Search This Blog

Monday, January 19, 2015

Lemas ketika seberang sungai


PAPAR: Seorang lelaki tempatan lemas ketika menyeberang sungai di Kampung Gadong, Kimanis, petang tadi.
Lelaki berumur 21 tahun yang namanya belum didedahkan itu, dikatakan terjun ke dalam sungai berkenaan namun tenggelam ke dasar sungai ketika berusaha menyeberang sungai itu.
"Pihak bomba menemui mayat mangsa (pada 3.52 petang) di kawasan semak di sungai itu pada jarak 30 meter dari tempat mangsa terjun. Mayat mangsa dihantar ke Hospital Papar untuk bedah siasat," kata Ketua Polis Daerah Papar Deputi Superintendan George Abd Rakman ketika dihubungi.
Menurut George pihaknya masih menyiasat punca mangsa terjun ke dalam sungai itu. - Bernama
Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 18 January 2015 @ 8:16 PM
- See more at: http://www.hmetro.com.my/node/24618#sthash.cduETr0k.dpuf

No comments:

Post a Comment