat dengan dadah jenis heroin, morfin dan ganja.
“Kesemua yang ditahan kini disiasat mengikut Akta Rawatan Pemulihan Dadah 1983,” ujarnya.
Tambahnya, operasi selama 24 jam itu melibatkan 120 anggota yang dibahagikan kepada empat zon me­libatkan 11 lokasi yang dikenal pasti antaranya Kedondong, Limbat, Aur Cina dan Gelang Gajah.
“Op Nyambar di Pasir Mas merupakan yang pertama untuk tahun ini dan akan diperluaskan ke seluruh negeri,” katanya.
“Pelaksanaan Op Nyambar ini bertujuan membanteras pengedaran dan penyalahgunaan dadah yang didapati semakin berleluasa di negeri ini,” katanya.
- See more at: http://www.utusan.com.my/berita/jenayah/semakin-ramai-remaja-ambil-pil-kuda-1.84997#sthash.Y6iwXR4C.dpuf

Penyamun banglo dicekup


Penjenayah (berbaju putih) yang diberkas selepas merompak banglo
Penjenayah (berbaju putih) yang diberkas selepas merompak banglo ahli politik di Taman Cheng Baru, Melaka, semalam.
MELAKA 26 April – Malang bagi seorang daripada tiga penjenayah apabila dia berjaya dicekup pihak polis setelah gagal melarikan diri bersama dua lagi rakannya dalam satu kejadian di Taman Cheng Baru di sini hari ini.
Dalam kejadian ki­ra-kira pukul 11.30 pagi itu, mereka yang dipercayai warga asing menceroboh masuk sebuah banglo milik seorang ahli politik yang didiami tujuh sekeluarga di taman tersebut.
Ketua Polis Daerah Melaka Tengah, Asisten Komisioner Shaikh Abdul Adzis Shaikh Abdullah berkata, kesemua suspek berkenaan cuba melarikan diri setelah perbuatan mereka disedari orang awam yang segera memaklumkan perkara itu kepada pihak polis.
Menurutnya, sejurus menerima laporan mengenai kejadian, sepasukan polis daripada Unit Ronda Bermotosikal (URB) dan Jabatan Siasatan Jenayah Daerah Melaka Tengah bergegas ke lokasi.
“Ketiga-tiga lelaki yang menyedari perbuatan mereka dikesan pihak berkuasa kemudian bertindak melarikan diri namun seorang daripada mereka berjaya ditangkap di halaman belakang banglo tersebut.
“Pemeriksaan terhadap suspek berumur 30-an yang ditangkap itu menjumpai sebilah parang, wang tunai dan barang kemas dipercayai sebahagian daripada hasil rompakan di rumah tersebut selain telefon bimbit,” katanya kepada pemberita di tempat kejadian.
Jelas Shaikh Abdul Adzis, kesemua suspek berumur antara 20 hingga 30 tahun itu dikatakan memasuki rumah mangsa menggunakan laluan di bahagian dapur.
Katanya, seorang pen­jenayah turut memiliki senjata tajam berupa parang sepanjang 450 sentime­ter.
“Tindakan penjena­yah itu menyebabkan mangsa rugi kira-kira RM20,000 termasuk hilang wang tunai, barang kemas dan telefon bimbit,” ujarnya.
Beliau berkata, seorang mangsa cedera selepas bergelut dengan penjenayah yang menggunakan parang sementara enam yang lain terselamat.
Tambahnya, kes disiasat di bawah Seksyen 394 Kanun Keseksaan kerana mendatangkan kecederaan ketika rompak dan polis kini menggiatkan usaha memburu dua lagi suspek yang melarikan diri menggunakan motosikal.
Sementara itu, pemilik banglo berkenaan yang juga bekas Ketua Bahagian MIC Bukit Katil, Datuk K. Basil, 54, memberitahu, beliau tiada di rumah semasa kejadian kerana menghadiri mesyuarat di pusat bandar dan dikejutkan dengan panggilan telefon daripada anak perempuannya memaklumkan rumah mereka dirompak.
“Sewaktu kejadian itu, isteri, dua anak saya serta ibu bapa mertua dan seorang pembantu rumah berada di rumah berkenaan namun saya bersyukur kerana kesemua mereka selamat malah tindakan pantas polis berjaya menangkap seorang daripada tiga perompak itu,” ujarnya.
- See more at: http://www.utusan.com.my/berita/jenayah/penyamun-banglo-dicekup-1.85012#sthash.W8rcUrGq.dpuf

Gegaran susulan 
burukkan keadaan


Jumlah korban gempa bumi Nepal 2,400 orang
27 April 2015 1:45 AM
 


Seorang wanita Nepal, tidak dapat menahan kesedihan semasa mengecam mayat ahli keluarganya yang maut dalam gempa bumi di sebuah hospital di Kathmandu, semalam. AFP

