Search This Blog

Monday, January 19, 2015

Mangsa asid trauma


Lipis: Wanita warga Indonesia yang dipercayai menjadi mangsa simbah asid oleh teman lelaki senegara di sini, pada 7 Januari lalu, kini tertekan dan trauma untuk berdepan dengan orang ramai.
Ketua Polis Daerah Lipis Superintendan Abdul Razak Hassan berkata, mangsa, Hanis Siti Fatimah, 49, berasal dari Jawa, Indonesia sudah sedarkan diri selepas dirawat di Hospital Sultan Haji Ahmad Shah (HOSHAH) Temerloh.
Wanita itu masih tidak mampu bercakap untuk memberi keterangan bagi membantu melengkapkan kertas siasatan berhubung kejadian itu.
Beliau berkata, polis sudah mengambil keterangan saksi kejadian dan suspek yang berusia 40 tahun mungkin didakwa di mahkamah selepas tempoh remannya berakhir esok.
Dalam kejadian 7 Januari lalu, mangsa terpaksa dikejarkan ke Hospital Kuala Lipis (HKL) sebelum dipindahkan ke HOSHAH dengan bantuan orang awam selepas tidak sedarkan diri akibat terkena simbahan asid di sebuah rumah kongsi di Lebuh raya Aur Gading, Padang Tengku dekat sini, jam 1 pagi.
Sebelum kejadian, teman lelaki mangsa yang berasal dari Jawa datang bertemu kerana mahu mendapatkan kesahihan mengenai cerita didengar mengatakan mangsa kerap bertukar pasangan.
Difahamkan, mangsa enggan mengakui cerita karut itu dan fitnah yang sengaja mahu merosakkan hubungan mereka sebelum berlaku pertengkaran.
Ketika pertengkaran, suspek mengeluarkan sebotol kaca mengandungi cecair asid sebelum memaksa mangsa meneguknya, namun enggan berbuat demikian.
Mangsa menepis tangan suspek menyebabkan terkena pada badan dan mukanya sebelum suspek melarikan diri.
Polis berjaya menahan suspek ketika turun daripada sebuah bas di Stesen Bas Raub pada jam 7.50 pagi hari sama.
Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 19 January 2015 @ 7:53 AM
- See more at: http://www.hmetro.com.my/node/24749#sthash.r8QI65NB.dpuf

No comments:

Post a Comment