Search This Blog

Tuesday, December 30, 2014

Berita daripada Bera... Air Sg Bera pagi ni sudah melintasi jambatan

Seorang budak lelaki menyelamatkan anak rusa yang hampir dihanyutkan air deras, walaupun dia sendiri tenggelam hampir seluruh badannya...

Mayat Terapung, Serpihan Dijumpai Sah Milik Pesawat QZ8501

Diterbitkan: Selasa, 30 Disember 2014 3:35 PM
PILU... Salah seorang ahli keluarga mangsa ketika kelihatan sedih ketika berdoa bersama-sama di Pusat Krisis Terminal 2 Lapangan Terbang Antarabangsa Juanda di Surabaya pada Selasa. - fotoBERNAMA

PANGKALUN BUN: Serpihan yang ditemui pada Selasa semasa operasi mencari dan menyelamat (SAR) pesawat AirAsia Indonesia QZ8501 adalah milik pesawat yang hilang, kata Ketua Pengarah Penerbangan Awam Indonesia, Djoko Murjatmodjo dan mayat terapung di perairan kawasan carian turut dijumpai.
Ketua Agensi Mencari dan Menyelamat Indonesia (Basarnas), Bambang Soelistyo berkata, satu mayat ditemui di perairan di kawasan carian pada Selasa.
"Pada pukul 1.25 petang (2.25 petang waktu Malaysia)... kami mengesan terdapat objek terapung yang dipercayai merupakan mayat salah seorang penumpang," kata Soelistyo pada sidang media di Jakarta.
Tangisan di kalangan ahli keluarga mangsa menyelubungi suasana sebaik sahaja berita itu diumumkan Soelistyo.
Sementara itu, seorang jurucakap tentera laut memberitahu pemberita bahawa "pada masa ini, ia boleh disahkan sebagai serpihan pesawat AirAsia".
"Kita sedang memeriksa sama ada terdapat mangsa yang masih hidup," kata jurucakap itu, Manahan Simorangkir kepada TVOne.

Objek menyerupai gelongsor kecemasan dan pintu pesawat ditemui semasa operasi SAR di lokasi pesawat QZ8501 dilaporkan terputus hubungan pada Ahad.
"Kita mengesan kira-kira 10 objek besar dan banyak serpihan kecil berwarna putih," kata pegawai tentera udara Indonesia, Agus Dwi Putranto pada Selasa kepada pemberita di Pangkalan Bun di Kalimantan Tengah di kepulauan Borneo.
"Kedudukan objek tersebut ditemui adalah kira-kira 10 kilometer dari lokasi terakhir pesawat tersebut dikesan," katanya.
Televisyen tempatan menunjukkan beliau memaparkan 10 gambar objek yang menyerupai pintu pesawat, gelongsor kecemasan dan objek berbentuk segi empat.
Menurut pegawai, pesawat dan kapal yang terlibat dalam operasi SAR sedang menuju ke kawasan berkenaan.

Ia merupakan perkembangan terbaharu selepas pihak berkuasa Indonesia memperluaskan operasi mencari pesawat itu yang hilang bersama 162 orang.
Pesawat QZ8501 itu terputus hubungan dengan menara kawalan udara Indonesia kira-kira 42 minit selepas berlepas dari Lapangan Terbang Surabaya menuju ke Singapura, awal pagi Ahad.
Pesawat tersebut membawa 155 penumpang dengan tujuh anak kapal. - Singapore Straits Times/ANN

Dua Beradik Cedera Akibat Letupan Di Rumah

Diterbitkan: Selasa, 30 Disember 2014 10:39 PM
BUKAN DARAH... Hasil ujian mendapati kesan tompokan yang terdapat pada kawasan tangga antara tingkat 14 dan 15 Plaza Masalam tersebut bukan darah. Sebaliknya kesan tersebut dipercayai calitan bahan antikarat.