KATHMANDU 26 April - Satu gegaran susulan sekuat 6.7 pada skala Richter melanda Kathmandu hari ini, sekali gus memburukkan usaha mencari dan menyelamat ketika angka kematian daripada bencana gempa bumi semalam mencecah lebih 2,400 orang.
Gegaran susulan kuat itu yang boleh dirasai sehingga Delhi, India, mencetuskan runtuhan salji terbaharu yang melanda Kem Satu di Gunung Everest, namun setakat ini tiada laporan kematian atau kecederaan.
Pasukan mencari dan menyelamat di Nepal hari ini terpaksa memindah dan menggali runtuhan bangunan untuk mencari mangsa di Kathmandu selain helikopter digunakan untuk mengeluarkan mangsa-mangsa dari kem induk Gunung Everest.
Gegaran susulan yang berlaku sejak gempa bumi tersebut, memaksa penduduk di Kathmandu tidur dan membuat khemah sementara di kawasan lapang terutama di jalan raya pada waktu malam.
Ketua badan kebajikan Oxfam Australia, Helen Szoke berkata, bekalan elektrik terputus, manakala berlaku kesesakan dalam sistem komunikasi selain hospital penuh dengan pesakit dan tiada ruang untuk menempatkan mayat mang­sa kejadian berkenaan.

Jurucakap polis nasional, Kamal Singh Bam berkata, lebih 6,239 orang turut cedera.
“Kami telah mengerahkan semua sumber untuk operasi mencari dan menyelamat. Helikopter dikerahkan ke kawasan-kawasan terpencil. Kami kini mencari mang­­sa-mangsa di bawah runtuhan bangunan,’’ katanya.
Pegawai berkata, setakat ini, 17 orang maut di Gunung Everest selepas gempa bumi menyebabkan runtuhan salji di sebahagian daripada kem induk gunung itu.
Ketua biro AFP Nepal, Ammu Kannampuilly yang berada di kem induk tersebut berkata, enam helikopter berjaya ke kawasan pergunungan itu selepas cuaca bertambah baik pada pagi ini. – AFP/REUTERS/AGENSI
- See more at: http://www.utusan.com.my/berita/luar-negara/gegaran-susulan-8232-burukkan-keadaan-1.84965#sthash.m1pJ2CjH.dpuf

Dua beradik rakyat Malaysia 
gagal dikesan – Anifah


Anifah Aman
Anifah Aman
KUALA LUMPUR 26 April – Dua rakyat Malaysia yang dipercayai kini terkandas di Nepal masih gagal dikesan selepas berlaku gempa bumi kuat bermagnitud 7.9 di negara tersebut, semalam.
Menteri Luar, Datuk Seri Anifah Aman berkata, kedua-dua rakyat Malaysia itu me­rupakan adik-beradik wanita dan pi­hak­nya ma­­sih be­lum dapat mengenal pasti lokasi terkini mereka.
“Kami tidak pasti apa yang berlaku kepada kedua-dua wanita itu dan tidak mahu membuat sebarang spekulasi berhubung kea­daan mereka.
“Malaysia akan terus cuba menghubungi kedua-dua wanita tersebut dan memastikan mereka berada dalam keadaan selamat,” katanya dalam sidang akhbar sempena Sidang Kemuncak ASEAN kali ke-26, di sini hari ini.
Bagaimanapun, beliau enggan mendedahkan identiti kedua-dua wanita itu dan bagaimana mereka berada di sana.
Majlis Keselamatan Negara (MKN) hari ini menggerakkan operasi untuk membawa pulang rakyat Malaysia yang terkandas di negara itu.
Berdasarkan laporan media antarabangsa, lebih 1,800 orang terkorban dalam bencana alam yang berlaku di beberapa kawasan di Nepal, antaranya Kathmandu dan Pokhara.
Sementara itu, Anifah mewakili seluruh pemimpin ASEAN berkongsi rasa sedih dan menyam­paikan ucapan takziah kepada semua yang terlibat dalam nahas gempa bumi di Nepal.
“ASEAN berdiri teguh bersama-sama seluruh masyarakat dunia memberikan sokongan kepada keluarga mangsa gempa bumi. Kami juga akan menyalurkan bantuan kemanusiaan bagi meringankan beban yang dihadapi mereka,” ujarnya.
- See more at: http://www.utusan.com.my/berita/luar-negara/dua-beradik-rakyat-malaysia-8232-gagal-dikesan-8211-anifah-1.85043#sthash.QLC4BFqs.dpuf

Sunday, April 26, 2015

150 saman dalam tiga jam


FOTO Muhammad Sulaiman

Shah Alam: Polis Trafik Ibu Pejabat Polis Daerah(IPD) Shah Alam mengeluarkan 150 saman terhadap pengguna jalan raya dalam Ops Samseng Jalanan awal pagi tadi.
Ops yang bermula kira-kira 1 pagi itu, menggempur Dataran Kemerdekaan Shah Alam yang kerap menjadi lokasi tumpuan pada malam minggu.
Ketua Bahagian Ketenteraman Awam dan Trafik Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Shah Alam, Deputi Superintendan Goh Lee Shen berkata, 96 daripada 150 saman dikeluarkan adalah terhadap penunggang motosikal.
"Selain itu, kami juga menyita 60 motosikal dan lapan kereta kerana kesalahan tiada lesen memandu dan cukai jalan.
"Hanya dalam masa tiga jam operasi pihak kami mengeluarkan 150 saman. Situasi ini amat serius," katanya ketika ditemui dalam ops berkenaan, pagi tadi.
Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 26 April 2015 @ 1:18 PM



