Search This Blog

Saturday, January 31, 2015

Saya Pemilik Pistol Berlesen - Saravanan


Diterbitkan: Jumaat, 30 Januari 2015 11:51 PM

PETALING JAYA: Gambar Naib Presiden MIC, Datuk M. Saravanan dengan pistol diselitkan di pinggangnya menjadi viral di media sosial pada Jumaat.

Malah ahli politik itu mengesahkan beliau sememangnya membawa senjata api itu ketika gambar tersebut dirakamkan.

"Saya pemilik pistol berlesen dan saya sentiasa membawanya bersama saya," katanya kepada The Star pada Jumaat.

Timbalan Menteri Belia dan Sukan itu berkata setiap Ahli Parlimen berhak untuk membawa pistol dan beliau sendiri memilikinya sejak 2003 iaitu apabila dilantik sebagai senator.

Gambar yang disebarkan itu dipercayai dirakamkan pada Rabu iaitu sebelum sidang akhbar yang dijadualkan di ibu pejabat MIC di Kuala Lumpur.

"Malangnya butang kot terbuka dan memberi peluang kepada jurugambar merakamkannya.

"Bagaimanapun hanya sebahagian daripada pemegang pistol itu dapat dilihat. Saya tidak mengacukan pistol itu kepada sesiapa pun dan tidak pula ada sebarang kejadian tidak diingini berlaku," katanya.

Saravanan berkata, mereka yang menyebarkan gambar itu hanya mencari 'publisiti'.

Johnny Depp Diserang Binatang Buas


Diterbitkan: Sabtu, 31 Januari 2015 12:02 AM
Johnny Depp.

BEBERAPA bulan lalu ada berita melaporkan bahawa aktor Johnny Depp tidak hadir di sebuah sidang media yang diadakan di Tokyo, Jepun tanpa sebab-sebab yang jelas.

Namun, Johnny Depp akhirnya mendedahkan bahawa dia mengalami kemalangan yang hampir mengancam nyawanya.

Seperti dilaporkan Daily Mail, dia diserang oleh seekor binatang buas yang dipanggilchupacabra. 

Dia dikhabarkan terpaksa bertarung beberapa jam dengan haiwan tersebut sebelum berjaya menyelamatkan diri.

Chupacabra adalah sejenis haiwan seperti anjing, mempunyai telinga besar dan bertaring.

Ketua Kumpulan Penculik Kanak-Kanak Diberkas - KPN


Diterbitkan: Sabtu, 31 Januari 2015 11:01 AM

PETALING JAYA: Pasukan Petugas Khas Jenayah Terancang (STAFOC) dan Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Selangor berjaya menahan ketua kumpulan penculik kanak-kanak berusia lima tahun di Subang Permai, Selangor pada Sabtu.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar ketika mengumumkan perkara itu menerusi Twitternya @kbab51, mengucapkan syabas kepada polis susulan kejadian tersebut.

"Mangsa ditemui dikurung di Port Dickson. Alhamdulillah, mangsa selamat," katanya.

Lima suspek turut ditahan berhubung kes penculikan tersebut.

Ketika dihubungi bapa saudara kepada mangsa culik itu yang enggan dikenali berkata keluarga mereka akhirnya dapat menarik nafas lega.
"Kami dimaklumkan oleh polis pada tengah malam dan pada masa ini, mangsa sedang menjalani penilaian perubatan dan rawatan di hospital," katanya.

Pasangan bertopeng menakutkan penduduk


Pasangan bertopeng yang menggemparkan penduduk tempatan di Auckland.
Pasangan bertopeng yang menggemparkan penduduk tempatan di Auckland.
AUCKLAND - NEW ZEALAND. Pasangan lelaki dan perempuan bertopeng dan dipercayai bersenjata diminta menyerah diri kerana menimbulkan kebimbangan penduduk setempat.

Pasangan tersebut, yang memakai topeng hoki ais bewarna putih, muncul selama 3 minggu di beberapa tempat di Auckland.

Menurut Dailymail UK, laporan orang awam mengatakan pasangan tersebut membawa senjata yang kelihatan seperti pistol.

Polis kemudian memuatnaik gambar pasangan bertopeng berkenaan ke laman sosial Facebook dan meminta mereka menyerah diri.

Pemisah selatan Thailand ditembak mati


30 Januari 2015


YALA - THAILAND. Seorang anggota kumpulan gerakan pemisah yang dikenali sebagai Saudi Setapo maut dan dua lagi ditahan pihak berkuasa dalam pertempuran petang tadi di Yala, wilayah selatan Thailand.

Dua suspek yang ditahan dikenali sebagai Arif Samae dan Safan Salae, kedua-duanya berusia 26 tahun dan merupakan penduduk Mukim Kabang.