IPOH: Dua beradik cedera dipercayai akibat satu letupan yang berlaku di rumah mereka di Jalan U21, Bandar Universiti, Seri Iskandar dekat sini, Selasa.
Ketua Polis Daerah Perak Tengah, Supt Mohamad Fakri Che Sulaiman berkata, letupan itu berlaku di dalam sebuah bilik rumah berkenaan pada pukul 12 tengah hari, mengakibatkan Indra Adam Mohd Azlin, 9, dan adiknya Indra Adib, 5, mengalami kecederaan.
"Indra Adam mengalami cedera parah di tangan sehingga mengakibatkan jari kelingkingnya terputus manakala adiknya mengalami kecederaan di muka, tangan dan kaki," katanya ketika dihubungi di sini, Selasa.
Mohamad Fakri berkata, ketika kejadian ibu mereka sedang memasak di dapur.
Beliau berkata, polis masih belum mengenal pasti punca letupan itu.
Katanya, kedua-dua mangsa dihantar ke Hospital Seri Manjung untuk rawatan.

Hanya Tiga Mayat Ditemui, Bukan 40 - Agensi SAR Indonesia

Diterbitkan: Selasa, 30 Disember 2014 5:53 PM
Keadaan ahli keluarga mangsa nahas QZ8501 selepas menerima berita mengenai mayat ditemui di kawasan mencari pesawat AirAsia yang hilang. Foto AFP

JAKARTA: Ketua Agensi Mencari dan Menyelamat Nasional Indonesia (Basarnas) pada Selasa berkata, hanya tiga mayat yang ditemui setakat ini dalam operasi mencari pesawat AirAsia Indonesia QZ8501 yang terhempas di Laut Jawa, selepas pegawai lain menyatakan 40 mayat dijumpai.
"Hari ini (Selasa) kita telah membawa tiga mayat dan kesemuanya kini di dalam kapal perang Bung Tomo," kata F.H Bambang Soelistup pada sidang media di Jakarta.
Beliau menambah, tiga mayat itu terdiri daripada dua wanita dan seorang lelaki.
Kru Tentera Udara Indonesia membawa objek yang dipercayai merupakan gelongsor kecemasan milik pesawat QZ8501. Foto EPA
Terdahulu, jurucakap tentera laut Indonesia, Manahan Simorangkir memberitahu AFP bahawa menurut radio tentera laut, sebuah kapal perang telah menemui lebih 40 mayat di perairan, tetapi kemudiannya berkata bahawa laporan itu merupakan satu salah faham dengan pegawainya.
Pesawat Airbus A320-200 yang membawa 162 orang terhempas pada Ahad, dalam penerbangannya dari Surabaya ke Singapura, dengan bangkai pesawat ditemui dekat lokasi ia terputus hubungan. - AFP

Banjir: 21 Maut, 10 Hilang Di Negeri Pantai Timur - KPN

Diterbitkan: Selasa, 30 Disember 2014 5:06 PM
Penduduk Kampung Tengah terkandas apabila jalan utama dilimpahi air banjir selepas daerah Temerloh dilanda banjir luar biasa ketika tinjauan udara di Temerloh, Selasa. Foto BERNAMA

KUALA LUMPUR: Banjir yang berlaku di Pantai Timur mengakibatkan 21 maut dan 10 lagi dilaporkan hilang di Kelantan, Terengganu dan Pahang sejak 17 Disember lalu.
Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar berkata, setakat Selasa, sebanyak 14 kematian dilaporkan dan empat lagi masih hilang di Kelantan.
"Di Terengganu, empat kematian dan seorang mangsa masih hilang, manakala tiga kematian dan dua lagi masih hilang di Pahang," katanya di Bukit Aman pada Selasa.
Khalid turut mendedahkan bahawa seramai 947 anggota polis turut menerima kesan akibat bencana alam itu.
Pada majlis penyerahan sumbangan kepada mangsa banjir yang diadakan di Bukit Aman, Selasa, polis menerima bantuan berjumlah RM75,000.
Sumbangan itu akan diberikan kepada mangsa-mangsa banjir termasuk anggota polis terbabit.
Khalid berkata, sumbangan itu disalurkan oleh syarikat swasta, Jason Roadwork Construction dan Royal Malaysian Cooperative Limited.
"Berbanyak terima kasih di atas bantuan ini, kami amat menghargainya.
"Kita akan menyalurkan sumbangan ini berdasarkan keperluan mangsa," katanya.

