Search This Blog

Wednesday, January 21, 2015

Ancaman bom palsu


21 Januari 2015

NEW YORK - Lapangan Terbang Antarabangsa John F Kennedy (JFK) gempar selepas menerima panggilan ancaman bom palsu, malam kelmarin hingga memaksa ratusan penumpang dua pesawat Delta Airlines dipindahkan atas faktor keselamatan.

Jurucakap syarikat penerbangan itu memaklumkan mereka telah mengikut prosedur yang ditetapkan dan turut mengemukakan laporan tersebut kepada pihak berkuasa persekutuan lapor Press TV.

Difahamkan, kedua-dua pesawat itu dibenarkan terbang semula ke destinasi masing-masing selepas pihak berkuasa selesai melakukan pemeriksaan. 

No comments:

Post a Comment