Search This Blog

Sunday, December 28, 2014

KERETA TERBABAS DI 308.1 LEBUHRAYA PLUS ARAH UTARA (GOPENG)




KERETA TERBABAS DI 308.1 LEBUHRAYA PLUS ARAH UTARA (GOPENG) pada pukul 4.42 petang tadi. Mangsa 3 lelaki, 1 wanita dan 1 kanak-kanak cedera. Pemandu yang tersepit berjaya di keluarkan oleh anggota bomba. Mangsa telah diserahkan kepada pihak Ambulan untuk tindakan lanjut. Operasi berkenaan dilakukan oleh BBP Gopeng dan BBP Tapah

Air di empangan Bendang Setar, wilayah Yala Thailand sudah dilepaskan





 Air di empangan Bendang Setar, wilayah Yala Thailand sudah dilepaskan. Bersiap sedia wahai rakyat Rantau Panjang dan Pasir Mas!
Pintu empangan di selatan telah dibuka untuk elak empangan pecah, air akan sampai ke Yala dalam masa 24 jam, Patani dalam masa 48 jam, adik kakok di Klate bersedia untuk hadapi banjir yg lebih buruk, kawe tolong translate dari website Thai..
Gambar dr Pages Voice of Pattani.
Sebarkan untuk peringatan bersama. Air akan melimpahi Kelate melalui Sg Golok.
- sumber Anak Kelate di Universiti

manik urai..kawasan yang paling teruk terjejas






QZ8501: Rekod 13,600 penerbangan, 23,000 jam


QZ8501
KUALA LUMPUR - Pesawat AirAsia Penerbangan QZ8501 telah mencatat lebih kurang 23,000 jam penerbangan melibatkan kira-kira 13,600 penerbangan, kata pengeluar pesawat Airbus dalam kenyataan hari ini.

Syarikat Eropah itu berkata pesawat A320-200 berkenaan, yang mampu membawa 180 penumpang, diserah kepada syarikat penerbangan tambang rendah AirAsia  pada Oktober 2008.

Ia didaftarkan sebagai PK-AXC dengan MSN (Nombor Siri Pengeluar) 3648 dan beroperasi mengikut servis berjadual.

Pesawat milik AirAsia Indonesia itu dalam penerbangan dari Surabaya ke Singapura apabila ia terputus hubungan dengan pusat kawalan trafik udara pada 7.24 pagi waktu tempatan.

A320-200 adalah pesawat dua enjin satu lorong, kata Airbus, yang beribu pejabat di Toulouse, Perancis. Pesawat jenis A320 ini memulakan perkhidmatannya pada  Mac 1988.

Menjelang akhir November 2014, lebih 6,000 pesawat jenis ini digunakan lebih 300 syarikat penerbangan.

Berikutan kejadian itu, pihak berkuasa penerbangan Indonesia melancarkan misi mencari dan menyelamat dan ketika berita ini disiarkan, pesawat yang membawa 162 penumpang dan anak kapal itu belum dijumpai.

"Airbus akan memberi bantuan penuh kepada pihak berkuasa penyiasatan keselamatan, Bureau d'Enquêtes et d'Analyses (BEA), dan pihak berkuasa yang bertanggungjawab mengendalikan penyiasatan," kata Airbus.

Syarikat itu berkata maklumat terkini akan diumumkan apabila ia disahkan dan diluluskan pihak berkuasa. - Bernama

Jumpa mayat di tempat letak kereta

Lokasi mayat ditemui. Kelihatan pasukan polis sedang melakukan siasatan.
Lokasi mayat ditemui. Kelihatan pasukan polis sedang melakukan siasatan.
AMPANG - Seorang lelaki terkejut apabila menjumpai mayat seorang lelaki dalam keadaan berlumuran darah ketika sedang mencari besi buruk, di sini, kira-kira jam 10.30 pagi, semalam.

Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Asisten Komisioner Khairuldin Saad berkata, mayat yang tidak diketahui identiti itu ditemui di kawasan tempat meletak kenderaan.

“Ketika ditemui mayat dalam keadaan lengkap berpakaian. Keadaan di sekeliling lokasi turut dipenuhi tompokan darah.

“Siasatan awal mendapati terdapat kesan kelar di leher mangsa. Punca kejadian masih disiasat,” katanya.

Sementara itu, dalam kes berasingan, seorang lelaki ditemui mati lemas di sebuah tasik di pusat bandar Kuala Lumpur, jam 2  petang, semalam.

Penolong Pengarah Operasi Bomba dan Penyelamat Kuala Lumpur, Azizan Ismail berkata, mayat lelaki warga tempatan ditemui terapung kira-kira tiga meter dari tebing tasik berkenaan.

