Search This Blog

Monday, January 5, 2015

Pelancong tergantung pada ketinggian 24 meter selama sejam



DUA anggota bomba cuba menyelamatkan seorang pelancong yang tersangkut di satu kabel ketika menaiki satu permainan di sebuah taman tema di Las Vegas, Amerika Syarikat baru-baru ini. - Agensi


LAS VEGAS - Seorang pelancong berhadapan detik-detik cemas selepas satu permainan yang dinaikinya di sebuah taman tema di bandar ini tersangkut, ­menyebabkan dia tergantung pada ketinggian 24 meter selama satu jam.
Pelancong dari Kanada tersebut menaiki sebuah permainan yang dikenali sebagai SlotZilla di mana dia akan meluncur melalui satu talian kabel sepanjang 533 meter.
Bagaimanapun, alat yang digunakan untuk membantunya meluncur tiba-tiba tersekat ­menyebabkan lelaki tersebut tergantung pada ketinggian 24 meter.
Lelaki itu dipercayai tergantung selama setengah jam sebelum seorang pengunjung yang melihat kejadian tersebut menghubungi bomba untuk meminta bantuan.
Sekumpulan anggota bomba yang tiba di tempat kejadian beberapa minit kemudian terpaksa menggunakan tangga khas untuk menyelamatkan lelaki tersebut.
Sementara itu, jurucakap SlotZilla berkata, pihaknya telah memulangkan semula wang pelanggan tersebut dan turut menaja makan malam percuma untuk lelaki itu serta pasangannya di sebuah hotel di sini. – Agensi


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2015&dt=0105&pub=Kosmo&sec=Dunia&pg=du_03.htm#ixzz3NtfM7Njt 
Hakcipta terpelihara 

No comments:

Post a Comment