Seorang anggota polis turut cedera dalam pertempuran itu, kata Komander Kompeni Renjer ke-48, Kol Tanut Pisansitiwat kepada media.

Beliau berkata, sasaran pasukan keselamatan Thailand dalam pertempuran kali ini ialah Saudi Setapo, iaitu suspek dalam satu insiden pengeboman di daerah Betong pada tahun lepas.

Kejadian pertempuran hari berlaku pada jam 3.25 petang waktu tempatan dan melibatkan lebih 50 pegawai keselamatan Thailand.

“Pertempuran berlaku apabila mereka mengepong sebuah rumah di Jalan Kabang-Sabayoi di Kampong Benangdama, Mukim Kabang, Jaha, selepas mendapat  laporan kehadiran beberapa orang anggota Gerakan Pembebasan Patani yang dipimpin oleh Saudi Setapo,” katanya.

Saudi yang berasal dari Kampung Kuwing, Mukim Baroh, Daerah Yaha, di Yala mempunyai tujuh waran tangkap. - Bernama

Letupan gas di Mexico, dua maut


Usaha mencari dan menyelamat sedang giat dilakukan oleh lebih 150 anggota penyelamat.
Usaha mencari dan menyelamat sedang giat dilakukan oleh lebih 150 anggota penyelamat.
MEXICO CITY - MEXICO. Sekurang-kurangnya dua terbunuh manakala lebih 60 cedera dalam kejadian letupan kuat di sebuah hospital kanak-kanak di daerah Cuajimalpa, menurut datuk bandar, kelmarin.

Miguel Angel Mancera memberitahu angka tersebut dijangka meningkat kerana usaha mencari dan menyelamat disertai lebih 150 anggota penyelamat sedang giat dilakukan di bawah runtuhan bangunan terbabit.

Sementara itu, jurucakap pihak berkuasa memaklumkan letupan berpunca daripada trak tangki gas itu berlaku pada jam 7.15 pagi (waktu tempatan) selepas pekerja terbabit gagal mengatasi masalah kebocoran pada saluran paip terbabit.

"Letupan itu turut menyebabkan 75 peratus daripada struktur bangunan hospital tersebut musnah," katanya.

Susulan daripada kejadian itu, pengendali trak milik Gas Expres Nieto tersebut telah ditahan untuk membantu siasatan. - Xinhua

‘Bom’ tandas gara-gara seekor lipas


TAIPEI - TAIWAN. Gara-gara seekor lipas, seorang pekerja di sebuah syarikat pembersihan dilaporkan meletupkan seluruh bilik air di pejabatnya, baru-baru ini.

Memetik laporan daripada portal berita Metro.co.uk, kejadian tersebut berlaku apabila wanita tersebut yang mahu membunuh seekor lipas, namun secara tidak sengaja menghasilkan bom buatan sendiri dengan menggunakan bahan pencuci kimia yang disimpan di tandas berkenaan.

Menurut laporan tersebut, wanita itu mengambil langkah pertama dengan memukul lipas tersebut dengan menggunakan kasutnya untuk memastikan haiwan itu benar-benar mati.

Kemudian, lipas tersebut dibalut dengan kertas tisu sebelum ‘dihancurkan’ sebelum dibakar.

“Wanita itu membuang lipas ke dalam tandas dan terlupa untuk menarik pam tandas. Menyebabkan tisu itu bercampur dengan bahan kimia yang digunakan untuk mencuci tandas.

“Tandas itu meletup tidak beberapa lama kemudian dan menghasilkan bunyi yang sangat kuat sehingga mengejutkan seluruh pejabat,” katanya seperti yang dipetik menerusi laporan tersebut.

Lipas dikatakan antara serangga yang mempunyai tahap survival yang tinggi.

Serangga itu dikatakan masih boleh hidup dalam masa beberapa minggu walaupun kepalanya dipotong.

Wang palsu cetakan Jember

Oleh Mohd Jamilul Anbia Md Denin dan Mohaamad Hafiz Nawawi 
am@hmetro.com.my


Kuala Lumpur: Polis Diraja Malaysia (PDRM) akan bekerjasama dengan Polis Republik Indonesia (POLRI) bagi menjejaki sindiket pengedaran wang palsu antarabangsa yang disyaki aktif menghasilkan wang kertas palsu ringgit Malaysia di republik itu.
Penyeludupan wang kertas palsu ringgit Malaysia itu dipercayai ada kaitan dengan kejayaan POLRI menumpaskan sindiket pencetakan wang palsu di Jember, Jawa Timur pada petang Selasa lalu.
Hasil serbuan itu pihak polis menemui plat besi mencetak wang kertas Ringgit Malaysia (RM) selain wang kertas Rupiah berjumlah 12.2 bilion (RM35.8 juta).
Sumber berkata, penemuan plat khas mencetak wang kertas palsu itu membabitkan pelbagai mata wang Malaysia yang dicetak menggunakan mesin khas diimport dari Jerman.
Menurutnya, berdasar penemuan itu, polis yakin sindiket itu mampu mencetak wang kertas palsu dalam kuantiti besar sebelum diedarkan ke pasaran.
Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.
Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 30 January 2015 @ 5:15 AM


