Search This Blog

Tuesday, March 31, 2015

Terbakar, terhenti

Kuala Lumpur: Satu terbakar, namun mujur penumpang sudah keluar manakala satu lagi terhenti tiba-tiba, menyebabkan penumpang terperangkap dan ada yang pengsan dipercayai kerana sesak nafas.
Itu insiden membabitkan dua unit monorel di dua lokasi berasingan di ibu negara pagi semalam yang menyebabkan kesesakan lalu lintas teruk kerana satu daripadanya berlaku ketika warga kota berpusu-pusu ke tempat kerja.
Insiden pertama berlaku kejadian jam 8.30 pagi semalam sebuah monorel yang terbakar sebaik tiba di Stesen Monorel Titiwangsa.
Dalam kejadian itu, tindakan pantas pemandu monorel mengarahkan penumpang segera keluar dari gerabak sebaik tiba di stesen berkenaan selepas menyedari ada masalah di bahagian tayar berjaya menyelamatkan nyawa mereka.
Malah, tindakan pemandu yang menggerakkan monorel itu keluar sedikit dari stesen terbabit selepas penumpang tiada walaupun ketika itu asap sudah mula memenuhi ruang berjaya mengelakkan kebakaran lebih teruk berlaku.
Seorang saksi yang mahu dikenali sebagai Kamal, 30, berkata, dia yang baru tiba di stesen terkejut melihat kepulan asap keluar dari bahagian tayar monorel itu.
Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.
Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 31 Mac 2015 @ 9:25 AM


- See more at: http://www.hmetro.com.my/node/40424#sthash.sV3WGL6T.dpuf

No comments:

Post a Comment