Hujan Lebat Dijangka Terus Landa Negeri Terjejas Banjir - Palanivel

Diterbitkan: Selasa, 30 Disember 2014 9:54 PM
Bandar Temerloh lumpuh akibat dilanda banjir luar biasa hingga ke paras bumbung rumah yang dapat dilihat ketika tinjauan udara di Temerloh, Selasa. Foto BERNAMA

KUALA LUMPUR: Hujan lebat dijangka terus berlaku di negeri-negeri yang sedang terjejas oleh banjir, kata Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar, Datuk Seri G.Palanivel.
Beliau berkata mengikut ramalan, hujan lebat sekejap-sekejap serta ribut petir di sana sini, terutama di kawasan pantai, dijangka berlaku di Pahang antara 1 dan 5 Januari tahun depan.
"Oleh itu, penduduk di Pahang dinasihati supaya bersiap sedia untuk menghadapai sebarang kemungkinan, termasuk dipindahkan dengan segera ketika berlaku ribut petir," katanya dalam kenyataan pada Selasa.
Sementara itu, Terengganu pula, katanya, dijangka mengalami hujan dalam tempoh tujuh hari akan datang, termasuk hujan sekejap-sekejap dan kadangkala lebat.
Keadaan serupa juga dijangka berlaku di Kelantan dan Perak, dengan kadangkala hujan sederhana lebat sepanjang beberapa hari akan datang, kata beliau.
Beliau berkata, hujan di sana-sini dijangka kerap berlaku di kawasan pesisir pantai Kelantan.
Di Johor, hujan lebat dijangka berlaku dua hari lagi.
"Ribut petir di sana-sini diramal berlaku pada tengah hari di negeri paling selatan kita ini. Sekali lagi, rakyat Malaysia dinasihati supaya bersiap sedia dan menjaga keselamatan diri serta sentiasa memberi respons terhadap langkah pihak berkuasa," katanya.
Palanivel juga berkata, mereka yang tinggal berhampiran sungai dan kawasan berisiko tinggi dilanda banjir perlu sentiasa berwaspada dan memantau paras air sungai dengan melayari laman sesawang Public InfoBanjir, publicinfobanjir.water.gov.my.

QZ8501: Lebih 40 mayat dikeluarkan setakat ini

QZ8501: Lebih 40 mayat dikeluarkan setakat in
SURABAYA 30 DIS. 2014 - Waris mangsa pesawat malang AirAsia Indonesia QZ8501 tidak dapat menahan rasa sedih selepas mengetahui status terkini berkenaan usaha menyelamat pesawat berkenaan di pusat krisis Lapangan Terbang Antarabangsa Juanda di sini hari ini. - Foto AFP/MANAN VATSYAYANA
JAKARTA 31 Dis. – Lebih 40 mayat penumpang pesawat AirAsia QZ8501 telah dikeluarkan setakat ini dari lokasi nahas oleh pasukan mencari dan menyelamat, lapor tentera laut Indonesia.
“Berdasarkan laporan tentera laut, kapal perang Bung Tomo telah mengeluarkan lebih 40 mayat dan jumlah tersebut dijangka meningkat,” kata jurucakap tentera laut, Manahan Simorangkir. - AGENSI
- See more at: http://www.utusan.com.my/berita/nasional/qz8501-lebih-40-mayat-dikeluarkan-setakat-ini-1.42768#sthash.5uu1mhzH.dpuf

