Search This Blog

Monday, December 29, 2014

Jambatan Sungai Pahang di Temerloh

Jambatan Sungai Pahang di Temerloh

Keadaan beberapa kawasan di Manek Urai, Kuala Krai, Kelantan selepas air surut.

Dari FB Siakap Keli 





QZ8501 berkemungkinan besar di dasar laut - BASARNAS

JAKARTA : Pesawat AirAsia Indonesia QZ8501 yang hilang bersama 162 penumpang dan anak kapal ketika dalam perjalanan dari Surabaya ke Singapura pagi semalam berkemungkinan besar berada di dasar laut, kata Ketua Agensi Mencari dan Menyelamat Nasional (BASARNAS) Indonesia, Bambang Soelistyo.
"Berdasarkan koordinat yang dikemukakan dan penilaian, lokasi terhempas adalah dalam laut, kesimpulannya ialah pesawat berada di dasar laut.
"Itu adalah andaian awal dan ia boleh dibangunkan berdasarkan penilaian hasil carian kami," katanya pada sidang media pagi ini.
Sementara itu, menurut Metrotvnews.com, Bambang berkata Badan Pengkajian dan Penerapan Teknologi (BPPT) turut dikerah ke lokasi pencarian.
Beliau menjelaskan, BPPT mempunyai teknologi sonar yang dapat mengesan kehadiran logam jika pesawat QZ8501 ada di bawah laut.
"Mereka punya sistem sonar, boleh mengesan pada kedalaman sekitar 1000 hingga2000 meter," kata Bambang.
Dalam pada itu, Bambang menjelaskan operasi pencarian pada hari kedua akan di bahagi kepada tujuh sektor.
Katanya, seluruh kekuatan gabungan dari BASARNAS, Tentera Nasional Indonesia (TNI), BPPT, nelayan dan negara membantu, akan dikerahkan ke tujuh sektor itu.
- AFP/Metrotvnews

Kehilangan QZ8501 mirip nahas pesawat Air France - Pakar

LONDON: Insiden kehilangan pesawat QZ8501 AirAsia Indonesia yang dalam penerbangan dari Surabaya, Indonesia ke Singapura, semalam sama seperti tragedi nahas pesawat Air France AF447 pada 2009, kata pakar penerbangan, Geoffrey Thomas.
Beliau berpendapat, juruterbang QZ8501 kemungkinan memandu pesawat pada kedudukan terlalu rendah ketika berdepan dengan cuaca buruk atau ribut.
"Juruterbang berkeyakinan, kru (QZ8501) bersedia menambah ketinggian untuk menghindari kemungkinan perkara buruk berlaku, namun menyedari ketika itu mereka terbang terlalu perlahan.
"Dengan kelajuan itu, mereka telah melengahkan aerodinamik (pergerakan pesawat di udara) seperti yang terjadi ketika hilangnya Air France AF447 pada 2009," katanya.
Pada 2009, pesawat Air France AF44 jatuh ke Lautan Atlantik dalam perjalanan dari Rio de Janeiro, Brazil ke Paris, Perancis.
Thomas menganggarkan, kelajuan QZ8501 adalah sekitar 100 knot, iaitu purata kelajuan dalam lingkungan 160 kilometer sejam.
"Terlalu lambat, ketika itu ketinggiannya juga sangat berbahaya," katanya.
Beliau berkata, Airbus A320-200 yang digunakan dalam penerbangan ini adalah sebuah pesawat canggih dan beliau berpendapat terputusnya hubungan pesawat itu adalah disebabkan faktor ribut.
"Pesawat ini 'terperangkap' dengan tarikan udara ke atas atau sesuatu seperti itu, sesuatu yang sangat sukar," katanya.
Beliau menjelaskan, pesawat itu juga terbang dengan kelajuan perlahan pada ketinggiannya ketika itu, dan udara terlalu tipis sehingga sayap pesawat tidak mampu berfungsi.
Dalam pada itu, Thomas berkata, radar pada pesawat berkenaan bukan produk terbaru dan ada kalanya bermasalah ketika berada dalam keadaan ribut yang berbahaya.
"Ada kemungkinan juruterbang terpedaya dengan keadaan itu."
Radar terbaharu yang diperkenalkan oleh Qantas pada 2002 itu katanya memiliki kemampuan pembacaan yang lebih lengkap terhadap ribut, namun radar itu belum diluluskan untuk digunakan Airbus A320-200 sebelum 2015.
"Ketika kita tidak mempunyai alat yang disebut dengan 'multi-skilled', kita harus meneliti data radar itu secara manual.
"Kita harus melihat tahap ribut itu, berapa tinggi kelembapan dan hujan di dalamnya, seterusnya kita membuat keputusan (secara) manual, boleh jadi ada kesalahan..dan itu yang terjadi," katanya. -AP/KOMPAS

QZ8501: Pesawat Orion Australia dakwa kesan 'sesuatu'


AP-3C Orion Australia. - Gambar hiasan
JAKARTA: Pesawat peronda maritim AP-3C Orion milik Tentera Udara Diraja Australia mendakwa mengesan 'sesuatu' di perairan Pangkalan Bun, di Kalimantan Tengah, demikian disahkan Panglima Komando Operasi I Jakarta, Dwi Putranto.
Menerusi laporan portal Detik.news, lokasi itu adalah 100 batu dari Pengkalan Bun arah barat selatan atau 700 batu dari lokasi terakhir pesawat QZ8501 AirAsia Indonesia dilaporkan hilang.
"Tadi pesawat Orion mengesan 'sesuatu' tapi belum dipastikan sesuatu itu apa, sekarang pesawat kita dari utara sudah bergerak ke lokasi itu," kata Dwi kepada wartawan di Bandara Halim Perdanakusuma Jakarta, hari ini.
Dwi mengakui menerima laporan itu kira-kira 30 minit yang lalu.
"Nanti kita lihat perkembangan terakhirnya," katanya turut memaklumkan cuaca di sekitar lokasi yang dikesan sesuatu itu berada dalam keadaan berawan. - Detiknews

Sekitar bandar Pekan, Pahang mula dinaiki air.