POLIS Republik Indonesia menunjukkan wang Rupiah palsu yang dirampas.
- See more at: http://www.hmetro.com.my/node/27299#sthash.JJ3MVSx3.dpuf

Lagi budak maut terjatuh

Oleh Asmah Rusman 
asmah_rusman@hmetro.com.my


Ampang: Seorang kanak-kanak lelaki berusia lima tahun maut terjatuh dari tingkat lapan kediamannya di Taman Nirwana Kampung Pandan, 8 pagi tadi.
Ketua Polis Daerah Ampang, Asisten Komisioner Khairuldin Saad berkata, mangsa tinggal bersama ibu bapa, dua adik beradiknya dan seorang pembantu rumah warga Indonesia.
Menurutnya, ketika kejadian ibu bapa mangsa bersama kakak dan abangnya tiada di rumah kerana ke tempat kerja dan sekolah.
“Pembantu rumah terbabit meninggalkan kediaman itu untuk membeli telur di kedai sebelum kejadian.
“Bagaimanapun, sebaik pulang dia mendapati orang ramai berkumpul dan melihat mangsa parah terbaring atas jalan,” katanya.
Khairuldin berkata, siasatan awal dipercayai mangsa tersedar dari tidur dan memanjat basikal yang terletak di balkoni tingkat lapan sebelum terjatuh.
Kes disiasat mengikut Seksyen 31 (1) (a) Akta Kanak-kanak dan pembantu rumah kini sedang disoal siasat.
Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 30 January 2015 @ 5:06 PM


LOKASI kanak-kanak terjatuh (dalam bulatan).
- See more at: http://www.hmetro.com.my/node/27409#sthash.UJCPIZh9.dpuf

28 GRO Vietnam dicekup


Oleh Ekhwan Haque Fazlul Haque
Klang: Seramai 28 wanita warga Vietnam yang bekerja sebagai pelayan pelanggan (GRO) ditahan polis ketika sibuk melayan pelanggan di pusat hiburan di Lebuh Gopeng, di sini, awal pagi tadi.
Serbuan kira-kira 1.30 pagi itu dijalankan sepasukan polis Bahagian Perjudian, Maksiat, Kongsi Gelap (D7) Bukit Aman selepas mendapati pusat hiburan berkenaan menawarkan khidmat GRO warga asing.
Ketua Operasinya Superintendan Razali Abu Samah berkata, semua wanita warga asing yang ditahan berusia 20-an hingga 30-an dikesan menyalahgunakan pas lawatan sosial dengan bekerja di negara ini.
Beliau berkata, siasatan mendapati GRO yang bekerja di pusat hiburan berkenaan dikesan menawarkan khidmat seks kepada pelanggan dengan bayaran RM150 hingga RM250.
"Semua yang ditahan dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah Klang Utara untuk siasatan lanjut mengikut Akta Imigresen dan Akta Anti Pemerdagangan Orang (ATIP)," katanya.
- See more at: http://www.hmetro.com.my/node/27403#sthash.UzpvPhzd.dpuf

76 PATI ditahan di Kota Bharu


Oleh Maiamalina Mohamed Amin

maiamalina@hmetro.com.my

Kota Bharu: Seramai 76 pendatang asing tanpa izin (PATI) ditahan Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) Kelantan dalam Ops Ikrar yang dijalankan di sekitar Kota Bharu, 9.30 pagi tadi.
Dalam operasi itu, 120 warga asing diperiksa di beberapa lokasi.
Ketua Bahagian Penguatkuasaan JIM Kelantan Noordin Ibrahim berkata, daripada 76 orang ditahan, 31 adalah warga Myanmar, 26 (Indonesia) dan 15 (Bangladesh).
"Seramai tiga lagi warga Kemboja dan seorang warga India.
"Semua yang ditangkap adalah lelaki berusia 15 hingga 50 tahun dan akan dihantar ke Depoh Tahanan Tanah Merah," katanya di pejabat Bahagian Penguatkuasaan JIM Kelantan, di sini, hari ini.
Kes disiasat mengikut Seksyen 6 (1)(c) Akta Imigresen 1959/63 dan Seksyen 15 (1)(c) akta sama.
- See more at: http://www.hmetro.com.my/node/27404#sthash.9Hrgn9H8.dpuf