QZ8501: Waris pengsan, ada yang pasrah

SURABAYA 30 Dis. - Pengsan, pitam, menjerit, sugul dan menangis.
Itu reaksi waris dan anggota keluarga penumpang dan anak kapal pesawat AirAsia Indonesia QZ8501 di Pusat Krisis Terminal 2 Lapangan Terbang Antarabangsa Juanda di sini sebaik sahaja pihak berkuasa Indonesia mengesahkan penemuan beberapa serpihan pesawat itu dan mayat di Laut Jawa petang Selasa.
Ada waris dan anggota keluarga terpaksa dibawa keluar dari pusat krisis itu menggunakan pengusung kerana pitam sebaik mendengar pengumuman yang dibuat pihak berkuasa di Jakarta.
Ada pula yang ditenangkan wakil syarikat penerbangan dengan memeluk dan memegang tangan waris dan anggota keluarga yang emosi mereka kelihatan semakin tidak stabil dan tenteram.
Ada juga dilihat sugul dan tidak mahu berkata apa-apa kepada sesiapa pun kerana inginkan masa bersendiri.
Beberapa pegawai kesihatan dan kaunselor dilihat turut menawarkan perkhidmatan bagi menenangkan mereka termasuk memberi air dan membawa mereka ke kawasan yang tenang dan tidak bising bagi memberi mereka ruang untuk menghadapi perkembangan terbaru itu.
Turut kelihatan beberapa buah ambulans diletakkan berdekatan pusat krisis itu selain kehadiran anggota pihak berkuasa mengawal persekitaran pusat krisis itu.
Media tempatan dan antarabangsa pula sibuk merakamkan reaksi dan riak wajah waris dan anggota keluarga secara siaran langsung sehingga terpaksa bersesak-sesak dan berebut di pintu masuk pusat krisis ini.
Kawasan lapangan terbang Juanda ini pula seakan-akan mengerti apa yang terjadi apabila turut ‘menangis’ dengan hujan lebat sambil langit terus mendung sewaktu berita ini ditulis.
Malah keadaan trafik di lapangan terbang ini turut sesak dikunjungi orang ramai sehingga anggota pihak berkuasa terpaksa ditambah untuk mengawal lalu lintas yang semakin padat.
Bernama berkesempatan menemui waris seorang anak kapal pesawat itu, Haidar Fauzi, 60, yang menyifatkan kejadian itu telah ditetapkan Allah swt dan semua pihak harus bersabar dan menerima dengan tenang.
“Ya, pasrah, sedih tapi kami sekeluarga sudah tahu ini risikonya jika anak bekerja sebagai pramugari dan terlibat dengan syarikat penerbangan.
“Kami sentiasa berdoa keselamatannya tapi maut itu di mana-mana sahajakan,” kata bapa Hairunnisa, 22, pramugari pesawat itu.
Media Indonesia dan antarabangsa melaporkan Badan Mencari dan Menyelamat Nasional (Basarnas) Indonesia) sudah mengesan enam mayat dalam pencarian pesawat hilang itu di sekitar Selat Karimata, dekat Pangkalan Bun, Kalimantan Tengah pada petang Selasa.
Pasukan itu dilaporkan sudah mengesan banyak serpihan terapung di laut dalam lingkungan lima kilometer antaranya pintu kecemasan dan jaket keselamatan.
Pesawat Airbus 320-200 itu yang membawa 162 penumpang dan anak kapal berlepas dari Surabaya pada 5.35 pagi Ahad dan sepatutnya tiba di Singapura pada 8.20 pagi tetapi terputus hubungan dengan menara kawalan udara Indonesia pada 7.24 pagi. - Bernama
- See more at: http://www.utusan.com.my/berita/nasional/qz8501-waris-pengsan-ada-yang-pasrah-1.42782#sthash.SJTb0bNl.dpuf

Lambakan balak selepas banjir di Dungun

Lambakan balak selepas bencana banjir di Dungun
DUNGUN 28 DIS. 2014 - Pegawai Memerintah Batalion Ke-18 RAMD, Lt. Kol. Mohd. Tahir Symon (kanan) meninjau lambakan kayu balak yang dihanyutkan air dan menghalang laluan di Jalan Rantau Panjang menghala ke Bukit Besi Dungun di sini hari ini . - UTUSAN/Shaifudin Mohd. Nor

- See more at: http://www.utusan.com.my/galeri-foto/lambakan-balak-selepas-banjir-di-dungun-1.41926#sthash.xUvTyHsz.dpuf

Banjir: Kerajaan akan buat ‘post-mortem’

Banjir: Kerajaan akan buat ‘post-mortem’
SUBANG 30 Dis. - Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, kerajaan akan melakukan ‘post-mortem’ bagi mengenal pasti punca fenomena banjir luar biasa yang melanda beberapa negeri baru-baru ini.
Timbalan Perdana Menteri memberitahu, langkah itu merangkumi banyak faktor termasuk perubahan cuaca, penerokaan hutan dan penarahan bukit.
Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas melawat Pusat Pengumpulan Bantuan Bencana Banjir di Pangkalan Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) Subang di sini hari ini. - UTUSAN ONLINE
- See more at: http://www.utusan.com.my/berita/nasional/banjir-kerajaan-akan-buat-8216-post-mortem-8217-1.42643#sthash.Ocz1jZfY.dpuf