Sekitar bandar Pekan, Pahang mula dinaiki air. Orang ramai dinasihatkan supaya sentiasa berwaspada dan mengutamakan keselamatan diri.
Sumber : En. Suhaimi, Rakan FB Polis Pahang

Selepas banjir diKampung manjor, kuala krai, kelantan











 28/12/14



Banjir: Mengapa bekalan tak sampai?


Anggota tentera mengangkut bekalan bantuan untuk dihantar kepada mangsa banjir menggunakan udara kerana kebanyakan jalan darat di negeri terjejas terputus hubungan. - Foto Bernama
Anggota tentera mengangkut bekalan bantuan untuk dihantar kepada mangsa banjir menggunakan udara kerana kebanyakan jalan darat di negeri terjejas terputus hubungan. - Foto Bernama
SUBANG – Angkatan Tentera Malaysia (ATM) mengakui menghadapi pelbagai kesukaran untuk menghantar bantuan ke kawasan terjejas banjir akibat keadaan cuaca yang tidak menentu, selain keadaan jalan darat yang ditenggelami air.

Asisten Ketua Staf Operasi dan Latihan Pertahanan, Laksamana Muda Datuk Anuwi Hassan berkata, pihak ATM kini bertungkus-lumus bagi memastikan segala bantuan dapat dihantar kepada mangsa banjir.

“Cabaran paling besar ialah terputus hubungan sama ada jalan darat dipenuhi air atau cuaca yang tidak menentu.

“Ini menyebabkan pesawat serta agensi terlibat tidak dapat sampai ke sana. Bukan kami tidak memberikan bantuan.

"Memang bantuan sentiasa cuba diberikan kepada mangsa banjir,” katanya selepas menyaksikan aktiviti penerimaan sumbangan bekalan makanan dan peralatan oleh pihak awam serta agensi swasta di gudang simpanan pesawat Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM), Subang, semalam.

Menurutnya, pihak ATM terpaksa menunggu sehingga cuaca baik di kawasan terjejas banjir bagi memastikan proses menghantar bantuan dapat dijalankan dengan lancar.

Dalam pada itu, sebanyak 150 tan barang bantuan meliputi pelbagai barangan keperluan dan makanan sudah dihantar ke Kelantan bagi membantu mangsa banjir.

Barang keperluan itu dihantar enam hingga lapan kali sehari dengan pesawat TUDM sejak 25 Disember lalu.

“Seramai 150 anggota tentera daripada TUDM, Tentera Darat Diraja Malaysia dan Tentera Laut Diraja Malaysia berkumpul di gudang simpanan pesawat TUDM untuk membantu mengumpul dan mengangkut barang.  

“Kita amat terharu dengan sumbangan bukan sahaja daripada pihak swasta malah orang perseorangan. Ada juga menyatakan minat menjadi sukarelawan dalam misi tersebut," katanya.

Feri bawa 466 penumpang terbakar


Feri Norman Atlantik yang membawa 466 penumpang dilaporkan terbakar di perairan Greece, semalam.
Feri Norman Atlantik yang membawa 466 penumpang dilaporkan terbakar di perairan Greece, semalam.
ATHENS - GREECE . Sebuah feri yang membawa 466 penumpang dari Greece ke Itali terbakar, semalam.

Kebakaran berlaku di dek kereta feri menyebabkan pihak berkuasa mengarahkan penumpang dipindahkan.

Kapal berhampiran diarahkan mengambil penumpang dan anak kapal dari feri Norman Atlantic di barat Pulau Corfu.

Laporan CNN berkata, pasukan penyelamat mengalami kesukaran menghampiri feri berkenaan disebabkan keadaan angin kencang dan laut bergelora.
Tiada kehilangan nyawa dilaporkan (setakan 10 malam).

Sementara itu seorang penumpang, Nikos Papatheodosiou sempat menghubungi stesen televisyen Greece dan memberitahu situasi dalam feri berkenaan kelam kabut.

"Feri sedang terbakar dan kami akan tenggelam. Tolong kami, jangan tinggalkan kami," katanya sebelum talian terputus.

Menteri Pengangkutan, Miltiadis Varvitsiotis berkata keadaan cuaca buruk menyukarkan operasi menyelamat.

Varvitsiotis bagaimanapun enggan mengesahkan laporan awal bahawa 130 mangsa telah diselamatkan. - Reuters

Tak naik pesawat kerana tidak baca emel


QZ8501
JAKARTA - INDONESIA. Ari Putro, seorang penduduk di Surabaya bahawa beliau dan sembilan ahli keluarganya terlepas penerbangan AirAsia QZ8501 kerana tidak membaca emel.

