Search This Blog

Sunday, January 4, 2015

Badan putus dua dibaham buaya



MANGSA disambar seekor buaya semasa memasang perangkap ikan di Sungai Samarahan. - Gambar hiasan.


SERIAN – Mayat seorang petani yang disambar buaya ketika memasang belat di Sungai Samarahan berhampiran Kampung Soh di sini kelmarin ditemui pagi semalam.
Mangsa, Idris Yakub, 56, dari Kampung Panchor Baru Melayu di sini ditemui pada pukul 9.55 pagi dengan badannya terputus dua da­ri bahagian dada hingga kepala dan putus pergelangan kaki kirinya.
Ketua Polis Daerah Serian, De­puti Superintendan Chung Aik Peng berkata, mayat bapa kepada dua anak itu ditemui terapung di tebing sungai berkenaan kira-kira 1.8 kilo­meter (km) dari tempat mangsa dibaham reptilia tersebut.
Katanya, isteri mangsa, Raini Salim, 40, telah melakukan pengecaman dan mayat Idris sudah dibawa ke Hospital Serian untuk dibedah siasat.
“Operasi mencari dan menyelamat mangsa dihentikan sebaik pe­nemuan anggota badan mangsa dan kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut,” katanya ketika dihubungi Kosmo! Ahad di sini semalam.


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2015&dt=0104&pub=Kosmo&sec=Negara&pg=ne_08.htm#ixzz3NoExMMBa 
Hakcipta terpelihara 

No comments:

Post a Comment