QZ8501: Gelongsor kecemasan, pintu pesawat dikesan

QZ8501: Gelongsor kecemasan, pintu pesawat dikesan
LAUT JAWA 30 DIS. 2014 - Gambar udara dari pesawat mencari dan menyelamat Indonesia menunjukkan objek terapung di kawasan pencarian pesawat AirAisa Indonesia yang hilang, QZ8501 di sini hari ini. Objek itu kini sedang disiasat oleh pihak berkuasa Indonesia sama ada ia berkaitan dengan pesawat QZ8501 itu ataupun tidak. - Foto AFP/Bay ISMOYO
JAKARTA 30 Dis. – Sejumlah objek gelongsor kecemasan dan pintu dipercayai milik pesawat AirAsia QZ8501, dikesan ketika misi pencarian melalui udara dijalankan oleh pasukan penyelamat, lapor pihak berkuasa Indonesia hari ini.
Pegawai Tentera Udara Indonesia, Agus Dwi Putranto dalam sidang akhbar berkata, pihaknya mengesan kira-kira 10 objek besar dan banyak lagi objek kecil berwarna putih di kawasan pencarian, kira-kira 10 kilometer dari lokasi terakhir pesawat yang membawa 162 penumpang itu dikesan radar.
Beliau turut menunjukkan 10 objek yang merupakan pintu pesawat, gelongsor kecemasan dan objek berbentuk kotak.
Seorang jurugambar AFP yang menyertai misi pencarian berkata, dia turut melihat sejumlah objek yang menyerupai rakit getah, jaket keselamatan dan tiub panjang berwarna jingga. - AFP
- See more at: http://www.utusan.com.my/berita/luar-negara/qz8501-gelongsor-kecemasan-pintu-pesawat-dikesan-1.42742#sthash.2PTDi6Ns.dpuf

Lelaki dikhuatiri maut, tanah runtuh di Cameron Highlands

CAMERON HIGHLANDS 30 Dis. - Seorang lelaki warga Indonesia dikhuatiri maut dalam kejadian tanah runtuh di Jalan Desa Corina berhampiran tangki air di Kampung Raja dekat sini petang ini.
Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Daerah, Yusry Abdullah Sani berkata, mangsa berusia 27 tahun yang dikenali Zainullah dipercayai tertimbus dalam runtuhan tanah di rumah kongsinya sedalam kira-kira dua meter.
Katanya, operasi menyelamatkan mangsa sedang dijalankan. - UTUSAN ONLINE
- See more at: http://www.utusan.com.my/berita/nasional/lelaki-dikhuatiri-maut-tanah-runtuh-di-cameron-highlands-1.42783#sthash.3IKrnxHE.dpuf