Menurut Ari, beliau dan ahli keluarga lain sampai di lapangan terbang pada jam 5.30 pagi kerana waktu pesawat berlepas yang asal adalah pada jam 7.30 pagi.

"Saya tidak membaca emel yang menyatakan terdapat perubahan waktu pelepasan pesawat," kata Ari dipetik oleh kompas.com.

Beliau membuat keputusan untuk tidak meneruskan perjalanan walaupun diberi peluang untuk naik penerbangan seterusnya kerana pihak pengurusan memberitahu bahawa mereka terputus hubungan dengan penerbangan QZ8501.

"Saya dan keluarga akhirnya membuat keputusan untuk tidak meneruskan perjalanan," katanya lagi.

QZ8501 yang meninggalkan Lapangan Terbang Antarabangsa Juanda di timur Jawa pada 5.35 pagi waktu Indonesia pada Ahad dan dijangka tiba di Singapura pada 8.30 pagi hari yang sama.

Menara kawalan terputus hubungan dengan QZ8501 pada 7.24 pagi waktu Indonesia.

Tiga wanita dakwa kena pukau


Normawati (kanan) bersama kakaknya, Norsamsimah Mohd Nor, 42, (kiri) dan jirannya, Hasmani Md Majid, 63,
selepas membuat laporan polis.
Normawati (kanan) bersama kakaknya, Norsamsimah Mohd Nor, 42, (kiri) dan jirannya, Hasmani Md Majid, 63, selepas membuat laporan polis.
KUALA SELANGOR - “Niat nak tambah duit, tapi tak sangka pula jadi mangsa tipu sampai hilang barang kemas, duit dan telefon bimbit,” demikian kata seorang mangsa pukau, Normawati Mohd Nor, 37, kepada Sinar Harian.

Menurutnya, sebelum kejadian itu, dia didatangi dua wanita yang tidak dikenali berusia 20 hingga 50-an yang menaiki sebuah kereta jenis Perodua Myvi berwarna putih kira-kira jam 2 petang di rumahnya di Taman Kasawari, Bukit Rotan pada Jumaat lalu.

“Masa itu saya baru saja balik kerja dan berehat di sofa sebelum dengar orang bagi salam. Saya jenguk dan nampak seorang perempuan berambut panjang berusia 20-an dan seorang lagi perempuan berambut pendek dan berbadan gempal berusia dalam 50-an.

"Mereka beritahu saya nak cari orang untuk ambil upah kopek ikan bilis. Saya dengar jadi minat sebab mereka beritahu upah RM12 untuk satu kilo," katanya.

Normawati berkata, ketika itu dia tidak berprasangka buruk kerana kedua-dua wanita berkenaan kelihatan seperti orang baik-baik.

"Dia nak enam orang untuk kerja dan saya pun panggil kakak di rumahnya dan jiran untuk kerja sama-sama sebab boleh buat kerja dari rumah saja.

Boleh tambah duit belanja dapur. Kami pun bincang sebelum terus dibawa ke hospital, katanya untuk ujian darah,” katanya.

Tambah Normawati, ketika itu walaupun berasa berat hati tetapi dia, kakaknya dan seorang jiran menurut semua kata-kata wanita itu tanpa membantah sehingga dibawa ke Tanjong Karang.

“Memang hati berat nak ikut tapi saya macam kena pukau. Tak boleh nak tolak apa yang perempuan itu cakap sampaikan kami ikut saja sampai ke hospital.

“Bila perempuan itu parkir di bulatan depan hospital dan ulang alik ke kaunter untuk cari borang, kami yang duduk di dalam kereta cuma tunggu saja sebelum saya dan kakak dibawa ke tempat untuk pemeriksaan x-ray.

“Tapi bila perempuan itu minta buka barang kemas yang dipakai dan simpan semua duit dan telefon bimbit dalam beg, kami ikut saja dan tinggalkan dalam kereta memandangkan ada jiran masih dalam kereta," katanya.

Katanya, tiba di suatu tempat, wanita berkenaan memberitahu dia mahu mengisi borang dan minta kami tunggu tetapi tidak sampai 10 minit, jiran yang duduk dalam kereta datang ke arah kami dengan muka cemas dan panik.

“Dia kata kereta sudah tiada dan masa itu saya hanya ingat barang kemas dan duit dalam beg. Jiran cakap dia dibawa perempuan itu ke tandas sebab kononnya kena bersihkan diri dulu tapi bila dia keluar, dua perempuan itu hilang bersama kereta.

“Masa itu barulah tersedar dan masing-masing tergamam. Kami bertiga cepat-cepat cari kat parkir dan tanya pengawal tapi mereka cakap tak nampak. Kami pun terus berjalan kaki hampir 10 minit ke bank berhampiran untuk blok kad bank.

“Memang kami tiada duit langsung dan nak telefon keluarga pun minta tolong dengan kerani bank sebelum kami dibawa ke Balai Polis Tanjong Karang untuk laporan polis sebelum ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuala Selangor untuk memberi kenyataan kes.

“Tak sangka jadi begini sebab niat nak cari duit lebih. Kakak dengan jiran lagi sedih sebab mereka ibu tunggal. Kalau boleh janganlah jadi kat orang lain dan minta mereka hati-hati dan jangan jadi mangsa selepas ini.

