Search This Blog

Monday, January 12, 2015

Lima ditahan berkaitan pertumpahan darah di Paris dibebaskan



ANGGOTA polis Perancis berada berhampiran petugas media di Paris hari ini. - Foto AFP
PARIS: Lima individu yang ditahan disyaki mempunyai kaitan dengan pertumpahan darah selama tiga hari di Perancis telah dibebaskan daripada tahanan, kata jurucakap pendakwa raya di Paris, hari ini.
Lelaki bersenjata yang menyerang pejabat akhbar mingguan satira, Charlie Hebdo, sebuah pasar raya halal dan rumah percetakan serta membunuh polis wanita di Paris, semuanya mati selepas digempur polis.
Ahli keluarga penyerang itu sudah dikenakan tuduhan awal, namun jurucakap pendakwa raya, Agnes Thibault Lecuivre berkata, lima tahanan dibebaskan lewat Sabtu dan tidak ada yang kekal dalam tahanan dalam serangan yang menyebabkan 17 orang mati.
Balu salah seorang lelaki bersenjata itu yang dinamakan sebagai rakan sejenayah, dipercayai telah pergi ke sebuah bandar Turki berdekatan sempadan Syria.
Bagaimanapun, pegawai risikan Turki berkata, kesemua kesan bagi menjejakinya hilang.
Sebelum ini, polis Perancis menahan tujuh individu ketika mereka melancarkan gerakan memburu dua beradik yang disyaki terbabit dalam serangan di pejabat akhbar mingguan satira, Charlie Hebdo mengakibatkan 12 terbunuh. - AP

No comments:

Post a Comment