- See more at: http://www.hmetro.com.my/node/46527#sthash.BvuWZyLN.dpuf

Murid tahun 5 ditemui lemas


Oleh Shahrul Nizam Mohamad

am@hmetro.com.my

Kuantan:Seorang murid lelaki darjah lima Sekolah Jenis Kebangsaan (C) Pei Chai, Air Putih, di sini, lemas ketika mandi bersama rakannya, di sebuah hotel, di sini, petang tadi.
Dalam kejadian kira-kira 4.23 petang itu, mangsa, Lai Jin Shien, 11, dari Bukit Sekilau, di sini, meninggal dunia di tempat kejadian.
Ketua Polis Daerah Kuantan, Asisten Komisioner Abdul Aziz Salleh berkata, mangsa mandi di kolam renang itu selepas selesai menyambut hari ulang tahun kelahirannya.
"Kejadian itu disedari rakan mangsa selepas mendapati murid terbabit tidak sedarkan diri ketika terapung di air," katanya.
Beliau berkata, rakan mangsa bergegas memaklumkan kepada pihak hotel untuk meminta bantuan sebelum dikejarkan ke Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA), di sini untuk mendapatkan rawatan lanjut.
Katanya, bagaimanapun, pihak HTAA mengesahkan mangsa sudah meninggal dunia di tempat kejadian.
- See more at: http://www.hmetro.com.my/node/46545#sthash.FAuy7tEe.dpuf

Gempa bumi 7.9 skala Richter gegar Kathmandu

SABTU, 25 APRIL 2015 @ 3:08 PM



 GEMPA bumi kuat berukuran 7.5 pada skala Richter melanda wilayah Kathmandu, tengah hari tadi. - Foto EPA

 KATHMANDU, Nepal: Gempa bumi kuat berukuran 7.9 pada skala Richter melanda wilayah Kathmandu, Nepal tengah hari tadi. Kajian Geologi Amerika Syarikat (USGS) berkata, pihaknya menjangkakan kerosakan teruk akibat gempa itu. Laporan awal dari Kathmandu mengatakan beberapa rumah rosak dan dinding rumah musnah, tetapi setakat ini belum ada lagi arahan kecemasan yang dikeluarkan kepada penduduk. Gempa bumi itu turut dirasai di negara jiran, India dan Pakistan. Mohammad Shahab, seorang penduduk dari Lahore, Pakistan, berkata dia di pejabatnya ketika gempa yang berterusan dalam tempoh agak lama menggegarkan bandar itu. Gempa itu juga turut dirasai di ibu negara India, New Delhi. - AP

Gegaran kuat dirasai di utara India

SABTU, 25 APRIL 2015 @ 5:46 PM




 PENDUDUK India berkumpul di tengah jalan berikutan gegaran dirasai di kawasan utara India susulan kejadian gempa bumi berukuran 7.9 pada skala Richter yang berpusat kira-kira 77 kilometer dari ibu negara Nepal, Kathmandu. - Foto AFP


 NEW DELHI: Gegaran kuat turut dirasai di kawasan utara India susulan kejadian gempa bumi berukuran 7.9 pada skala Richter yang berpusat kira-kira 77 kilometer dari ibu negara Nepal, Kathmandu. Penduduk di beberapa bandar raya di India iaitu Mumbai dan Kolkata di utara dan malah di Cochin di selatan melaporkan gegaran dirasai antara 30 saat dan 45 minit. Di ibu negara New Delhi, orang ramai bergegas keluar ke jalan raya tetapi setakat ini tiada kerosakan teruk atau kematian dilaporkan. Bagaimanapun, banyak yang masih takut untuk masuk semula ke bangunan atau rumah. Beberapa minit selepas kejadian gempa bumi itu, Jabatan Meteorologi India mengeluarkan amaran bahawa ia gempa bumi kuat dan penduduk di utara negara ini diminta bersedia untuk menghadapi gempa bumi susulan. Jabatan itu melaporkan berlaku gempa bumi susulan berukuran 6.6 pada skala Richter dengan ibu negara India ini merekodkan gegaran berukuran 5 pada skala Richter. - BERNAMA

Nepal: 114 maut berikutan gempa bumi kuat

SABTU, 25 APRIL 2015 @ 5:56 PM





KATHMANDU: Sekurang-kurangnya 114 orang maut berikutan gempa bumi kuat yang melanda sebahagian besar Nepal, menurut kerajaan negara itu. "Di Kathmandu, 71 orang dilaporkan terkorban sehingga kini," kata jurucakap Kementerian Dalam Negeri, Laxmi Prasad Dhakal. Beliau berkata, 43 orang lagi dilaporkan terkorban di wilayah Bhaktapur yang terletak berhampiran Kathmandu. - AFP

