Search This Blog

Monday, January 19, 2015

KFC siasat insiden pergaduhan

Oleh Gaddafi Musli
Kuala Lumpur: Kentucky Fried Chicken (KFC) Malaysia sedang melakukan siasatan dalaman berhubung klip video pergaduhan antara kakitangannya di KFC Jalan Raja Laut, di sini, Jumaat lalu.
Naib Presiden Kanan KFC Malaysia, MJ Ling yang mengesahkan insiden itu menerusi posting di laman Facebook rasmi KFC Malaysia berkata, siasatan awal mendapati kejadian disebabkan isu peribadi membabitkan dua kakitangannya yang juga adik beradik.
"Kami sedang mengenal pasti punca kejadian dan akan mengambil tindakan sewajarnya terhadap mereka yang terlibat," katanya.
Menurutnya lagi, KFC sentiasa melatih kakitangan tentang adab dan kelakuan ketika bertugas di restoran namun insiden berkenaan jelas menunjukkan latihan itu tidak memadai.
"Kami akan menambah baik program latihan agar insiden seperti ini tidak berulang lagi.
"Keselamatan dan kepuasan pelanggan sentiasa menjadi keutamaan kami," katanya.
Klip berdurasi 36 saat itu tersebar di laman sosial sejak malam tadi dan mengundang pelbagai reaksi negatif masyarakat.
Sebelum ini pada 2012, KFC pernah dilanda kontroversi apabila beberapa kakitangannya dirakam bergaduh dengan pelanggan yang sedang menunggu pesanan.
Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 18 January 2015 @ 7:20 PM


KLIP pergaduhan jadi viral di laman sosial.
- See more at: http://www.hmetro.com.my/node/24612#sthash.QyxODxYx.dpuf

No comments:

Post a Comment