Search This Blog

Tuesday, February 10, 2015

Warga emas cedera gas meletup

Alor Gajah: Seorang wanita warga emas parah selepas disambar api apabila gas yang digunakan untuk memasak dipercayai bocor dan meletup secara tiba-tiba di Taman Kejora Tebong, di sini pagi tadi.
Difahamkan, kejadian kira-kira 11 pagi itu mengakibatkan Chik Bah Mohd Amin, 76, terbakar di bahagian kanan badan dan tangan, muka, rambut dan kedua-dua kaki.
Menurut sumber, kejadian dipercayai berlaku ketika mangsa yang tinggal bersendirian mahu menghidupkan dapur gas untuk memasak makan tengah hari.
"Sebaik menghidupkan dapur itu, berlaku letupan dan api menyambar tubuh mangsa yang ketika itu hanya berkemban mengakibatkan kain batik dipakai terbakar.
"Kejadian disedari jiran selepas mendengar bunyi letupan berkenaan dan jeritan mangsa sebelum dihantar ke hospital dengan menaiki ambulans," katanya ketika ditemui di sini.
Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 9 Februari 2015 @ 4:25 PM


KAIN dipakai mangsa hangus dalam kejadian pagi tadi. FOTOMuhammad Hatim Ab Manan
- See more at: http://www.hmetro.com.my/node/29705#sthash.ump6dHzt.dpuf

No comments:

Post a Comment