ORANG ramai menolong mengeluarkan mangsa dari runtuhan bangunan ekoran gempa bumi yang kuat melanda sebahagian besar Nepal. - Foto EPA

India tawar bantu Nepal selepas gempa kuat

SABTU, 25 APRIL 2015 @ 7:32 PM



NARENDRA Modi (tengah) mempengerusikan mesyuarat tergempar di New Delhi hari ini bagi memperincikan bentuk bantuan untuk disalurkan berikutan gempa melanda beberapa wilayah di negara itu dan Nepal. - Foto AFP


NEW DELHI: Perdana Menteri India, Narendra Modi memanggil satu mesyuarat tergempar bagi memperincikan bentuk bantuan untuk disalurkan berikutan gempa melanda beberapa wilayah di negara itu dan Nepal. Menteri Dalam Negeri India, Rajnath Singh memaklumkan perkara itu menerusi satu kenyataan kepada media tempatan, sambil memberitahu masih menunggu jumlah terkini mangsa yang terbabit. "Kita juga akan membantu semaksimum mungkin apa yang kerajaan Nepal perlukan," katanya mengulas gempa bumi kuat 7.9 pada skala Richter yang menggegarkan Kathmandu tengah hari tadi. Gegaran gempa yang berpusat kira-kira 80 kilometer di timur bandar kedua terbesar Nepal, Pokhara turut dirasai di India dan Pakistan. Selain kemusnahan besar dengan jumlah korban dianggarkan meningkat kepada 449 orang, ramai yang terkandas kerana Lapangan Terbang Antarabangsa Kathamandu ditutup. Keadaan itu mengakibatkan ratusan pengunjung termasuk pelancong terkandas apabila jadual penerbangan terpaksa ditangguhkan sementara waktu. Dalam pada itu, puluhan pendaki gunung Everest turut terkandas ekoran kejadian itu - Agensi

10 maut runtuhan salji di Gunung Everest susulan gempa

SABTU, 25 APRIL 2015 @ 9:34 PM




 GAMBARAN selepas kejadian runtuhan salji di Everest Base Camp berikutan gempa bumi di Nepal. Enam pendaki Universiti Teknologi Malaysia yang kini berada di base camp pada ketinggian 5,364 meter itu, dilaporkan selamat. Gambar ini dikongsi oleh salah seorang pendaki itu, Azham Afzanizam Hamzah melalui akaun Facebooknya. - Foto BERNAMA

KATMANDHU, Nepal: Runtuhan salji di kem di kaki Gunung Everest susulan gempa bumi kuat di wilayah itu hari ini meragut sekurang-kurangnya 10 nyawa, termasuk pendaki asing, kata seorang pegawai Nepal. "Kami tidak mempunyai butiran lagi, tetapi 10 orang telah dilaporkan mati setakat ini, termasuk pendaki asing," kata pegawai Jabatan Pelancongan Nepal, Gyanendra Shrestha Kumar. - AFP

Gempa Nepal: Angka kematian hampiri 1,400 orang

AHAD, 26 APRIL 2015 @ 7:33 AM


 ORANG tidur di luar pada jalan di Kathmandu, Nepal, berikutan gempa bumi besar-besaran. - Foto EPA


KATHMANDU: Angka kematian akibat gempa bumi kuat yang melanda sebahagian besar Nepal kini meningkat kepada sekurang-kurangnya 1,394 orang, kata polis negara itu. Inspektor Yuvraj Khadka berkata, jumlah kematian berkenaan dijangka terus meningkat berikutan kejadian berkenaan. Gempa bumi kuat berukuran 7.9 magnitud melanda wilayah Kathmandu, Nepal tengah hari semalam dan gegaran paling dirasai di ibu negara berkenaan terutama kawasan dengan kepadatan penduduk yang ramai. Berpuluh kesan gegaran susulan berlaku dalam kejadian terbabit. - AP

Gempa Nepal: Kerajaan rayu negara asing hantar bantuan

AHAD, 26 APRIL 2015 @ 8:25 AM

 AHLI-AHLI pasukan petugas Virginia 1 sedang ,memeriksa alatan dan kelengkapan mereka di ibu pejabat sebelum gerakan untuk menjalankan operasi mencari dan menyelamat di Nepal. - Foto AFP


