Search This Blog

Wednesday, January 21, 2015

Mangsa banjir Sarawak meningkat 26,411 orang



JABU (tengah) bersama Shahidan (kiri) dan Rohani ketika melawat Pusat Kawalan Banjir di Wisma Bapa Malaysia, Kuching semalam.


KUCHING – Meskipun kebanyakan bahagian di negeri ini tidak mengalami hujan sepanjang hari semalam, namun jumlah mangsa yang terjejas akibat banjir meningkat mendadak kepada 26,411 orang berbanding 5,178 orang kelmarin.
Bagaimanapun, daripada jumlah tersebut, hanya 8,556 mangsa daripada 2,127 keluarga dipindahkan ke 70 pusat pemindahan banjir manakala seramai 17,855 orang daripada 2,947 keluarga tidak dipindahkan.
Peningkatan jumlah mangsa berlaku di bahagian Kuching terutamanya melibatkan kawasan rendah. Seramai 5,477 orang daripada 1,350 keluarga dipindahkan ke 45 pusat pemindahan banjir.
Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Bencana negeri, Tan Sri Alfred Jabu Numpang berkata, bahagian Samarahan turut menunjukkan pertambahan jumlah mangsa iaitu 2,108 orang daripada 514 keluarga di 13 pusat pemindahan banjir.
Bahagian Limbang, katanya, turut merekodkan pertambahan bilangan mangsa iaitu seramai 786 orang daripada 198 keluarga di enam pusat pemindahan banjir.
“Di Mukah pula, dua pusat pemindahan banjir masih kekal dibuka dengan menempatkan seramai 185 mangsa daripada 65 keluarga,” katanya pada sidang akhbar selepas taklimat banjir di Bilik Gerakan Majlis Keselamatan Negara (MKN) negeri di sini semalam.


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2015&dt=0121&pub=Kosmo&sec=Negara&pg=ne_10.htm#ixzz3PPSP8kIK 
Hakcipta terpelihara 

No comments:

Post a Comment