Search This Blog

Monday, January 12, 2015

Jakarta tulis surat mohon bebaskan amah


Riyadh: Kerajaan Indonesia menghantar surat rasmi merayu Arab Saudi memberi pengampunan kepada seorang wanita pembantu rumah yang disabitkan kesalahan membunuh. Jurucakap Kedutaan Indonesia, Dede Achmad Rifai berkata, keluarga mangsa pembunuhan itu sudah menerima wang penebus kesalahan bernilai SR7 juta (RM6.7 juta) “Jakarta menghargai sokongan dan campur tangan kerajaan bagi menyelesaikan kes berkenaan,” katanya. Satinah Jumadi Ahmad, 41, didapati bersalah membunuh isteri majikannya serta mencuri barang kemas bernilai kira-kira RM36,000 pada 2007. Empat tahun kemudian, Satinah dijatuhi hukuman mati. Dede berkata, keluarga mangsa pembunuhan Satinah bersetuju memaafkan wanita terbabit selepas wang berkenaan dibayar. “Bagaimanapun kami tidak dapat memastikan bila Satinah akan dibebaskan,” katanya. - Agensi Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 12 January 2015 @ 6:23 AM - See more at: http://www.hmetro.com.my/node/23213#sthash.F83SQYY6.dpuf

No comments:

Post a Comment