Search This Blog

Saturday, February 28, 2015

Wanita tersepit terpaksa membunuh


Ankara: Di Turki kes pembunuhan wanita sudah menjadi masalah besar dan dianggarkan tidak kurang daripada 294 mangsa dibunuh sepanjang tahun lalu.
Daripada jumlah itu. 60 peratus daripada mereka maut di tangan suami atau teman lelaki masing-masing.
Menurut pertubuhan We Will Stop Women Homicides Platform, memang tidak dinafikan ada juga lelaki yang dibunuh isteri atau pasangan sendiri.
Namun kata pegawai pertubuhan berkenaan, tiada statistik mengenai isu itu.
Seorang penganalisisnya, Ozlem Albayrak berkata, dia menemubual 30 wanita yang disabitkan kesalahan membunuh suami atau teman lelaki.
“Semua wanita terbabit mengaku menjadi mangsa penderaan suami atau lelaki sebelum bertindak nekad membunuh mereka.
“Sesetengahnya dipaksa melacurkan diri atau melayan lebih daripada seorang lelaki, selain dipaksa memakan najis,” katanya.
Ozlem berkata, kebanyakan kes pembunuhan berlaku secara spontan dan wanita terbabit tidak mempunyai pilihan lain untuk mempertahankan diri.
Katanya, daripada semua wanita terbabit, hanya seorang dapat membawa masalah mereka ke mahkamah atas dakwaan penderaan fizikal.
“Namun hakim pula mengarahkan wanita itu pulang dan berhias untuk suami bagi mengatasi masalah berkenaan,” katanya.
- See more at: http://www.hmetro.com.my/node/33609#sthash.8zeOcjmI.dpuf

No comments:

Post a Comment