Search This Blog

Monday, January 5, 2015

Biar saja mayat di laut

Agensi
Jakarta: Imam Besar Masjid Istiqlal semalam mencadangkan supaya korban nahas pesawat AirAsia Penerbangan QZ8501 yang sudah reput dan tidak boleh dicam dibiarkan tenggelam di laut.
“Jika keadaan mayat sudah terlalu reput dan tidak boleh dicam, biarkan saja ia di dalam laut,” kata Ali Mustafa Yaqub (gambar) kepada akhbar Republika.
Menurutnya, tidak salah untuk berbuat demikian kerana Islam membenarkan menenggelamkan mayat orang yang meninggal dunia di atas kapal yang masih lama untuk sampai ke daratan.
“Kerana jika menunggu untuk sampai ke darat, jenazah akan reput dan membusuk,” kata Ali Mustafa.
Menurutnya, pengebumian di laut itu diterangkan dalam beberapa kitab. Ia boleh dilakukan dengan cara mengikat pemberat pada jenazah.
Bagaimanapun, berkait dengan nahas AirAsia yang menyebabkan 162 penumpang dan kakitangannya terbunuh, membawa jenazah ke darat boleh dilakukan sekiranya mayat tidak reput dan boleh dicam.
Namun, beliau berkata, pengebumian perlu disegerakan, khususnya membabitkan mereka yang beragama Islam, sesuai dengan ajaran agama, sebaik segala proses pengecaman, termasuk ujian DNA dilakukan.
Sehingga semalam, gerakan mencari dan menyelamat masih lagi berusaha mencari sebahagian besar mayat mangsa di Laut Jawa.
Lebih 30 sudah ditemui. Usaha mencari kotak hitam pesawat itu giat dijalankan, membabitkan pasukan dari beberapa negara jiran.
Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 5 January 2015 @ 6:02 AM


- See more at: http://www.hmetro.com.my/node/21575#sthash.rRrXtL3k.dpuf

No comments:

Post a Comment