Search This Blog

Monday, January 5, 2015

Pengaisan punca QZ8501 terhempas



HELIKOPTER Tentera Laut Amerika Syarikat menurunkan mayat yang ditemui kapal USS Sampson di Laut Jawa semalam.


JAKARTA, Indonesia – Badan Meteorologi, Klimatologi dan Geofisika (BMKG) Indonesia semalam mendedahkan kejadian pengaisan atau icing yang disebabkan oleh faktor cuaca mungkin menjadi faktor pencetus kepada nahas kapal terbang AirAsia Indonesia QZ8501 yang terhempas di Laut Jawa 28 Disember lalu.
Laman web Channel News Asia melaporkan, laporan awal BMKG berpendapat, keadaan cuaca ketika pesawat Airbus A320-200 itu terhempas mencetuskan nahas tersebut kerana menurut BMKG, QZ8501 dari Surabaya ke Singapura itu terbang dalam cuaca ribut.
“Berdasarkan data yang diterima di lokasi akhir pesawat dikesan, cuaca merupakan faktor yang mencetuskan kemalangan tersebut.
“Fenomena cuaca yang paling mungkin adalah pengaisan pesawat yang boleh menyebabkan kerosakan pada peralatan tertentu akibat pro­ses penyejukan. Ini adalah salah satu daripada kemungkinan yang berlaku berdasarkan analisis data kaji cuaca sedia ada,” kata jurucakap BMKG.
Juruterbang penerbangan QZ8501, Kapten Iriyanto dilaporkan meminta kebenaran dari Pusat Kawalan Trafik Udara untuk menukar laluan ke kiri dan naik daripada ketinggian 32,000 kaki kepada 38,000 kaki untuk mengelak awan tebal, namun tidak mendapat kelulusan.


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2015&dt=0105&pub=Kosmo&sec=Negara&pg=ne_05.htm#ixzz3NtgJ8cRs 
Hakcipta terpelihara 

No comments:

Post a Comment