Search This Blog

Wednesday, January 21, 2015

480 pulang dari Saudi

Jakarta: Lebih 480 warga Indonesia yang tinggal atau bekerja di Arab Saudi secara haram sudah pulang ke negara asal.
Mereka yang juga termasuk 64 kanak-kanak di bawah usia 12 tahun tiba di Indonesia, kelmarin.
Ketua agensi pekerja asing Indonesia, BNP2TKI Nusron Wahid berkata, mereka termasuk dalam fasa pertama perancangan Presiden Joko Widodo (Jokowi) untuk membawa pulang warganya yang terkandas di luar negara.
Kebanyakan mereka tinggal secara haram melebihi had waktu dibenarkan dan berada di negara terbabit antara enam hingga 10 tahun lalu.
Ramai daripada mereka berdepan pelbagai masalah pentadbiran, malah ada juga yang lari dari majikan.
Data rasmi BNP2TKI menunjukkan 4.3 juta warga Indonesia bekerja di luar negara pada 2012.
Bagaimanapun, jumlah sebenar dianggarkan sekurang-kurangnya dua kali ganda, malah mungkin juga empat kali ganda, mengikut Pertubuhan Buruh Antarabangsa (ILO).
Arab Saudi dan Malaysia adalah dua negara paling popular bagi pekerja Indonesia.
Nusron berkata, kerajaan akan menyediakan pekerjaan dan latihan keusahawanan untuk pekerja terbabit selain berjanji membantu mereka yang memutuskan pulang ke Indonesia.
“Kami mengusahakan kontrak baru dengan kerajaan Arab Saudi yang turut merangkumi pelaksanaan gaji minimum diperbaharui dan skim perlindungan baru.
“Kami turut menawarkan bantuan bagi mereka yang ingin pulang, malah menyasarkan pembaharuan dalam industri pemakanan, kreatif dan pelancongan,” katanya. - Agensi
Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 21 January 2015 @ 5:11 AM


GAMBAR yang dirakam tidak lama dulu menunjukkan sebahagian pekerja Indonesia yang terlantar di Jeddah, Arab Saudi, menanti bantuan untuk dihantar pulang.
- See more at: http://www.hmetro.com.my/node/25196#sthash.ENZUW0U8.dpuf

No comments:

Post a Comment