Suspek yang ditahan kerana melakukan pencerobohan itu di negeri Nagaland itu sehingga kini tidak dapat dipastikan sama ada mereka terlibat secara langsung membunuh Syed Farid Khan, yang mayat digantung di sebuah menara jam pada Khamis lalu.
“Setakat ini, kami sudah menangkap 18 orang suspek yang melakukan pencerobohan itu dan menganjurkan perhimpunan tanpa mengikut undang-undang.
“Kami sedang menjalankan siasatan sama ada mereka yang terlibat dalam kekecohan itu turut terlibat dalam kes pembunuhan Syed Farid Khan,” kata Ketua Polis, Wabang Jamir.
Dalam kejadian pada Khamis lalu, beribu-ribu penunjuk perasaan berarak dan memecah kawalan keselamatan di Penjara Pusat Dimapur untuk mencari Syed Farid Khan yang ditahan dipenjara itu, dipercayai pendatang haram dari Bangladesh, sebelum bertindak membunuhnya. – AFP