Search This Blog

Saturday, February 7, 2015

Seru nama mangsa di tepi sungai


Taipei: Pasukan penyelamat Taiwan berusaha mencari 12 orang yang masih hilang dalam tragedi pesawat TransAsia yang terhempas, kelmarin.
Ratusan anggota penyelamat termasuk penyelam dan askar mempertingkatkan usaha mereka dalam keadaan cuaca serta air sejuk.
Pesawat malang itu terhempas tidak lama selepas berlepas dari Lapangan Terbang Songshan, kelmarin selepas mengelak beberapa bangunan dan melanggar sisi jambatan serta sebuah teksi.
Dalam operasi yang berjalan sepanjang malam, sebahagian besar fiuslaj dikeluarkan dari sungai membolehkan mayat yang terperangkap di dalam juga dibawa keluar.
Penyelam meredah arus kuat untuk mencari mangsa yang dihanyutkan air.
Penyelam, Cheng Ying-chih berkata, penyelam menghadapi kesukaran disebabkan tidak dapat melihat di dalam air yang sejuk dan keruh, memaksa mereka hanya mampu bertugas selama sejam.
Sementara itu, keluarga mangsa berhimpun di tepi sungai sambil menangis serta memanggil nama orang tersayang manakala sami membacakan mantera dengan mengibas baju mangsa yang dipercayai dapat membawa roh mereka pulang.
Siasatan kini dijalankan terhadap punca kejadian, dengan pakar penerbangan dari Perancis serta Kanada dijangka tiba di Taiwan minggu ini.
Pada masa sama pelbagai kisah mula tersebar yang diceritakan mangsa terselamat.
Seorang ayah yang berjaya menyelamatkan bayinya berkata, dia menukar tempat duduk sebelum berlepas kerana rasa tidak sedap hati.
Tindakan itu mungkin menyelamat mereka apabila kemalangan menyebabkan badan pesawat di tempat duduk baru itu retak seterusnya membolehkan keluarga itu keluar selepas terhempas.
Lelaki warga emas Huang Chin-shun, 72, berkata, dia rasa ada sesuatu tidak kena dengan enjin pesawat sebaik berlepas jadi terus mengikat tali pinggang dan menyuruh gadis di sebelahnya melakukan perkara sama. - AFP
- See more at: http://www.hmetro.com.my/node/28920#sthash.187h5Oor.dpuf

No comments:

Post a Comment