Mangsa di Pahang, Perak meningkat, Terengganu, Johor turun

KUALA LUMPUR 30 Dis. - Jumlah mangsa banjir di Pahang dan Perak meningkat petang ini manakala Terengganu dan Johor menunjukkan penurunan.
Di PAHANG, keadaan belum menunjukkan tanda untuk pulih apabila terus mencatat pertambahan mangsa kepada 51,434 orang berbanding 49,978 orang tengah hari tadi, di 263 pusat pemindahan dalam lapan daerah.
Jurucakap Bilik Gerakan Banjir Ibu Pejabat Polis Kontinjen Pahang berkata, Temerloh menempatkan jumlah pemindahan paling banyak iaitu 21,284 orang di 62 pusat pemindahan.
Tujuh lagi daerah iaitu Pekan mencatat 9,960 mangsa di 40 pusat pemindahan, Jerantut (6,025 orang/59 pusat), Maran (4,238/32 pusat), Kuantan (3,797/17 pusat), Lipis (3,090/28 pusat), Bera (2,854/19 pusat) dan Rompin (186/enam pusat).
Di PERAK, jumlah mangsa yang dipindahkan di kawasan Perak Tengah, Kuala Kangsar, Hulu Perak dan Kerian ialah 7,762 orang berbanding 7,664 orang pada tengah hari.
Menurut jurucakap Majlis Keselamatan Negara (MKN) Negeri Perak, setakat ini mangsa di Perak Tengah ialah 4,628 orang, Kuala Kangsar yang merangkumi kawasan Sungai Siput mencatat 2,017 mangsa, Hulu Perak 799 mangsa dan Kerian 318 mangsa.
Di KELANTAN, setakat 5 petang, tiada maklumat terkini diperoleh dengan 158,476 mangsa direkod pada tengah hari.
Di TERENGGANU, jumlah mangsa menurun kepada 20,122 orang berbanding 25,775 orang pada tengah hari, susulan lebih ramai mangsa meninggalkan pusat pemindahan setelah keadaan semakin reda.
Mengikut statistik portal Majlis Keselamatan Negara (MKN) Terengganu, kini terdapat 10,318 mangsa di pusat pemindahan di Kemaman, Dungun (8,815 mangsa), Hulu Terengganu (39 mangsa) dan Kuala Terengganu (213 mangsa).
Beberapa pusat pemindahan juga telah ditutup menjadikan jumlah pusat yang masih beroperasi 61 dengan Dungun dan Kemaman masing-masing 28 pusat, tiga di Hulu Terengganu dan dua di Kuala Terengganu.
Di JOHOR, 148 penduduk melibatkan 41 keluarga masih ditempatkan di pusat pemindahan berbanding 153 orang pada tengah hari. - Bernama
- See more at: http://www.utusan.com.my/berita/nasional/mangsa-di-pahang-perak-meningkat-terengganu-johor-turun-1.42780#sthash.6SWThuXN.dpuf

Landasan kereta api di Kemubu , Kelantan

Landasan kereta api di Kemubu , Kelantan

-----------------------------------------------------------------------------
kami ( PenMerah [dot] com ) sudah lancarkan tabung kemanusiaan mangsa banjir buat kali KEDUA. Masih ramai lagi yang memerlukan bantuan dari anda semua!

Bantulah mangsa banjir..hulurkan sumbangan anda walau rm1..

Ingin membantu mangsa banjir? Anda boleh sumbangkan derma untuk Bantuan kemanusiaan PenMerah [dot] com.

Salurkan kepada ;
Cimb Penmerahdotcom Outlet : 8602115372
Maybank ( Tg Nur Raihan ) : 512790504713

Hulurkan bantuan anda dengan seikhlas hati..

Jika tidak mampu dari segi kewangan,kami memohon agar anda semua dapat sebarkan kepada semua..Insha Allah

#PRAYFORPANTAITIMUR
#PENMERAHPRIHATIN
#TABUNGAMALBANTUANBANJIR
#RAKYATMALAYSIAPRIHATIN
#KITASEMUABERSAUDARA
#SUSAHSENANGBERSAMA

Manik Urai lama 90% rumah hancur...

Add caption
Add caption
Add caption

manik urai lama 90% rumah hancur...kereta ada yg masuk ke sungai...rumah tinggal tangga, bekalan makanan tiada.., keadaan sama mcm tsunami di aceh..
Tiada kata-kata yang dapat menggambarkan betapa kuatnya dugaan yang sedang mereka hadapi.

Kereta mayat dicuri

Los Angeles: Sebuah kereta mayat bersama-sama mayat di dalamnya dicuri di luar sebuah gereja di sini menjelang satu upacara pengebumian semalam.
Akhbar Los Angeles Times melaporkan, kereta mayat itu diletakkan di luar Gereja Baptist Ebenezer sementara pegawai mengatur bunga untuk upacara pengebumian seorang remaja, Jonte Lee Reed, 19, di dalam gereja.
Sebaik menyedari kehilangan kenderaan itu, pengurus berkenaan meminta bantuan rakannya mencari kereta itu.
Keluarga Reed yang dimaklumkan mengenai kejadian itu turut membantu dan menahan kereta itu tidak jauh dari tempat ia dicuri.
Menurut laporan media tempatan, polis menahan pencuri kereta mayat itu dan menghantarnya ke hospital untuk menjalani pemeriksaan mental. - AP
Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 30 Disember 2014 @ 5:07 AM
- See more at: http://www.hmetro.com.my/node/20003#sthash.hVvHCD9S.dpuf