Maut dihempap pokok

Oleh Nur Saliawati Salberi

hmetroshahalam@hmetro.com.my

Shah Alam: Seorang lelaki maut selepas dihempap sebatang pokok dalam kejadian bersebelahan Pejabat Perhutanan Telok Datok, Banting, petang tadi.
Dalam kejadian kira-kira 2.30 petang itu, mangsa berusia 54 tahun maut di tempat kejadian selepas sebatang pokok tiba-tiba tumbang dan menimpanya.
Jurucakap bomba berkata, sebaik menerima panggilan kecemasan pada 2.44 petang, jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat Banting dikejarkan ke tempat kejadian.
"Sebaik bomba tiba di tempat kejadian mangsa sudah tidak sedarkan diri dan berada di bawah dahan pokok berkenaan.
"Bomba bertindak memotong dahan berkenaan untuk mengeluarkan mangsa dan mangsa disahkan meninggal dunia oleh pasukan perubatan Hospital Banting," katanya.
Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 30 January 2015 @ 7:55 PM


POKOK tumbang dan menghempap mangsa lelaki berbangsa India. FOTO ihsan Bomba
- See more at: http://www.hmetro.com.my/node/27422#sthash.JbWv6vyR.dpuf

Tembak 2 pasar raya

Oleh Alias Abd Rani 
lias@hmetro.com.my


Sibu: Dua bangunan yang menempatkan dua pasar raya menjadi sasaran apabila sekumpulan penjenayah melepaskan empat das tembakan dipercayai menggunakan senapang patah, kelmarin.
Ketua Polis Daerah Sibu, Asisten Komisioner Kamal Kordi berkata, daripada empat das tembakan, tiga daripadanya dilepaskan ke arah Wisma Sanyan manakala satu lagi ke Kompleks Beli-Belah Premier.
Beliau berkata, kejadian dipercayai berlaku lewat malam kelmarin, namun polis hanya menerima dua laporan masing-masing pada jam 1.15 dan 4.15 petang.
"Laporan pertama dibuat seorang pengawal keselamatan Wisma Sanyan selepas mendapati cermin kaca bangunan terbabit bertaburan atas lantai manakala laporan kedua diterima daripada seorang pemilik kedai dalam pasar raya terbabit sebaik mendapati tembakan itu mengenai cermin premis miliknya.
"Sehingga kini motif sebenar tembakan itu dilepaskan masih belum diketahui dan polis tidak menolak kemungkinan perbuatan terbabit dilakukan individu sama," katanya.
Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.
Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 31 January 2015 @ 5:09 AM


KESAN tembakan di pusat beli-belah Premier, Sibu.
- See more at: http://www.hmetro.com.my/node/27477#sthash.gedbIclD.dpuf

Kail tersangkut di pipi

Oleh Jauhariatul Akmal Johar 
am@hmetro.com.my


Pasir Mas: Seorang kanak-kanak berusia lapan tahun langsung tidak menangis selepas bawah pipi kanannya tercucuk mata kail. Malah, murid tahun dua Sekolah Kebangsaan Gual Periok itu menahan sakit selama hampir tiga jam sebelum mata kail berkenaan dikeluarkan dengan bantuan anggota Jabatan Bomba dan Penyelamat Pasir Mas.
Dalam kejadian jam 11 pagi semalam, Muhammad Hafiz Afnan Mohd Azizol tercucuk mata kail yang mempunyai dua mata bersaiz dua inci selepas ia dibaling seorang daripada lima rakan ketika mereka memancing di Sungai Tasik Kati, di sini.
Bapa Muhamad Hafiz Afnan, Mohd Azizol Che Aziz, 34 berkata, dia mengetahui kejadian itu apabila anaknya pulang ke rumah di Kampung Gual Periok ditemani rakan yang memancing bersama.
"Dia beritahu terkena mata kail, tetapi keadaannya bersahaja. Dia tidak menangis walaupun ketika itu, mata kail berkenaan tersangkut di pipi.
Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.
Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 31 January 2015 @ 5:52 AM




ANGGOTA bomba mengeluarkan mata kail di pipi kanan mangsa.
- See more at: http://www.hmetro.com.my/node/27621#sthash.PX3NgH0W.dpuf

Remaja taasub serbu studio TV Belanda

The Hague: Remaja yang menyerbu masuk sebuah studio televisyen kebangsaan Belanda untuk menuntut diberi peluang muncul dalam siaran rangkaian itu disifatkan terlalu taasub kepada teori konspirasi.