KATHMANDU: Kerajaan Nepal merayu negara asing menghantar bantuan bagi mengendalikan kesan gegaran gempa bumi yang kini mengorbankan hampir 1,400 orang. Berikutan itu, angka kematian dijangka meningkat apabila anggota penyelamat terpaksa menggunakan tangan untuk mencari mangsa yang terselamat di celah-celah runtuhan hari ini. Beribu-ribu orang berdepan suhu sejuk dan hujan apabila terpaksa tidur di kaki lima, taman atau padang di wilayah Kathmandu kerana terlalu takut untuk pulang ke kediaman selepas gempa bumi 7.9 magnitud menggegar negara itu pada tengah hari semalam. "Kami sudah melancarkan operasi menyelamat secara besar-besaran dan pelan tindakan pemulihan serta banyak perkara perlu dilakukan. "Negara kami sedang berdepan krisis dan kami memerlukan sokongan dan bantuan yang banyak," kata Menteri Penerangan dan Penyiaran, Minendra Rijal. Polis berkata, angka kematian sudah mencecah 1,394 orang manakala kira-kira 4,700 cedera. Lebih 630 orang terkorban di lembah Kathmandu dan sekurang-kurangnya 300 orang pula di ibu negara berkenaan. Pendaki gunung warga asing dan juruarah warga Nepal di sekitar Gunung Everest terperangkap akibat gempa bumi berkenaan dan berdepan runtuhan salji. Sebahagian daripada mereka menggunakan media sosial untuk menghantar pesanan bagi mendapatkan bantuan dan memberi amaran bahawa lebih ramai lagi mungkin terkorban. Hospital di seluruh negara yang mempunyai 28 juta penduduk itu sedang bertungkus-lumus mengendalikan mangsa yang terkorban dan cedera akibat gempa bumi terburuk dalam tempoh 81 tahun dan kekurangan kelengkapan menyukarkan anggota penyelamat untuk mencari mangsa yang mungkin terselamat dari celah runtuhan. Sehubungan itu, Hospital Bir di Kathmandu menerima antara 300 dan 350 pesakit yang mengalami kecederaan parah dan kebanyakan daripada mereka terkorban. Ahli paramedik, Dinesh Chaudhary berkata, hospital mengalami masalah bekalan dan terpaksa mendapatkan ubat-ubatan dari kedai. "Lebih ramai pesakit dijangka sampai hari ini kerana baru sebahagian daripada sisa runtuhan dibersihkan," katanya. Sementara itu, kakitangan Hospital Bhaktapur di pinggir Kathmandu, Ramesh Pokharel berkata, kira-kira 50 mayat berada di atas padang. Katanya, doktor merawat pesakit dalam khemah di bangunan utama Hospital Bhaktapur dan kakitangan pula sibuk mengira atau mendaftar nama mangsa. "Keadaan memang huru-hara di sini," kata Pokharel. - Reuters

Gempa bumi susulan 6.7 magnitud gegar Nepal - USGS

AHAD, 26 APRIL 2015 @ 4:05 PM



 KATHMANDU: Gempa bumi susulan berukuran 6.7 magnitud menggegar Nepal hari ini, kata Agensi Penyelidikan Geologi Amerika Syarikat (USGS). Sehubungan itu, pendaki memberitahu kejadian berkenaan menyebabkan lebih banyak runtuhan salji di kawasan Gunung Everest. USGS berkata, gempa bumi terbaharu itu melanda timur laut Kathmandu berdekatan sempadan dengan China pada kedalaman 10 kilometer. Pendaki, Jim Davidson berkata, beliau merasai gegasan susulan di Camp One gunung berkenaan. "Baru saja dilanda gegaran susulan di C1 Gunung Everest. Lebih kecil berbanding semalam tapi menyebabkan runtuhan glasier dan salji," katanya menerusi Twitter. - AFP PENDAKI melihat ke arah kawasan di mana sebuah runtuhan dicetuskan oleh gempa bumi berlaku di Everest. - Foto AFP 

Gempa Nepal: Kematian meningkat lebih 1,800 orang

AHAD, 26 APRIL 2015 @ 1:17 PM



NEW DELHI: Operasi mencari dan menyelamat sedang giat dijalankan dengan angka kematian meningkat kepada lebih 1,800 orang di Nepal, kebanyakannya di Kathmandu manakala India melaporkan 51 kematian dan 10 cedera di Tibet susulan gempa bumi kuat bermagnitud 7.9 melanda kawasan Himalaya itu tengah hari semalam. Gempa bumi itu yang menyebabkan runtuhan besar-besaran berhampiran kem 1 dan 2 Gunung Everest, setakat ini merekodkan 18 kematian. Menurut pegawai Nepal, terdapat hampir 1,000 orang di kawasan gunung itu semasa gempa bumi itu berlaku pada kira-kira tengah hari (waktu tempatan) semalam. Pusat Kaji Ukur Geologi Amerika Syarikat berkata gempa bumi itu berlaku pada 11.56 pagi (2.56 petang waktu Malaysia). Awalnya dilaporkan ia berukuran 7.7 pada skala Richter sebelum ukurannya dipinda kepada 7.5 dan kemudiannya dinaikkan kepada 7.9. Setakat ini, 45 gempa susulan dilaporkan dengan ada antaranya berukuran 5 hingga 6 pada skala Richter. Gempa bumi itu mengakibatkan kemusnahan besar-besaran harta benda dan juga merosakkan banyak mercu tanda bersejarah termasuk tapak warisan diiktiraf UNESCO seperti Menara Dharahara Tower dan Dataran Durbar. Bekalan elektrik, air dan rangkaian telekomunikasi dilaporkan mengalami gangguan semalam dan awal pagi ini talian komunikasi kembali pulih secara berperingkat di beberapa kawasan. Pihak berkuasa di India dan Nepal berkata berlaku krisis kemanusiaan dengan kebanyakan penduduk di bandar raya terjejas masih belum dapat menerima hakikat kejadian bencana alam itu. Penduduk dilaporkan berada dalam keadaan tidak keruan dan kesedihan jelas terpancar pada wajah mereka yang kematian anggota keluarga dan rakan dengan angka kematian dijangka terus meningkat tatkala pasukan mencari dan menyelamat dilaporkan sudah sampai ke kawasan bukit lebih tinggi dengan Lembah Kathmandu dilaporkan paling teruk terjejas. Susulan banyak maklumat dilaporkan tentang tahap kemusnahan, media tempatan di ibu negara Nepal pula memaparkan visual beribu-ribu penduduk bermalam di kawasan terbuka, dengan pihak berkuasa mengeluarkan amaran lebih banyak gempa susulan dijangka berlaku dalam 24 jam akan datang. Pihak berkuasa India menghantar bantuan perubatan dan makanan manakala kira-kira 150 anggota Pasukan Respons Bencana Negara (NDRF) sudah berada di kawasan terjejas bagi membantu pasukan keselamatan Nepal yang mengetuai operasi mencari dan menyelamat. India turut menghantar kira-kira 40 doktor yang telah memulakan kerja dan mendirikan hospital lapangan dengan ribuan orang dilaporkan mengalami kecederaan teruk. Awal pagi ini pada kira-kira 1 pagi, kumpulan pertama 102 warga India yang terkandas telah dibawa pulang ke Delhi menggunakan dua pesawat tentera. - BERNAMA
n
SEORANG lelaki meninjau sebuah bangunan runtuh mencari mangsa pada awal pagi, selepas gempa bumi besar-besaran, di Kathmamdu, Nepal. - Foto EPA 

