Siklon Marcia badai Queensland
GLADSTONE - AUSTRALIA. Siklon Marcia yang membawa angin kencang berkelajuan 285 kilometer sejam membadai pantai Queensland terletak antara St Lawrence dan Yeppoon, utara Australia, menurut pihak berkuasa, semalam.

Biro Meteorologi Australia melaporkan siklon kategori lima yang membawa hujan lebat itu dijangka terus bergerak ke arah selatan.

"Ia turut menyebabkan kemusnahan besar dan banyak pokok tumbang di kawasan tersebut. Kira-kira 53,000 penduduk juga terjejas akibat bekalan elektrik terputus.

"Tiada kematian atau kecederaan serius dilaporkan dalam kejadian itu," menurut jurucakap agensi terbabit.

Sementara itu, pihak berkuasa telah mengeluarkan arahan kepada penduduk supaya sentiasa bersedia untuk dipindahkan jika dinasihatkan berbuat demikian. - Press TV