- Gambar hiasan
- Gambar hiasan
RIYADH - ARAB SAUDI. Seorang kanak-kanak perempuan membawa adiknya yang baru lahir di dalam beg plastik ke sekolah untuk ditunjuk kepada rakannya.

Memetik laporan Malaysian Digest, murid darjah dua berusia tujuh tahun itu membawa adiknya itu ke sekolah untuk meyakinkan rakannya bahawa dia mendapat adik lelaki.

Ibu kepada bayi tersebut sedang tidur sehinggalah dikejutkan oleh pembantu rumah.

Guru di sekolah yang terkejut menemui bayi berkenaan di dalam beg plastik telah menelefon polis dan bapa murid itu.