Seorang rakan remaja terbabit berkata, penuntut tahun pertama Universiti Teknikal Delft itu seorang yang pintar tetapi suka menyendiri.
Seorang lagi bekas remaja terbabit memberitahu, dia memiliki imaginasi tinggi dan sering berada dalam dunianya sendiri.
“Sejak beberapa tahun kebelakangan ini, dia berminat dengan teori konspirasi yang melibatkan Free Masons dan orde baru dunia,” katanya.
Semalam seorang remaja menyerbu studio rangkaian televisyen NOS di Hilversum sambil membawa sepucuk pistol palsu.
Dia bagaimanapun menyerah dan mencampakkan ‘senjata’ berkenaan sebaik saja diarah polis. - AFP
- See more at: http://www.hmetro.com.my/node/27485#sthash.Gbyjvzaz.dpuf

‘Kami berasa tidak selamat’

Texas: Sekumpulan penganut Islam yang berarak menuntut toleransi beragama di Texas Capitol semalam diganggu sekumpulan kecil penunjuk perasaan yang mendakwa Amerika Syarikat sebenarnya milik Kristian dan Muslim harus kembali ke Timur Tengah.

Seorang aktivis Kristian dari Michigan bertindak merampas mikrofon dan berkata: “Saya mengisytiharkan dengan nama tuhan, saya berdiri menentang Islam.”
Kumpulan yang menyifatkan diri mereka sebagai aktivis Kristian jelas mengganggu 600 orang yang hadir ke perhimpunan berkenaan.
Mereka turut menjerit ketika umat Islam menyanyikan lagu kebangsaan, selain cuba mengganggu penceramah.
Ada yang menjerit: “Pulang ke rumah. Kamu tidak akan tenang di sini.”
Jurucakap Majlis Perhubungan Amerika - Islam cawangan Houston, Ruth Nasrullah berkata, sebaik saja dia naik ke podium, seorang wanita tiba-tiba datang merampas mikrofon.
“Ia membuatkan kami berasa tidak selamat,” katanya.
Dianggarkan ada setengah juta penganut Islam di Texas dan sebahagian daripadanya menetap di situ sejak beberapa generasi.
Jabatan Keselamatan Awam Texas pula berkata, tiada tangkapan dibuat ketika majlis berlangsung.
Beberapa kumpulan Islam di Amerika Syarikat dilaporkan kerap membuat gangguan sejak insiden serangan maut lelaki bersenjata di pejabat Charlie Hebdo, Perancis dan sebuah pasar raya di Paris.- Reuters
- See more at: http://www.hmetro.com.my/node/27486#sthash.QHUAig9t.dpuf

Kalau belum ajal


Agensi
Mexico City: Penyelamat menemui beberapa bayi yang terselamat di bawah runtuhan bangunan sebuah hospital yang runtuh akibat letupan dari sebuah lori membawa gas, semalam.
Kejadian berlaku di pinggir barat Mexico City itu menyebabkan seorang wanita dan dua kanak-kanak terbunuh, manakala puluhan yang lain cedera.
Kira-kira 100 orang berada di hospital ketika kejadian.
Datuk Bandar Mexico City, Miguel Angel Mancera berkata, letupan itu memusnahkan 70 peratus daripada bangunan hospital berkenaan.
Katanya, penyelamat terpaksa menggali lubang melalui konkrit dan halangan batang besi untuk menyelamatkan mangsa yang masih hidup.
Jururawat Monserrat Garduno, 32, berkata dia sangat bimbang mengenai nasib kakaknya.
“Kami membawa dia ke sini untuk bersalin, tetapi saya tak pasti bagaimana nasibnya kini,” katanya.
Jurucakap bomba berkata, letupan itu mungkin berpunca daripada kebocoran hos dari lori yang mengisi gas ke tangki hospital.
Kebanyakan kawasan di Mexico City tidak mempunyai bekalan gas utama dan bergantung kepada penghantaran menggunakan lori sejak 2007.
- See more at: http://www.hmetro.com.my/node/27487#sthash.6SKmN4uu.dpuf

Polis jumpa 20 bangkai monyet dalam bas


Hanoi: Polis Vietnam menemui 20 monyet yang diawet selepas menghentikan sebuah bas di pinggir bandar Hanoi, semalam.
Bas terbabit ditahan selepas pemandunya melanggar lampu merah pada Rabu lalu.
Timbalan Ketua Polis Hanoi, Nguyen Tien Viet berkata, pihak berkuasa akan mengenal pasti spesies monyet berkenaan dalam tempoh terdekat.
Katanya, bangkai haiwan itu ditemui disumbat dalam dua karung guni.
“Polis menemui bangkai monyet itu kerana terhidu bau sangat kuat serta keadaan guni mencurigakan,” katanya.
Sementara itu pemandu bas terbabit mendakwa, dia diarah membawa guni berkenaan ke lokasi tertentu untuk diserahkan kepada pihak ketiga.
Vietnam ialah pusat beberapa spesies monyet yang jarang ditemui di dunia dan lima daripadanya tergolong dalam 25 spesies monyet paling terancam. - Agensi
- See more at: http://www.hmetro.com.my/node/27490#sthash.OCXPwKAw.dpuf

