Search This Blog

Monday, January 19, 2015

Drebar lori dibedil


Johor Bahru: Seorang pemandu lori mati ditembak beberapa kali dari jarak dekat di depan sebuah rumah di Bandar Putra, Kulaijaya di sini, semalam.
Dalam kejadian kira-kira jam 3 pagi itu, mangsa yang dikenali sebagai M Magen, 32, dikatakan baru tiba di tempat kejadian yang juga rumah rakannya sebelum dihampiri dan ditembak oleh suspek yang dipercayai menaiki motosikal.
Pemangku Ketua Polis Daerah Kulaijaya Superintendan Tan Moh Chuan berkata, mangsa disahkan meninggal dunia ketika menerima rawatan di Hospital Temenggong Seri Maharaja Tun Ibrahim Kulaijaya.
“Polis masih menunggu laporan penuh siasatan, tetapi sudah mempunyai petunjuk yang menjurus kepada pihak yang bertanggungjawab,” katanya.
Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 19 January 2015 @ 8:03 AM
- See more at: http://www.hmetro.com.my/node/24763#sthash.xD7K6StZ.dpuf

No comments:

Post a Comment