Mangsa rogol bapa: 'Ibu..maafkan kakak'

'Ibu..maafkan kakak'
Suria ditahan di hospital untuk pemeriksaan lanjut

PASIR GUDANG - “Saya hanya mampu menangis dan membiarkan ayah rogol saya kerana terlalu takut,” luah seorang remaja 14 tahun yang menjadi mangsa rogol bapa kandungnya sendiri, Julai tahun lalu.

Mangsa yang ingin dikenali sebagai Suria berkata, kejadian berlaku ketika dia sedang tidur bersama empat adik yang masih kecil di ruang tamu rumah di sebuah kampung, di sini  selepas ibu pulang ke kampung bersama adik bongsu.

Menurutnya, peristiwa hitam itu hanya diberitahu kepada rakan ibunya yang juga jiran sekampung dan dirahsiakan daripada pengetahuan ibu kerana bimbang tidak dipercayai ibu kandungnya.

“Saya sebelum itu memang menumpang tidur di rumah jiran selepas ibu pulang ke kampung, namun memikirkan adik-adik nak bersekolah keesokan harinya saya membuat keputusan tidur bersama mereka di ruang tamu, manakala ayah di dalam bilik tidur.

“Saya terkejut dan sedih diperlakukan sedemikian rupa oleh ayah, sedangkan saya anak kandungnya sendiri.

“Kawan ibu nak bawa saya buat laporan polis, tapi saya menolak kerana terlalu takut. Saya hanya fikir apa perasaan ibu jika dia mengetahui perlakuan ayah,” katanya kepada Sinar Harian, di sini, semalam.

Suria berkata, ibu saudara yang baharu mengetahui peristiwa hitam yang berlaku Julai lalu itu terlalu marah lalu membawanya membuat laporan polis di Balai Polis Pasir Gudang kelmarin.

Menurutnya, hatinya sebak tatkala melihat raut wajah ibu yang mungkin kecewa dengan tindakan bapa terhadapnya.

“Saya sedih melihat kelopak mata ibu digenangi air mata ketika doktor menceritakan hal sebenar kepada ibu.

“Maafkan kakak  ibu... kakak terpaksa..Kakak sayang ibu dan adik-adik,” katanya.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Seri Alam, Superintendan Abdul Samad Salleh mengesahkan menerima laporan daripada pengadu yang hadir bersama ibunya, kelmarin.

Katanya, suspek yang merupakan bapa kandung mangsa telah ditahan polis, petang kelmarin untuk siasatan lanjut.

“Mangsa juga telah kita hantar ke hospital untuk pemeriksaan lanjut.

“Kes disiasat di bawah Seksyen 376 (3) Kanun Keseksaan,” katanya.

12 ditahan cuba huru-harakan negara


Khalid Abu Bakar
Khalid Abu Bakar
SHAH ALAM - Polis menahan 12 individu di Hulu Langat dan Kuala Lumpur dipercayai ‎merancang untuk melakukan huru-hara terhadap negara.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Datuk Sri Khalid Abu Bakar berkata, ‎kejayaan itu susulan daripada tindakan pantas Bahagian Counter Terrorism Cawangan Khas yang melancarkan satu operasi bersepadu dalam mengekang tindakan individu-individu ini.