Tiga pelancong berbogel dalam wat

Phnom Penh: Tiga pelancong Perancis ditangkap pihak berkuasa Kemboja kerana berbogel dan mengambil gambar antara satu sama lain di dalam wat Angkor.

Jurucakap Lembaga Apsara Kemboja, Chau Sun Kerya berkata, pelancong terbabit ditahan di dalam wat Banteay Kdei yang diiktiraf sebagai tapak warisan dunia, kelmarin.
“Kuil ialah tempat ibadah. Tindakan mereka yang berbogel amat tidak sesuai,” katanya.
Sementara itu jurucakap polis Siem Reap, Keat Bunthan berkata, ramai tersinggung dengan tindakan tidak beradab pelancong terbabit.
“Tingkah laku mereka memberi kesan kepada budaya kami. Sesiapa pun tidak patut mengambil gambar bogel di situ,” katanya.
Media semalam melaporkan, ketiga-tiga warga Perancis itu sudah mengakui kesilapan mereka namun pihak berkuasa masih menyiapkan laporan mengenai kejadian itu sebelum menentukan tindakan selanjutnya.
Mereka ditangkap sehari selepas satu siri gambar wanita Asia merakam gambar bogel dalam kuil purba di Kemboja.
Taman Arkeologi Angkor ialah tapak warisan dunia mengandungi tinggalan Empayar Khmer yang berbeza dari abad kesembilan hingga ke-15. - AFP
- See more at: http://www.hmetro.com.my/node/27491#sthash.mNPKvQgq.dpuf

Jahat dalam penjara

Jakarta: Ditangkap, dipenjara dan sedang menunggu hukuman mati, tetapi Sylvester Obiekwe Nwolise ternyata tidak serik apabila terus mendalangi kegiatan pengedaran dadah dari dalam jel.
Nwolise - atau dikenali sebagai Mustopa - dihukum mati oleh mahkamah pada 11 September 2004 selepas disabitkan kesalahan membawa 1.2 kilogram heroin dalam bentuk kapsul.
Cubaan menyemak semula kes itu ditolak mahkamah pada 9 September 2012.
Ketika menanti detik dia dibawa ke depan skuad penembak tepat untuk menjalani hukuman mati, Nwolise masih aktif mengatur aktviti jual beli dadah menggunakan ejen dari Penjara Nusakambangan.
Ia dibongkar Badan Narkotik Nasional (BNN).
Ketua BNN, Anang Iskandar semalam berkata, pihaknya merampas 7.6 kilogram syabu bernilai RM441,455 daripada rangkaian pengedaran dikendalikan Nwolise.
“Seorang wanita tempatan ditangkap di kawasan letak kenderaan sebuah hotel di Gunung Sahari, Jakarta.
“Wanita itu mengaku diupah lelaki dari Kenya itu sebanyak Rp1 juta (RM285) untuk menyerahkan dadah berkenaan,” katanya.
Anang berkata, dadah berkenaan diseludup dari Guangzhou, China.
Kata Anang, Nwolise tidak pernah serik berniaga dadah.
“Pada 2012 dia didapati cuba mengendalikan penyeludupan syabu dari Papua New Guinea dan dua tahun kemudian, gagal mengirimkan syabu ke luar negara melalui Pelabuhan Tanjung Perak, Surabaya,” katanya.
Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 31 January 2015 @ 5:13 AM


SEBAHAGIAN daripada dadah Nwolise yang dirampas BNN ditunjukkan kepada media di Jakarta semalam.
- See more at: http://www.hmetro.com.my/node/27499#sthash.jf305drc.dpuf

