Search This Blog

Monday, January 5, 2015

Skandal putera raja

Florida: Adik Putera Charles, Putera Andrew, 54, menafikan dakwaan dia mengadakan hubungan seks dengan remaja bawah umur dalam sebuah parti liar ketika gadis itu dipaksa menjadi hamba seks, beberapa tahun lalu.
Ini berikutan seorang wanita yang mendakwa dia pernah dipaksa mengadakan seks dengan putera berkenaan di beberapa parti liar di London, New York dan kepulauan Caribbean.
Andrew dan Istana Buckingham semalam mengeluarkan kenyataan menafikan sekeras-kerasnya dakwaan itu.
“Dakwaan terhadap Putera Andrew berkaitan dengan prosiding sivil yang sudah lama berlangsung di Amerika Syarikat (AS) yang tidak langsung membabitkannya. Sehubungan itu pihak kami tidak akan mengulas isu berkenaan.
“Bagaimanapun, untuk mengelak kesangsian, kami ingin menegaskan bahawa sebarang cadangan terdapat hubungan sumbang antaranya dengan gadis bawah umur adalah tidak benar,” kata Istana dalam satu kenyataan.
Dapatkan akhbar Metro Ahad untuk berita selanjutnya.
Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 4 January 2015 @ 6:03 AM


GAMBAR dikatakan menunjukkan Andrew (kiri) dengan Virginia Roberts.
- See more at: http://www.hmetro.com.my/node/21385#sthash.o7UQWsZa.dpuf

No comments:

Post a Comment