"Pada 25 dan 26 April 2015 Bahagian Counter Terrorism Cawangan Khas telah melancarkan satu operasi di Hulu Langat, Selangor dan Cheras, Kuala Lumpur ke atas anggota kumpulan pengganas yang disyaki mempunyai hubungan dengan kumpulan pengganas IS.

"Seramai 12 orang suspek lelaki warganegara Malaysia berusia dalam lingkungan umur 17 hingga 41 tahun telah berjaya ditangkap kerana disyaki sedang merancang untuk melancarkan serangan ke atas sasaran-sasaran strategik dan berkepentingan kerajaan di sekitar Lembah Klang," katanya dalam satu kenyataan medianya hari ini.

Mengulas lanjut, Khalid berkata tindakan mereka ini adalah kerana terpengaruh dengan dakyah pemimpin mereka atas faktor Malaysia negara sekular.

"Rancangan untuk melancarkan serangan oleh anggota sel ini adalah sebagai menyahut seruan pemimpin kanan Is di Syria, untuk melancarkan serangan ke atas kepentingan negara Islam sekular yang didakwa sebagai musuh mereka.

" ...dan sebagai tindak balas terhadap operasi penangkapan ke atas mereka yang disyaki terlibat atau mempunyai kaitan dengan IS oleh PDRM, jelasnya.

Sementara itu, Khalid berkata dalam operasi tersebut, pihak polis telah berjaya merampas serbuk bahan letupan, bendera IS dan  beberapa lagi peralatan dipercayai untuk digunakan bagi menghasilkan bahan letupan.

Katanya lagi kesemua 12 orang lelaki berkenaan ditangkap kerana disyaki melakukan kesalahan di Bab VIA-Kesalahan berkaitan dengan keganasan, Kanun keseksaan (Akta 574) dan akan disiasat mengikut prosedur di bawah Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-langkah khas) 2012 (Akta 747).

Diserang monyet selepas tunjuk isyarat lucah

Diserang monyet selepas tunjuk isyarat lucah

SHIMLA – INDIA. Seorang lelaki menerima padah apabila diserang seekor monyet jantan selepas mengangkat tangan dan menunjukkan isyarat lucah kepada haiwan tersebut.

Menerusi sebuah video yang kini menjadi viral, lelaki tersebut dikatakan berjalan di sebuah jalan ditemani rakannya.

Perhatiannya beralih ke arah seekor monyet yang berada di sisi jalan.

Monyet tersebut yang berasa terancam dengan kehadirannya mula memanjat tembok untuk berdepan dengan lelaki tersebut.

Tindakan lelaki tersebut yang mengangkat tangan dan menunjukkan isyarat lucah ke arah monyet tersebut merupakan kemuncak insiden apabila lelaki tersebut diserang di wajahnya.

Video berdurasi 41 saat yang dipaparkan menerusi portal berita Metro.co.uk menunjukkan lelaki tersebut bangun semula dan meninggalkan monyet tersebut tanpa berbuat apa-apa.

Angka kematian meningkat lebih 1,800

Angka kematian meningkat lebih 1,800

NEW DELHI – INDIA. Operasi mencari dan menyelamat sedang giat dijalankan dengan angka kematian meningkat kepada lebih 1,800 orang di Nepal, kebanyakannya di Kathmandu manakala India melaporkan 51 kematian dan 10 cedera di Tibet susulan gempa bumi kuat bermagnitud 7.9 melanda kawasan Himalaya itu tengah hari semalam.
  
Gempa bumi itu yang menyebabkan runtuhan besar-besaran berhampiran kem 1 dan 2 Gunung Everest, setakat ini merekodkan 18 kematian.
  
Menurut pegawai Nepal, terdapat hampir 1,000 orang di kawasan gunung itu semasa gempa bumi itu berlaku pada kira-kira tengah hari (waktu tempatan), semalam.
  
Pusat Kaji Ukur Geologi Amerika Syarikat berkata, gempa bumi itu berlaku pada  11.56 pagi (2.56 petang waktu Malaysia). Awalnya dilaporkan ia berukuran 7.7 pada skala Richter sebelum ukurannya dipinda kepada 7.5 dan kemudiannya dinaikkan kepada 7.9.
  
Setakat ini, 45 gempa susulan dilaporkan dengan ada antaranya berukuran 5 hingga 6 pada skala Richter.
   
Gempa bumi itu mengakibatkan kemusnahan besar-besaran harta benda dan juga merosakkan banyak mercu tanda bersejarah termasuk tapak warisan diiktiraf Unesco seperti Menara Dharahara Tower dan Dataran Durbar.
  
Bekalan elektrik, air dan rangkaian telekomunikasi dilaporkan mengalami gangguan semalam dan awal pagi ini talian komunikasi kembali pulih secara berperingkat di beberapa kawasan.
  
Pihak berkuasa di India dan Nepal berkata berlaku krisis kemanusiaan dengan kebanyakan penduduk di bandar raya terjejas masih belum dapat menerima hakikat kejadian bencana alam itu.
  