“Kalau ada orang datang nak cari orang upah kopek ikan bilis yang datang dari Sungai Buloh, Kepong, janganlah percaya sangat dan berhati-hatilah sebab takut apa yang berlaku pada kami berulang,” katanya.

Kesilapan juruterbang punca nahas


Insiden nahas pesawat Beechcraft King Air 200 turut mengorbankan Trajkovski (gambar kecil) bersama enam penasihat beliau.
Insiden nahas pesawat Beechcraft King Air 200 turut mengorbankan Trajkovski (gambar kecil) bersama enam penasihat beliau.
SKOPJE -  MACEDONIA . Insiden nahas pesawat yang telah meragut nyawa Presiden Macedonia, Boris Trajkovski bersama lapan penumpang lain di Bosnia pada 26 Februari 2004 didakwa berpunca daripada kesilapan juruterbang, menurut laporan siasatan antarabangsa, kelmarin.

Ketua Suruhanjaya Siasatan Antarabangsa, Omer Kulic mengesahkan beberapa kesilapan sistematik juruterbang didapati menjadi punca utama pesawat itu terhempas ketika ia cuba mendarat di lapangan terbang Mostar di selatan Bosnia.

"Juruterbang terbabit sepatutnya menghala ke Dubrovnik di pantai Adriatik selatan atau Sarajevo kerana radar di lapangan terbang Mostar tidak berfungsi ketika itu," jelasnya.

Sementara itu, seorang lagi pegawai penyiasat mendedahkan agensi pengangkutan udara awam Macedonia telah memberikan kebenaran terbang kepada pesawat itu walaupun ia belum menjalani proses penyelenggaraan rutin.   - AFP

Pembunuh Bhutto masih bebas


29 Disember 2014


ISLAMABAD - PAKISTAN . Kerajaan Pakistan dilaporkan masih gagal mengesan dalang di sebalik kejadian pembunuhan Perdana Menteri, Benazir Bhutto.

Pemimpin wanita itu terkorban dalam serangan berani mati selepas berucap dalam kempen pilihan raya di Rawalpindi pada 27 Disember 2007 yang turut meragut sekurang-kurangnya 20 nyawa.

Menurut pegawai kerajaan yang enggan identitinya didedahkan, segala bukti dalam kejadian itu dipercayai telah dihapuskan dalam tempoh sejam selepas insiden menggemparkan itu.

"Keadaan itu telah menyukarkan usaha penyiasat untuk mendapatkan bukti primer forensik yang dapat mengesan pihak bertanggungjawab dalam pembunuhan itu,"  katanya.

Pada April 2011, sebuah suruhanjaya PBB mendedahkan insiden itu berlaku kerana bekas Presiden Pervez Musharraf gagal menyediakan kawalan keselamatan kepada Bhutto. - Press TV

Operasi Mencari Pesawat AirAsia Diteruskan Pagi Ini


Diterbitkan: Isnin, 29 Disember 2014 7:00 AM
Waris mangsa pesawat AirAsia QZ8501 yang masih hilang tidak dapat menahan sebak mengenangkan nasib ahli keluarga mereka yang berada di dalam pesawat tersebut.

DIKEMASKINI
JAKARTA: Operasi mencari dan menyelamat (SAR) pesawat AirAsia Qz8501 laluan Surabaya - Singapura yang hilang pagi Ahad, diteruskan di Laut Jawa kira-kira pukul 6 pagi Isnin.

Timbalan Ketua Pengarah Badan Mencari dan Menyelamat Nasional (Basarnas), Tatang Zainuddin berkata, pasukannya sedang menuju ke timur Pulau Belitung.

Menurut beliau, badan tersebut turut menggunakan empat pesawat bagi meneruskan operasi mengesan pesawat tersebut.

"Kami berharap agar pesawat tersebut ditemui segera. Kami turut menerima bantuan daripada beberapa negara lain seperti Malaysia dan Singapura," katanya.

Terdahulu, Menteri Pengangkutan Indonesia, Hadi Mustofa berkata, misi mengesan pesawat tersebut dihentikan pada pukul 5.30 petang Ahad (6.30 petang waktu Malaysia) kerana keadaan semakin gelap.

"Cuaca juga tidak begitu baik kerana ia agak mendung," katanya.
Pesawat QZ8501 itu terputus hubungan dengan menara kawalan lalu lintas udara di Jakarta pada pukul 6.17 pagi waktu tempatan.
Seramai 162 penumpang yang terdiri daripada 138 orang dewasa, 16 kanak-kanak dan seorang bayi, dua orang juruterbang dan empat anak kapal berada di dalam pesawat Airbus A320-200 itu yang dijangka mendarat di Singapura pada pukul 8.30 pagi.
Juruterbang bertugas ialah Kapten Irianto dan pegawai penerbangan, Remi Emmanuel Plesel.
Warganegara penumpang pesawat ialah: 155 dari Indonesia, tiga dari Korea Selatan, temasuk seorang bayi, satu dari Malaysia, satu dari Singapura, satu dari Perancis dan satu dari United Kingdom. 

