Search This Blog

Monday, January 12, 2015

Dua beranak mati berpelukan



ANGGOTA pasukan mencari dan menyelamat mengangkat mayat dua beranak yang ditemui mati lemas dalam keadaan berpelukan di Sungai Moyong, Kampung Madsiang, Penampang dekat Kota Kinabalu semalam.


KOTA KINABALU – Niat murni seorang bapa yang juga merupakan anggota tentera menyelamatkan anak lelakinya yang tergelincir ketika mengambil selipar di atas batu di kawasan perkelahan Sungai Moyong, Kampung Madsiang, Penampang dekat sini berakhir dengan tragedi apabila kedua-duanya ditemui lemas dalam keadaan berpelukan semalam.
Mayat kedua-dua beranak dikenali Samra Tong Ko, 40, anggota tentera berpangkat Pegawai Waran II dari Markas Tentera Darat Kem Lok Kawi dan anak bongsu daripada dua beradik, Noel, 8, ditemui pada pukul 9.08 pagi setelah hampir 20 jam dilaporkan hilang iaitu pada pukul 1.30 petang kelmarin.
Lebih memilukan kedua-dua mayat dijumpai dalam keadaan berpelukan satu sama lain kira-kira 30 meter dari lokasi kejadian.
Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Penampang, Mohd. Akramin Sakirun berkata, sebelum kejadian kedua-dua mangsa pergi berkelah ke kawasan berkenaan bersama saudara-maranya yang lain terdiri daripada tiga buah keluarga.


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2015&dt=0112&pub=Kosmo&sec=Negara&pg=ne_04.htm#ixzz3OYgunbXq 
Hakcipta terpelihara 

No comments:

Post a Comment