Search This Blog

Tuesday, January 13, 2015

QZ8501: Tidak meletup di udara


JAKARTA: Tidak ada bukti kukuh untuk menyokong teori bahawa pesawat AirAsia Indonesia QZ8501 meletup di udara sebelum terhempas di dalam air, kata seorang penyiasat keselamatan pengangkutan Indonesia, hari ini.
"Tidak ada data untuk menyokong teori seperti itu," kata pegawai penyiasat di Jawatankuasa Keselamatan Pengangkutan Negara, Santoso Sayogo.
Kenyataan Santoso itu bertentangan dengan analisis oleh Ketua Penyelaras Operasi Agensi Mencari dan Menyelamat Kebangsaan (BASARNAS) Indonesia, Supriyadi.
Supriyadi berkata, pesawat membawa 162 penumpang termasuk anak kapal itu yang terhempas Ahad minggu lalu di Laut Jawa mungkin ‘mengalami letupan’ sebelum ia terhempas ke dalam air, antara lain disebabkan perubahan mendadak terhadap tekanan udara.
"Analisis saya, berdasarkan bangkai yang ditemui dan penemuan serpihan lain, pesawat itu mengalami letupan sebelum ia terkena air," katanya kepada pemberita.
Beliau berkata bahagian kiri pesawat itu seolah-olah sudah hancur, menunjukkan bahawa ada perubahan terhadap tekanan udara yang menyebabkan letupan berlaku. -REUTERS
Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 12 January 2015 @ 10:41 PM
- See more at: http://www.hmetro.com.my/node/23365#sthash.eucem0Ra.dpuf

No comments:

Post a Comment