Penduduk  dilaporkan berada dalam keadaan tidak keruan dan kesedihan jelas terpancar pada wajah mereka yang kematian anggota keluarga dan rakan dengan angka kematian dijangka terus meningkat tatkala pasukan mencari dan menyelamat dilaporkan sudah sampai ke kawasan bukit lebih tinggi dengan Lembah Kathmandu dilaporkan paling teruk terjejas.
  
Susulan banyak maklumat dilaporkan tentang tahap kemusnahan, media tempatan di ibu negara Nepal pula memaparkan visual beribu-ribu penduduk bermalam di kawasan terbuka, dengan pihak berkuasa mengeluarkan amaran lebih banyak gempa susulan dijangka berlaku dalam 24 jam akan datang.
  
Pihak berkuasa India menghantar bantuan perubatan dan makanan manakala kira-kira 150 anggota Pasukan Respons Bencana Negara (NDRF) sudah berada di kawasan terjejas bagi membantu pasukan keselamatan Nepal yang mengetuai operasi mencari dan menyelamat.
  
India turut menghantar kira-kira 40 doktor yang telah memulakan kerja dan mendirikan hospital lapangan dengan ribuan orang dilaporkan mengalami kecederaan teruk.
  
Awal pagi ini pada kira-kira 1 pagi, kumpulan pertama 102 warga India yang terkandas telah dibawa pulang ke Delhi menggunakan dua pesawat tentera. -Bernama

Puluhan pendaki dilapor hilang di Everest

 Enam pendaki UTM di Nepal selamat
Gambaran selepas kejadian runtuhan salji di Everest Base Camp berikutan gempa bumi di Nepal. Enam pendaki Universiti Teknologi Malaysia yang kini berada di base camp pada ketinggian 5,364 meter itu, dilaporkan selamat. - Foto Bernama

HIMALAYA - NEPAL. Puluhan rakyat Britain antara individu yang hilang dalam tragedi gempa bumi di Nepal, lapor portal Metro.co.uk semalam.

Sekurang-kurangnya 18 pendaki dikeluarkan dari runtuhan Gunung Everest, manakala status kira-kira 70 pendaki Britain yang lain masih tidak dapat dipastikan.

Pendaki-pendaki tersebut dikatakan tertimbus dan terperangkap sebaik sahaja runtuhan salji yang berlaku akibat gempa bumi menimbus tapak khemah mereka semalam.

Dalam pada itu, jurucakap Kementerian Pelancongan Nepal berkata, jumlah individu yang hilang mungkin akan meningkat.

“Individu yang hilang mungkin termasuk pelancong dan warga asing,” katanya seperti yang dipetik menerusi laporan tersebut.

Sementara itu, enam pendaki dari Universiti Teknologi Malaysia (UTM) yang sedang mendaki Gunung Everest di Nepal, disahkan selamat berikutan kejadian gempa bumi kuat yang berlaku di negara itu.
 
Penolong Pendaftar, Pejabat Hal Ehwal Korporat UTM, Sabri Ahmad berkata kumpulan itu, yang terdiri daripada empat pelajar dan dua jurulatih itu, berlepas ke Kathmandu, 28 Mac lepas.

[ARTIKEL BERKAITAN:  Enam pendaki UTM di Nepal selamat]

Gempa bumi berukuran 7.9 pada skala Richter yang menggegarkan Nepal semalam bukan sahaja mengorbankan lebih 1000 orang tetapi juga hampir memusnahkan beberapa bangunan berusia berabad di ibu negara Kathmandu dan kawasan sekitarnya.

Gempa bumi tersebut dilaporkan telah mengorbankan 1,130 nyawa merentasi empat negara termasuk Pakistan, Bangladesh dan India.

600 maut di Nepal

600 maut di Nepal
Pasukan keselamatan dan orang ramai mengeluarkan mangsa yang terperangkap dalam sisa runtuhan menara Dharahara di Kathmandu, semalam. Foto: AFP

KATHMANDU - NEPAL. Sekurang-kurangnya 600 orang maut selepas gempa bumi kuat berukuran 7.5 magnitud menggegar barat Kathmandu, Nepal, semalam.

Menurut laporan BBC, Pusat Kajian Geologi Amerika Syarikat (USGS) berkata, gegaran gempa bumi itu dirasai hingga ke kawasan utara India dan Pakistan.

“Setakat ini 600 orang disahkan terbunuh dan angka kematian mungkin bertambah” kata jurucakap Kementerian Dalam Negeri, Laxmi Prasad Dhakal.

Dalam pada itu, beberapa bangunan bersejarah di Dataran Durbar musnah akibat gempa tersebut.

"Sebuah menara sembilan tingkat yang dibina pada abad ke-19 telah musnah," kata wartawan yang berpangkalan di Kathmandu, Umesh Shreshta.

Sementara itu, gempa turut mencetuskan runtuhan salji di kawasan gunung Everest.
Kementerian Pelancongan Nepal berkata, sekurang-kurangnya 10 pendaki terkorban.

Laporan CNN (sehingga pukul 10 malam) melaporkan angka kematian meningkat kepada lebih 700 orang dan berpuluh mangsa masih  terperangkap di bawah runtuhan bangunan.