Search This Blog

Sunday, January 25, 2015

Saya tidak dipaksa nyanyi

Oleh Iskandar Shah Mohamed dan Ridzuan Abdul Rahman

am@hmetro.com.my
Kuala Lumpur: Bekas penyanyi Slam, Zamani Ibrahim, 43, menafikan dia dipaksa untuk menyanyi ketika ditahan atas penyalahgunaan dadah, Rabu lalu.
Zamani berkata, ketika dibawa ke lokap Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Ampang, seorang daripada anggota memintanya menyanyikan lagu popularnya dan dia tidak keberatan mendendangkannya.
“Dia mengaku meminati saya dan kumpulan Slam. Jadi, saya hanya menyanyikannya kerana menganggap dia peminat saya,” katanya pada sidang media di Damansara, di sini.
Hadir sama pengurusnya, Johan Aziz dan abangnya, Zulfazil.
Zamani berkata, dia tidak akan mengambil tindakan terhadap pihak yang merakam video itu dan menganggapnya sudah selesai.
Selain itu, dia juga berterima kasih dengan peminat yang menyokongnya namun meminta mereka yang memiliki video berkenaan tidak menyebarkannya lagi.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Asisten Komisioner Khairuldin Saad, ketika dihubungi, berkata, penyanyi berusia 43 tahun itu dibebaskan.
“Dia sebelum ini direman atas kesalahan memiliki dadah dan siasatan kes itu sudah dilengkapkan. Kertas siasatan dihantar kepada Timbalan Pendakwa Raya untuk keputusan lanjut," katanya.
Penyanyi yang ditahan bersama seorang wanita di kediamannya di Taman Keramat Ampang.
Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 24 January 2015 @ 3:57 PM


ZAMANI bersama peguam Ahmad Zaharil Muhaiyar pada sidang media selepas dibebaskan dengan jaminan polis. FOTOSaifullizan Tamadi
- See more at: http://www.hmetro.com.my/node/26036#sthash.aARNSf3b.dpuf

No comments:

Post a Comment