Laman web Channel News Asia melaporkan, Pihak Berkuasa Ve­terinar dan Pertanian dan Pihak Berkuasa Pemeriksaan Sempadan dan Imigresen dalam satu ke­nyataan hari ini berkata, seorang rakyat Malaysia berumur 26 tahun yang menaiki teksi yang didaftarkan di Singapura ditahan di pintu sempadan Woodlands ketika satu pemeriksaan, pada 6 Februari lalu.
“Ketika pemeriksaan tersebut, para pegawai menemui dua ekor landak dan seekor cicak dalam barangan penumpang teksi itu.
“Landak tersebut ditemui disembunyikan dalam kotak kasut, manakala cicak tersebut disimpan dalam sebuah bekas plastik kecil yang diletakkan dalam beg pinggangnya,’’ kata kenyataan itu.
Kenyataan tersebut berkata, rakyat Malaysia dan haiwan terbabit diserahkan kepada Pihak Berkuasa Veterinar untuk siasatan lanjut.
Pihak Berkuasa Veterinar mengenakan denda tersebut di bawah Akta Haiwan dan Burung dan Haiwan Liar kerana melanggar import haiwan secara haram.
Haiwan-haiwan tersebut kemudian dihantar ke Zoo Singapura. – AGENSI