Wanita tikam suami angkara WhatsApp

Barbourfields, Zimbabwe: Aplikasi WhatsApp menjerumuskan seorang wanita ke penjara selama setahun atas tuduhan menikam suaminya dengan pemutar skru.
Kejadian tercetus apabila Mella Manatsi leka menghantar pesanan melalui aplikasi telefon mudah alih itu kepada bekas suaminya.
Masalah timbul apabila tindakan Mella itu disedari suaminya.
Daripada pertengkaran, konflik suami isteri Mella - Gabriel Madara itu berlarutan sehingga ke keganasan fizikal.
Dalam prosiding mahkamah, hakim diberitahu Mella menggigit dagu Madara apabila lelaki terbabit merampas telefon dan mengancam untuk menggunakannya sebagai bukti curang.
Mella juga menikam suaminya dengan pemukar skru serta memukul kepala lelaki terbabit dengan batang besi dalam kejadian 14 Januari lalu itu.
Namun, Mella bernasib baik kerana hakim bersetuju menangguhkan pelaksanaan hukuman itu semalam. - Agensi

Lelaki gila seks didakwa di mahkamah



Abdul RAHIM (kanan) diiringi polis keluar dari Mahkamah Sesyen Butterworth, Pulau Pinang semalam.


SEBERANG PERAI – Seorang pembantu kedai makan berusia 50 tahun mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Butterworth di sini semalam atas empat pertuduhan kerana merogol dan meliwat dua kanak-kanak perempuan antara November tahun lalu hingga awal tahun ini.
Tertuduh, Abdul Rahim Ishak didakwa melakukan keempat-empat kesalahan itu di tempat yang sama pada 24 November tahun lalu hingga 11 Januari lalu.
Perbuatan itu yang dilakukan pada waktu malam itu dibuat di sebuah rumah bernombor 149, Jalan Sama Gagah, Butterworth di sini.
Dalam pertuduhan pertama yang dibacakan di hadapan Hakim Meor Sulaiman Ahmad Tarmizi, tertuduh didakwa melakukan persetubuhan dengan seorang kanak-kanak berusia 7 tahun 2 bulan.
Kesalahan itu dilakukan di bawah Seksyen 376 B(1) Kanun Keseksaan dan jika disabit bersalah, tertuduh boleh dikenakan hukuman penjara tidak kurang enam tahun dan tidak lebih 20 tahun serta sebatan.


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2015&dt=0131&pub=Kosmo&sec=Negara&pg=ne_08.htm#ixzz3QLszPyaf 
Hakcipta terpelihara 

Lima lelaki ke tali gantung



ANGGOTA polis mengiringi lima lelaki termasuk dua warga China yang dijatuhi hukuman gantung sampai mati setelah didapati bersalah mengedar dadah oleh Mahkamah Tinggi Melaka, Ayer Keroh semalam.


MELAKA – Lima lelaki termasuk dua warga China dijatuhkan hukuman gantung sampai mati selepas Mahkamah Tinggi di sini semalam mendapati mereka bersalah mengedar dadah jenis ketamin dan methamphetamin lima tahun lalu.
Hukuman ke atas Goh Eng Tee, 40; Sow Teik Lee, 40 dan Emery Shazmal Abd. Malek, 39, serta dua warga China, Lin Xiren, 32, dan Ye Yufeng, 31, diputuskan Hakim Datuk Abdul Karim Abdul Jalil selepas mendapati pihak pembelaan gagal menimbulkan keraguan munasabah terhadap pertuduhan yang dikenakan ke atas kesemua tertuduh.
Mengikut pertuduhan pertama, mereka didakwa bersama dua lagi tertuduh iaitu Teo Bee Keng, 43, dan Tursini Turida, 25, mengedar dadah berbahaya iaitu methamphetamine seberat 226.37 gram di sebuah rumah di Jalan SP 1, Taman Semabok Permai di sini pada pukul 1.30 pagi, 4 Jun 2010.
Selain itu, mereka turut didakwa bersama-sama mengedar dadah jenis ketamin seberat 2,575.34 gram di lokasi pada masa dan tarikh yang sama.
Mereka didakwa mengikut Seksyen 39B(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952 dan boleh dihukum bersama Seksyen 39B(2) akta sama dan dibaca bersama Seksyen 34 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman gantung sampai mati jika sabit kesalahan.


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2015&dt=0131&pub=Kosmo&sec=Negara&pg=ne_07.htm#ixzz3QLsgvHX9 
Hakcipta terpelihara 

Maut motosikal kena tendang



MOHD. AIZAT diberi bantuan kecemasan selepas cedera parah pada kepala setelah terjatuh daripada motosikal diboncengnya yang ditendang suspek di Jalan Pegawai, Alor Setar pada 22 Januari lalu.