QZ8501 Hilang Seperti MH370, Tanpa Isyarat - Pakar


Diterbitkan: Isnin, 29 Disember 2014 9:28 AM

SAMA seperti MH370, pesawat AirAsia, QZ8501 juga hilang dari radar tanpa memberi sebarang isyarat kepada menara kawalan udara, lapor mirror.co.
Selepas beberapa jam penerbangan yang membawa seramai 162 penumpang itu hilang, pakar penerbangan mula melihat persamaan dengan kejadian MH370 yang masih gagal dikesan sehingga kini.
Pesawat AirAsia Indonesia daripada jenis AirBus 320-200 itu membawa 155 penumpang dan tujuh anak kapal ketika hilang dari radar pada Ahad.
"Tiada sebarang isyarat kecemasan dihantar," kata pegawai Kementerian Pengangkutan Indonesia, Joko Muryo Atmodjo.
Penumpang di dalam pesawat tersebut terdiri daripada 155 warga Indonesia, tiga Korea Selatan dan masing-masing satu dari Malaysia, Singapura dan juruterbang warga Perancis.
Seorang pakar penerbangan, Peter Stuart Smith berkata, aneh apabila QZ8501 tidak menghantar sebarang isyarat kecemasan kepada pusat kawalan udara.
"Walaupun kita menganggap pesawat itu musnah di udara atau juruterbang hilang kawalan, namun masih terdapat beberapa persoalan yang perlu dijawab.
"Jelas sekali bahawa tanggungjawab utama juruterbang apabila hendak berlepas ialah berkomunikasi dengan menara kawalan dan ia hanya perlu menekan satu butang untuk bercakap.
"Ia akan hanya mengambil masa beberapa saat untuk menghantar isyarat 7700 (kecemasan) pada kotak SSR dan ia akan menghantar isyarat kepada ATC jika terdapat sebarang masalah," katanya.
Berikutan kehilangan MH370 dan QZ8501, pakar mula hairan dan berfikir mengapa juruterbang yang berada dalam sebuah pesawat moden tidak menghantar sebarang isyarat sebelum hilang.
Bagaimanapun pakar penerbangan yakin bahawa pesawat itu akan ditemui secepat mungkin.

Polis ronda gagal cubaan samun pasar raya di Senawang


Ketua Polis Daerah Seremban, ACP Muhamad Zaki Harun.
SEREMBAN: Tiga penjenayah dipercayai warga Indonesia berputih mata apabila gagal melarikan barangan berharga dari sebuah pasar raya di Senawang dekat sini, dalam satu cubaan samun, awal pagi ini.
Ketua Polis Daerah Seremban, ACP Muhamad Zaki Harun, berkata dalam kejadian 1.49 pagi itu, dua anggota polis yang sedang meronda di kawasan pasar raya itu menyedari perbuatan mereka menyebabkan suspek melarikan diri tanpa sempat mengambil barangan berharga.
"Anggota polis terbabit yang mengesan perbuatan mereka cuba bertindak mengejar suspek dengan bantuan unit lain tetapi gagal. Suspek melarikan diri secara berasingan dan tidak menggunakan kenderaan. Usaha mengesan mereka sedang dilakukan," katanya di sini, hari ini.
Katanya, sebelum itu, ketiga-tiga suspek yang bertopeng, bersarung tangan serta menggunakan dua bilah parang dan kuku kambing dikatakan merempuh dan memasuki bilik kamera litar tertutup (CCTV) pasar raya itu yang terdapat terdapat dua pengawal keselamatan di dalamnya.
"Seorang daripada pengawal keselamatan itu yang cuba melawan telah ditumbuk, sebelum suspek mengikat kedua-dua pengawal keselamatan berumur 50 dan 59 tahun itu," katanya.
"Dua suspek itu kemudian dikatakan keluar dari bilik CCTV, manakala seorang lagi mengawal dua pengawal keselamatan itu. Pada masa sama, dua anggota polis meronda di pasar raya itu dan setelah menyedari kehadiran polis menyebabkan suspek melarikan diri tanpa sempat mengambil apa-apa barangan berharga," katanya.
Muhamad Zaki Beliau berkata, polis sedang meneliti rakaman CCTV bagi mengenal pasti suspek.
Sehubungan itu, beliau berkata polis akan memperhebatkan rondaan terutama di tempat yang kerap menjadi sasaran penjenayah.
- BERNAMA

Polis nafi khabar angin pesawat QZ8501 lalu Sarawak


KUCHING: Polis menafikan khabar angin yang disebarkan melalui laman sosial, termasuk Facebook, mendakwa pesawat AirAsia Indonesia, QZ8501, dilihat terbang di ruang udara bandaraya ini dan Santubong.
Ketua Polis Daerah Kuching, Asisten Komisioner Roslan Bek, ketika membuat penafian itu, berkata penyebaran maklumat yang tidak tepat boleh menjejaskan usaha pihak berkuasa mengesan pesawat berkenaan yang dilaporkan terputus hubungan ketika dalam perjalanan dari Surabaya ke Singapura pagi tadi.

