Search This Blog

Wednesday, January 21, 2015

Meninggal rai persaraan

Oleh Shaiful Shahrin Ahmad Pauzi

am@hmetro.com.my

Parit Buntar: "Sejurus selepas lagu 'Kiss and Say Goodbye' nyanyian kumpulan The Manhattans diputarkan seperti dimintanya, dia (Cheah Hock Hin, 60) kelihatan menghayati lagu itu sambil menggerakkan badan seolah-olah sedang menari.
"Namun, belum sempat lagu itu tamat, dia rebah dan tidak sedarkan diri," kata guru di Sekolah Kebangsaan (SK) Tanah Kebun, Jalan Baru, di sini yang enggan namanya disiarkan.
Guru itu antara saksi yang melihat guru besar sekolah terbabit Cheah Hock Hin, 60, meninggal dunia secara mengejut akibat serangan jantung pada hari persaraannya, semalam.
Dalam kejadian jam 11.50 pagi, mangsa yang sedang membuat persembahan nyanyian kepada murid dan orang ramai yang hadir di dewan sekolah berkenaan, tiba-tiba rebah di atas pentas.
Bekas Penolong Kanan Pentadbiran SK Tanah Kebun Jamil Hassan berkata, kejadian yang pada mulanya dianggap aksi jenaka mendiang bertukar cemas apabila mangsa tidak sedarkan diri meskipun pihaknya memberi bantuan pernafasan sebaik mangsa rebah.
Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.
Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 21 January 2015 @ 5:12 AM


HOCK Hin meninggal dunia ketika dirai pada hari persaraannya, semalam.
- See more at: http://www.hmetro.com.my/node/25202#sthash.RS44L05h.dpuf

No comments:

Post a Comment