Search This Blog

Monday, January 19, 2015

Mayat tanpa kepala

Kotabaru: Satu daripada tiga mayat mangsa tragedi AirAsia Indonesia QZ8501 yang ditemui nelayan Pulau Sembilan, Kalimantan Selatan di sini, disahkan tanpa kepala, kaki dan tangan.
Memetik laporan Metrotvnews.com, anggota Pasukan Mencari dan Menyelamat (SAR) Kotabaru Muhammad Imam Nazarudin berkata, mayat itu ditemui tiada kepala, kaki dan tangan dipercayai milik remaja perempuan manakala dua mayat lagi lelaki dan perempuan dewasa.
Ketiga-tiga mayat diterbangkan ke Surabaya, semalam menggunakan pesawat Casa NC212 Skuadron Udara 600 Wing Udara I Pusat Penerbangan Tentera Nasional Indonesia Angkatan Laut dari Lapangan Terbang Gusti Syamsir Alam Stagen, Kotabaru sebelum dipindahkan ke Hospital Bhayangkara.
Semalam, sekumpulan nelayan menemui mayat remaja dianggar berusia 13 tahun di perairan berkenaan disahkan adalah remaja tanpa kepala itu.
Dapatkan akhbar Metro Ahad untuk berita selanjutnya.
Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 18 January 2015 @ 5:23 AM
- See more at: http://www.hmetro.com.my/node/24559#sthash.aVS1mb4t.dpuf

No comments:

Post a Comment