Saksi pesawat terbang rendah di Kuching diminta buat laporan


KUCHING: Polis Kuching meminta saksi yang mempunyai maklumat mengenai satu entri Facebook berhubung dakwaan terlihat sebuah kapal terbang AirAsia terbang rendah di sekitar Kampung Buntal di sini supaya tampil membuat laporan.
"Berita berkenaan terdapat sebuah kapal terbang melalui ruang angkasa Kuching yang terbang rendah masih samar-samar. Polis masih menunggu laporan daripada saksi-saksi," kata Ketua Polis Daerah Kuching, ACP Roslan Bek Ahmad.
Beliau menghantar pesanan itu menerusi khidmat WhatsApp kepada media susulan muncul satu entri Facebook tengah hari ini yang mendakwa terlihat pesawat berkenaan.
Sementara itu usaha BERNAMA mendapatkan maklumat mengenai satu-satunya warga Malaysia yang menaiki pesawat AirAsia Indonesia Penerbangan QZ8501 yang dilaporkan hilang pagi ini, gagal.
Kunjungan ke sebuah rumah yang dikatakan kediaman penumpang berkenaan di Taman BDC di sini mendapati rumah itu berkunci dan panggilan tidak berjawab walaupun lampu rumah terpasang.
- BERNAMA

Mayat lelaki bergari dengan 12 kesan tikaman ditemui di Georgetown


ANGGOTA polis mengusung mayat lelaki yang ditemui dengan kedua belah tangannya bergari di atas bukit di Jalan Semarak Api, Farlim di Georgetown hari ini. - Foto Ramdzan Masiam

GEORGETOWN: Mayat lelaki dengan kedua belah tangan bergari dari hadapan ditemui di atas bukit di Jalan Semarak Api, Farlim di sini hari ini.
Mayat berkulit gelap tanpa dokumen pengenalan diri itu ditemui orang awam kira-kira 1.00 petang dengan 12 kesan tikaman termasuk dua di muka selain perut dan belakang badan.
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Pulau Pinang, SAC Mazlan Kesah berkata penduduk di sekitar kawasan berkenaan menyatakan ada terdengar bunyi pergaduhan di atas bukit itu antara jam 10 dan 11 malam tadi.
"Siasatan awal mendapati mangsa mati dalam tempoh kurang dari 16 jam dan polis percaya jenayah itu dilakukan lebih daripada seorang suspek dan wujud kesan pergelutan di kawasan itu," katanya kepada pemberita di tempat kejadian.
Kepada pertanyaan sama ada gari itu milik Polis Diraja Malaysia (PDRM), beliau berkata gari itu model lama dan perkara itu masih dalam siasatan.
Mazlan berkata, sebilah pisau pemotong sayur turut dijumpai berdekatan mayat itu disyaki menjadi senjata pembunuhan namun tiada kesan darah padanya kerana mayat dipercayai terkena air hujan semalam.
Beliau berkata, polis masih menyiasat kerakyatan mangsa.
"Orang ramai yang mempunyai maklumat lanjut mengenai kejadian itu diminta menghubungi balai polis berdekatan untuk membantu siasatan," katanya.
Kes itu disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan dan mayat itu dihantar ke Hospital Pulau Pinang untuk bedah siasat.
- BERNAMA

Tukang urut wanita ditemui mati tergantung


Oleh Rudy Syareme Sheriffudin

am@hmetro.com.my

Georgetown: Seorang tukang urut wanita warga Thailand ditemui mati tergantung di dalam tandas di sebuah premis di Jalan Mahsuri, Bayan Baru, 2 petang tadi.
Mayat mangsa, Kankrittaya, 38, ditemui seorang pekerja lelaki selepas melihat mangsa masuk ke dalam tandas.
Ketua Polis Daerah Barat Daya Superintendan Lai Fah Hin berkata, berdasarkan siasatanmangsa dipercayai mengalami tekanan jiwa dan dilihat menangis serta murung beberapa hari lalu.
Beliau berkata, semasa kejadian mangsa dilihat masuk ke dalam tandas namun tidak keluar selepas itu dan lebih kurang 15 minit kemudian pekerja lelaki mengetuk pintu tandas tetapi tiada respon daripada mangsa.
Katanya, pekerja terbabit memecahkan pintu tandas dan menemui mangsa tergantung dengan tali.
Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 28 Disember 2014 @ 6:07 PM
- See more at: http://www.hmetro.com.my/node/19603#sthash.nD8haPcD.dpuf

Jerut mati pasangan


Oleh Mohd Firdaus Ibrahim

firdaus_ibrahim@hmetro.com.my
Ampang: Jerut leher sampai mati. Itu tindakan kejam seorang lelaki berusia 33 tahun yang membunuh isterinya berusia 27 tahun di rumah mereka di Bukit Ampang Permai di sini.
Dalam kejadian jam 7 malam kelmarin, suspek kemudiannya meminum racun untuk membunuh diri, namun usahanya itu gagal.
Menurut sumber, pihak Hospital Ampang mulanya menerima seorang pesakit wanita yang tidak sedarkan diri.
“Selepas diberikan rawatan kecemasan, mangsa bagaimanapun maut tidak lama kemudian.
“Hasil bedah siasat segera dilakukan sebelum pihak hospital menemui kesan cekik ataupun jerut di leher mangsa.
“Susulan itu kes berkenaan dibuka semula mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan (KK), kelmarin,” katanya.
Sumber itu berkata, pegawai penyiasat yang menerima laporan itu segera menjalankan siasatan sebelum menahan suami mangsa yang ketika itu turut dirawat di hospital sama.
“Siasatan awal mendapati si mati dan suspek baru berkahwin enam bulan lalu dan mengalami masalah kewangan serta peribadi,” katanya.
Menurutnya, pemeriksaan polis forensik di rumah mangsa menemui dua helai kain langsir yang dipercayai untuk menjerut isterinya.
“Dia (suspek) kini sedang ditahan reman untuk siasatan,” katanya.
Sementara itu Timbalan Ketua Polis Daerah Ampang Superintendan Mohd Nazri Zawawi mengesahkan kejadian bunuh itu.
Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 29 Disember 2014 @ 5:17 AM
- See more at: http://www.hmetro.com.my/node/19817#sthash.ItaXCyfy.dpuf

