Search This Blog

Wednesday, January 21, 2015

QZ8501: Tiada ancaman pengganas dalam kokpit sebelum pesawat terhempas

SERPIHAN bahagian badan pesawat AirAsia Indoneis QZ8501 di stor simpanan di Pelabuhan Kumai, Pangkalan Bun, Kalimantan. - Foto REUTERS
JAKARTA: Tiada sebarang ancaman didengari termasuk kemungkinan kehadiran pengganas dalam ruang kokpit pesawat AirAsia Indonesia QZ8501 yang terhempas di Laut Jawa pada 28 Disember lalu.
Ketua pasukan penyiasat dari Komisi Nasional Keselamatan Transportasi (KNKT), Andreas Hananto turut menjelaskan tiada letupan kedengaran di dalam kokpit.
"Jika pengganas, mesti ada tindakan ancaman di sana (dalam kokpit). Dalam situasi ini, rakaman menunjukkan pilot (juruterbang) sedang sibuk mengendalikan pesawat," katanya.
Beliau terdahulu mengulas kemungkinan insiden yang mengorbankan penumpang pesawat malang itu di Selat Karimata, Laut Jawa mempunyai kaitan dengan tindakan pengganas.
"Kami tidak mendengar ada suara orang lain selain pilot. Kami tidak mendengar suara tembakan atau letupan.
"Ketika ini, berdasarkan siasatan yang ada, kami menolak kemungkinan nahas disebabkan pengganas," kata Nurcahyo Utomo, salah seorang daripada 10 penyiasat KNKT yang meneliti kandungan kotak hitam itu.
Utomo menjelaskan, rakaman suara di kokpit hampir keseluruhannya dapat didengari dengan jelas dari kotak hitam, selain maklumat lain yang dianalisis iaitu data perakam penerbangan.
Bagaimanapun, kedua-dua penyiasat itu enggan menjelaskan lebih lanjut perkara yang berlaku terutama saat akhir sebelum pesawat dilaporkan terhempas kerana berdasarkan undang-undang, ia hanya dapat dijelaskan selepas penyiasatan selesai.
Hari ini, 30 minit daripada rakaman keseluruhan berdurasi 120 minit sudah berjaya ditranskrip, termasuk rakaman audio penerbangan pesawat sebelum berlepas sehingga 40 minit selepas pesawat dilaporkan hilang komunikasi - Kompas.com.

No comments:

Post a Comment