Search This Blog

Wednesday, January 21, 2015

Dicekup selepas terima dadah



Janathan (dua dari kiri) menunjukkan dadah jenis Methamphetamine yang dirampas kastam pada sidang akhbar di Kota Kinabalu semalam.


KOTA KINABALU – Dua lelaki dipercayai pengedar dadah diberkas setelah selesai mengambil dua kotak bungkusan dadah jenis Metham­phetamine seberat 26 kilogram (kg) bernilai RM4.9 juta atas nama mereka di hadapan sebuah syarikat penghantaran barangan berdekatan Lapangan Terbang Tawau baru-baru ini.
Kedua-dua suspek berusia 54 dan 56 tahun berasal dari Semenanjung itu ditahan pada pukul 3.45 petang, Jumaat lalu.
Pengarah Kastam Sabah, Datuk Dr. Janathan Kandok berkata, tangkapan itu adalah hasil imbasan pihaknya di Pejabat Kastam Cawa­ngan Mas Kargo Tawau.
Katanya, hasil pengesanan awal mendapati kandungan bungkusan dalam dua kotak terbabit adalah dadah jenis Methamphetamine.
“Sepasukan anggota dari Jabatan Kastam negeri kemudian bersiap sedia menunggu suspek yang akan mengambil bungkusan berkenaan.
“Sebaik dua suspek terbabit membawa keluar dan meletakkan dua kotak berisi dadah itu dalam kereta mereka, kami terus memberkas kedua-dua mereka,” katanya pada sidang akhbar di sini semalam.
Janathan memberitahu, dadah berkenaan diisi dalam 26 bungkusan plastik seberat 1kg setiap satu.
“Siasatan awal mendapati dadah tersebut dihantar menggunakan alamat dari Semenanjung. Kami masih menyiasat sama ada dadah ber­kenaan adalah untuk pasaran negeri ini atau dieksport ke negara ketiga,” katanya.


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2015&dt=0121&pub=Kosmo&sec=Negara&pg=ne_04.htm#ixzz3PPRbxH90 
Hakcipta terpelihara 

No comments:

Post a Comment