Search This Blog

Thursday, January 15, 2015

Penggembala kambing jumpa mayat



KEADAAN mayat seorang lelaki yang telah mereput dijumpai oleh seorang pengembala kambing di sebuah ladang getah di Jalan Bahau-Rompin, Jempol, Negeri Sembilan kelmarin.


JEMPOL – Seorang penggembala kambing terkejut besar apabila menemui mayat seorang lelaki yang telah mereput di sebuah ladang getah di Kilometer 15, Jalan Bahau-Rompin di sini kelmarin.
Ketua Polis Daerah Jempol, Superintendan Hamzah Alias berkata, penemuan mayat dalam keadaan tertiarap dan lengkap berpakaian itu dimaklumkan oleh pemuda berusia 40-an itu pada pukul 5.30 petang.
“Setakat ini kita tidak dapat mengenal pasti identiti si mati berikutan badannya sudah reput dipercayai dimakan binatang. Kita juga tidak menjumpai sebarang dokumen pengenalan diri si mati di lokasi kejadian,” katanya ketika dihubungi di sini semalam.
Menurut Hamzah, pihaknya turut menyiasat kaitan si mati dengan kes pembunuhan seorang lelaki warga India yang mayatnya ditemui di tepi jalan kira-kira 4 kilometer dari lokasi berkenaan.


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2015&dt=0115&pub=Kosmo&sec=Negara&pg=ne_05.htm#ixzz3OrpYPaTs 
Hakcipta terpelihara 

No comments:

Post a Comment