Maut kereta terjunam masuk parit

Sabak Bernam: “Ayah ada beritahu dia mahu memancing di Pantai Sungai Labu, Kuala Selangor hari ini (semalam). Tidak sangka dia maut dalam perjalanan menuju ke lokasi memancing,” kata Norizati Mad Sukor, 24, anak sulung Mad Sukor Sukimi, 51, yang maut dalam nahas jalan raya di Kilometer 58 Jalan Teluk Intan-Klang berdekatan Sungai Nipah, di sini.
Dalam kejadian jam 9.15 pagi semalam, kereta Proton Iswara dipandu mangsa terhumban ke dalam parit selepas dirempuh sebuah pacuan empat roda.
Mad Sukor yang juga seorang guru di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Sungai Besar meninggal dunia di lokasi kejadian akibat kecederaan parah.
Norizati berkata, mereka sekeluarga sedih dan terkilan kerana arwah dijangka menunaikan haji bersama ibunya, Rose Rasinah Kadir, 56, tahun depan.
Sementara itu Timbalan Ketua Polis Daerah Sabak Bernam Deputi Superintendan Mohamad Khalid Ishak berkata, mangsa yang memandu bersendirian mahu memancing di Pantai Sungai Labu, Kuala Selangor.
“Bagaimanapun ketika dalam perjalanan kenderaan mangsa dirempuh sebuah pacuan empat roda Mitsubishi Triton dari arah bertentangan menyebabkan keretanya terhumban ke parit berhampiran.
“Pasukan Bomba dan Penyelamat Sungai Besar mengambil masa kira-kira 45 minit mengeluarkan mangsa dari kenderaannya dan mayat dihantar ke Hospital Tengku Ampuan Jemaah (HTAJ) Sabak Bernam untuk bedah siasat,” katanya.
Menurutnya, kejadian itu dipercayai disebabkan permukaan jalan licin akibat hujan hingga pemandu pacuan empat roda itu gagal mengawal kenderaannya.
Katanya, pemandu dan penumpang pacuan empat roda itu masing-masing berusia 28 tahun tidak mengalami sebarang kecederaan.
Jenazah arwah dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Masjid Makmuriah, Sungai Besar semalam.
Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 29 Disember 2014 @ 5:17 AM


ORANG ramai membantu mengeluarkan mangsa dari dalam kenderaan.
- See more at: http://www.hmetro.com.my/node/19819#sthash.uPvoLOEx.dpuf

Ratusan penumpang terperangkap


Athens: Ratusan penumpang terperangkap di dalam feri yang terbakar di pesisiran pantai pulau Corfu di Greece, semalam.

Kebakaran bermula di dek bawah feri yang membawa bendera Itali, Norman Atlantic, yang dalam perjalanan dari pelabuhan Patras di Greece ke Acona, Itali, sekitar jam 6 pagi (waktu tempatan).

Pihak berkuasa mengesahkan 423 penumpang dan 55 anak kapal berada di dalam kapal itu, malah sehingga malam tadi (waktu Malaysia) lebih separuh masih terperangkap di dalam feri berkenaan berikutan usaha menyelamat terjejas akibat cuaca buruk dan ombak besar.

Ada penumpang yang terperangkap di dek atas lebih enam jam kerana bot penyelamat tidak dapat diturunkan disebabkan laut bergelora.

Penumpang Greece Sofoklis Styliaras yang terperangkap beberapa jam memberitahu rangkaian televisyen Mega: “Api masih marak. Ketika berada di dek bawah iaitu tempat menyimpan bot penyelamat, kami dapat rasa kasut kami cair akibat suhu tinggi.

“Kami tidak boleh ke mana-mana. Dek bawah langsung tidak boleh dimasuki kerana terlalu panas,” katanya.

Seorang lagi penumpang memberitahu Greek TV: “Mereka cuba menurunkan bot penyelamat, tetapi tidak semua kami dapat masuk.

“Keadaan huru-hara kerana gelap dan bahagian bawah kapal terbakar.

“Kami kini di anjung dan dapat melihat bot semakin menghampiri.

“Kami sudah membuka beberapa kotak dan mengambil jaket keselamatan dalam usaha menyelamatkan diri,” katanya.

Seorang lagi dilaporkan merayu bantuan segera dihantar.

“Tolonglah kami, kami tidak boleh meninggalkan kapal ini. Ada bot penyelamat, namun kami terperangkap,” katanya.

Menteri Perdagangan Marin Miltiadis Varvitsiotis berkata, bot penyelamat membawa 150 penumpang diturunkan ke laut, namun hanya 35 berjaya dipindahkan ke feri berhampiran disebabkan keadaan cuaca buruk.

Penumpang lain masih berada di atas kapal.

“Operasi menyelamat ini amat sukar dan kompleks. Tahap penglihatan rendah dan cuaca terlalu buruk.

“Kami sentiasa berhubung dengan pihak berkuasa Itali dan tentera laut Greece. Kami komited memastikan semua orang di atas kapal itu diselamatkan dan mahu memastikan tiada sesiapa tercicir,” katanya.