ALOR SETAR – Seorang remaja yang cedera parah akibat terjatuh daripada motosikal setelah dipercayai ditendang oleh seorang lelaki meninggal dunia selepas sembilan hari dirawat di Hospital Sultanah Bahiyah (HSB) di sini semalam.
Mangsa, Mohd. Aizat Aminuddin, 16, yang cedera parah pada kepala dan patah kaki kanan meninggal dunia di Unit Rawatan Rapi (ICU) HSB pada-kira pukul 12.05 tengah malam semalam.
Dalam kejadian di Jalan Pegawai di sini kira-kira pukul 4.30 petang, 22 Januari lalu, motosikal dibonceng Mohd. Aizat bersama seorang rakannya terbabas selepas dikatakan ditendang seorang lelaki.
Dua remaja itu dikatakan cuba melarikan diri daripada suspek yang sering meminta wang daripada mereka.
Suspek yang juga menunggang motosikal dikatakan bertindak menendang motosikal tersebut kerana mangsa enggan memberikan wang.
Abang sulung kepada Mohd. Aizat, Khairil Adzim, 31, berkata, akibat kejadian itu, Mohd. Aizat cedera parah pada kepala dan tidak sedarkan diri sehingga menghembuskan nafas terakhir tengah malam semalam.


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2015&dt=0131&pub=Kosmo&sec=Negara&pg=ne_06.htm#ixzz3QLsT4YS5 
Hakcipta terpelihara 

Mati sejam selepas merompak



BEGINILAH keadaan kereta dinaiki suspek yang maut selepas terbabas dan terbalik ketika sedang dikejar mangsa di Kilometer 110 Jalan Kuantan-Kuala Lumpur berhampiran Kampung Awah, Maran, Pahang semalam.


KUANTAN – Seorang lelaki maut selepas kereta yang dinaikinya terbabas dan terbalik di Kilometer 110 Jalan Kuantan-Kuala Lumpur berhampiran Kampung Awah, Maran kira-kira sejam selepas melakukan rompakan semalam.
Kemalangan kira-kira pukul 10.45 pagi itu berlaku ketika suspek dan seorang lagi rakannya cuba me­larikan diri sebaik sahaja merompak sebuah pusat belian kelapa sawit di Kampung Huma Luas, Chenor.
Pemangku Ketua Polis Daerah, Asisten Superiten-dan Abdul Razak Majid berkata, suspek yang berusia 40 tahun meninggal dunia di tempat kejadian setelah tercampak keluar dari kenderaan yang dinaikinya namun seorang rakannya berjaya melarikan diri.
“Suspek dipercayai telah menyamun sebuah premis belian kelapa sawit pada pukul 9.30 pagi sebelum melarikan diri bersama-sama wang tunai sebanyak RM4,700.


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2015&dt=0131&pub=Kosmo&sec=Negara&pg=ne_05.htm#ixzz3QLs9wYMK 
Hakcipta terpelihara 

Lagi budak maut jatuh apartmen



GAMBAR kenangan Muhammad Hadif yang dipangku bapanya, Mohd. Nizam Moin.


AMPANG – Bagaikan bermusim, belum sampai tiga hari kejadian budak maut terjatuh apartmen di Kota Damansara, Selangor, semalam seorang lagi kanak-kanak lelaki berusia lima tahun menemui ajal setelah terjatuh dari kondominium Ketapang Villa di Taman Nirwana, Ampang di sini.
Dalam kejadian kira-kira pukul 8 pagi itu, Muhammad Hadif Hadfi Mohd. Nazim, 5, meninggal dunia di tempat kejadian akibat pecah kepala, malah otaknya bertaburan akibat terjatuh dari tingkat lapan kondominium itu.
Menurut ibu saudara kanak-kanak malang tersebut yang dikenali sebagai Liza, sebelum kejadian anak bongsu daripada tiga adik-beradik itu baru sahaja terjaga daripada tidur sebelum terus mencari pembantu rumah yang dipanggil ‘bibik’.

ANAK panah menunjukkan lokasi kejadian Mohd. Hadif yang maut terjatuh dari tingkat lapan di Ketapang Villa, Ampang semalam.


“Kebiasaannya Hadif akan bangun lebih kurang antara pukul 10.30 ke 11 pagi kerana masih belum bersekolah dan sudah menjadi rutin harian bibik akan ke kedai berhampiran bagi membeli bahan dapur untuk memasak.
“Selepas terjaga daripada tidur dan mungkin terkejut dia ditinggalkan keseorangan, Hadif mencari bibik di seluruh ruangan rumah, sebelum meluru terus ke balkoni ruang tamu yang tidak berkunci dan terdapat kerusi serta basikalnya.
“Dia yang berperwatakan lincah dan aktif mungkin memanjat basikal tersebut sebelum ditemui terjatuh oleh jiran-jiran kawasan perumahan,” katanya sebak ketika ditemui Kosmo! di rumah mangsa di sini semalam.


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2015&dt=0131&pub=Kosmo&sec=Negara&pg=ne_02.htm#ixzz3QLrvh3DI 
Hakcipta terpelihara