Feri yang turut membawa 222 kenderaan itu tidak berada dalam bahaya untuk karam dan terletak di kedudukan 42 batu nautika ke barat laut Corfu, berhampiran kota Vlora di Albania.

Bagaimanapun kapal itu semakin hanyut ke arah perairan Itali.

Beberapa letupan berlaku di dek bawah dan ada juga laporan mengatakan anggota penyelamat menangis sambil mereka berusaha membantu mangsa.

Pihak berkuasa berkata, setakat ini tiada laporan kecederaan.

Pegawai kerajaan Greece berkata, Perdana Menteri Antonis Samaras sentiasa berkomunikasi dengan rakan sejawatnya dari Itali, Matteo Renzi bagi menyelaraskan operasi berkenaan.

Jurucakap pengawal pantai Itali Marco Di Milla berkata, operasi itu mungkin memakan masa beberapa jam.

Katanya, Greece mengetuai operasi menyelamat dan pihak berkuasa negara itu yang bertanggungjawab memutuskan ke mana penumpang serta anak kapal terselamat perlu dibawa.

Pihak berkuasa Greece menghantar lima helikopter dan pesawat pengangkut tentera untuk membantu operasi.

Itali juga menghantar bantuan termasuk bot pengawal pantai, helikopter tentera laut dan pesawat tentera udara.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 29 Disember 2014 @ 5:11 AM
FERI Norman Atlantic yang sedang terbakar, semalam.

- See more at: http://www.hmetro.com.my/node/19772#sthash.IMdgNLXN.dpuf

Ribuan terkandas di Alps

Paris: Salji lebat yang melanda kawasan Alps Perancis menyebabkan 15,000 pemandu terkandas semalaman dengan ramai terpaksa tidur di dalam kenderaan masing-masing.
Ia turut memaksa pihak berkuasa bergegas mendirikan tempat perlindungan sementara.
Salji melanda ketika pengunjung resort ski di wilayah Savoie dalam perjalanan pergi dan pulang dari kawasan peranginan itu, menyebabkan pihak berkuasa mendirikan tempat perlindungan sementara di sekurang-kurangnya 12 bandar.
Seorang lelaki berusia 27 tahun juga maut apabila jalan yang licin menyebabkan kereta dipandunya terbabas lalu jatuh ke dalam gaung di pergunungan Belledonne.
Dalam satu kenyataan, Menteri Dalam Negeri Perancis Bernard Cazeneuve menggesa pemandu supaya berhati-hati selain meminta orang ramai menangguhkan perjalanan mereka buat sementara waktu.
Pihak berkuasa negara itu mengeluarkan amaran cuaca tahap jingga - hanya satu tahap di bawah tahap maksimum - di 19 bandar.
Seorang pemandu yang terkandas di dalam keretanya bersama empat penumpang di lebuh raya di Alps, Kevin Clavel berkata, dia terpaksa mengharungi masa sehingga 10 jam untuk perjalanan sejauh 130 kilometer.
Jabatan kaji cuaca Perancis menjangka lebih banyak salji melanda negara itu selain suhu semakin rendah pada sebelah malam, seterusnya membuatkan keadaan jalan lebih licin dan bahaya.
Sementara itu, di kawasan lain Perancis, angin kencang menjejaskan percutian hujung tahun.
Ribut dengan kelajuan angin sehingga 160 kilometer sejam mengakibatkan pelabuhan Calais di Selat Inggeris terpaksa ditutup selain turut menyebabkan perkhidmatan feri kereta ke Britain digantung.
Beberapa kilometer dari bandar perindustrian itu, ribuan pendatang asing tanpa izin berlindung di dalam khemah sementara untuk malam kedua dalam keadaan cuaca di bawah paras beku.
Pengarah Solid’R David Lacour, pertubuhan yang membantu pendatang terbabit menangani kesejukan cuaca berkata: “Keadaan amat teruk. Banyak khemah diterbangkan ribut. Ada pendatang yang kini tinggal sehelai sepinggang.”
Sebuah gudang yang pernah digunakan untuk menyimpan bunga kini digunakan oleh pendatang untuk berlindung.
Tilam-tilam memenuhi lantai bangunan itu manakala pendatang dilihat bermain terup, tidur dan tidak ketinggalan juga yang mengeringkan pakaian masing-masing selepas berjalan lebih sejam untuk sampai di situ.
Sehingga 2,300 pendatang dipercayai berada di Calais dan kawasan sekitarnya. Semuanya memilih tinggal di dalam khemah sementara menunggu peluang meneruskan perjalanan ke Britain.
Seorang daripadanya, Eritrean Petrus, 23, berkata: “Kami mempunyai tempat perlindungan di sini dan ramai yang menghulurkan bantuan. Bukan mudah hidup di luar sana.”
Taman terkenal di istana Versailles berhampiran Paris juga terpaksa ditutup akibat angin kencang.
Salji lebat turut mengakibatkan masalah di Britain apabila lebih 100,000 kediaman terputus bekalan elektrik sementara beberapa penerbangan terpaksa ditangguh.
Salji direkodkan paling banyak di Leek iaitu 11 sentimeter. - AFP
Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 29 Disember 2014 @ 5:11 AM


KESESAKAN di jalan raya berhampiran bandar Albertville di Alps Perancis akibat salji lebat yang melanda kawasan berkenaan, semalam.
- See more at: http://www.hmetro.com.my/node/19770#sthash.Vgm4AzsM.dpuf