“Mangsa berjaya dinaikkan dalam tempoh 10 minit selepas pasukan dari Balai Bomba dan Penyelamat Titiwangsa tiba di lokasi pada jam 2.05 petang.

“Pasukan kecemasan yang berada di lokasi kejadian mengesahkan kematian mangsa. Punca kejadian masih disiasat,” katanya.

AirAsia QZ8501: Identiti Mangsa Dari Malaysia Dikenalpasti


Diterbitkan: Ahad, 28 Disember 2014 6:51 PM

PETALING JAYA: Identiti mangsa dari Malaysia yang turut terlibat dalam kehilangan penerbangan AirAsia Indonesia QZ8501 dipercayai Sii Chung Huei dari Sarawak.

Berdasarkan laporan media pada Ahad, Chung Huei sepatutnya melancong bersama kawannya, namun menukar penerbangan.

Pesawat jenis Airbus A320-200 dengan nombor pendaftaran PK-AXC itu membawa 155 penumpang, dua juruterbang dan lima kru kabin. 

Penerbangan tersebut terputus hubungan dengan kawalan trafik udara di Indonesia 07:24 Ahad ketika dalam perjalanan dari Surabaya ke Singapura .

Pesawat AirAsia Dari Surabaya Ke Singapura Gagal Dihubungi


Diterbitkan: Ahad, 28 Disember 2014 11:40 AM

SEBUAH portal berita Indonesia, Kompas.com melaporkan sebuah pesawat AisAsia yang dalam perjalanan dari Surabaya ke Singapura gagal dihubungi pada pagi Ahad.
Dalam laporan yang diterbitkan pada 9.57 pagi itu, Kompas mendakwa pihak berkuasa Indonesia sedang berusaha menghubungi penerbangan QZ 8501 yang berlepas pada pukul 5.20 pagi dari Surabaya dan sepatutnya tiba di Singapura pada 7.30 pagi Ahad.
Sementara itu, portal berita detik.com pula melaporkan pesawat yang hilang membawa 130 penumpang dewasa, 24 kanak-kanak dan seorang bayi.
Jelasnya, pihak berkuasa Indonesia masih menunggu laporan penuh mengenai dakwaan tersebut.

QZ8501: AirAsia Tukar Warna Logo Di Laman Sosial


Diterbitkan: Ahad, 28 Disember 2014 2:26 PM

PETALING JAYA: Logo AirAsia di laman media sosialnya telah ditukar kepada warna kelabu berbanding merah sebelum ini berikutan kehilangan pesawat QZ8501 pada Ahad.
Warna logo di laman sosial Facebook dan Twitter itu ditukar selepas syarikat penerbangan berkenaan mengumumkan mengenai kehilangan pesawat yang dalam perjalanan dari Surabaya ke Singapura.
Pertukaran warna logo turut dibuat terhadap semua laman sosial bersekutu kumpulan AirAsia.
Ketika insiden MH370 dan MH17, Penerbangan Malaysia (MAS) dan rakyat Malaysia turut menggunakan gambar profil di media sosial berwarna kelabu sebagai solidariti kepada mangsa dan keluarga.
Pesawat AirBus A320-200 yang membawa 162 penumpang itu dilaporkan hilang selepas 42 minit berlepas dari Surabaya.
Usaha mengesan pesawat berkenaan sedang giat dilakukan di perairan negara berkenaan, berhampiran Kalimantan.

AirAsia Indonesia Sahkan Pesawat QZ8501 Gagal Dihubungi Sejak Pagi


Diterbitkan: Ahad, 28 Disember 2014 12:03 PM
airasia

PETALING JAYA: AirAsia Indonesia mengesahkan bahawa penerbangan QZ8501 yang dalam perjalanan dari Surabaya ke Singapura gagal dihubungi oleh pusat kawalan trafik Udara pada pukul 7.24 pagi Ahad.
Dalam satu kenyataan yang dikeluarkan, syarikat penerbangan tambang murah itu juga mengakui tiada perkembangan terbaharu diperolehi setakat ini.
"Namun kami sentiasa berhubung dengan semua pihak berkaitan untuk mendapatkan maklumat lebih lanjut.
"Pesawat yang gagal dihubungi adalah daripada jenis Airbus A320-200 dengan nombor pendaftaran PK-AXC," katanya.
Sehubungan itu juga, AirAsia telah membuka Pusat panggilan Kecemasan untuk dihubungi oleh keluarga atau rakan penumpang iaitu ditalian +622129850801.

QZ8501: Laporan Tidak Rasmi Dakwa Temui Serpihan Pesawat Hilang


Diterbitkan: Ahad, 28 Disember 2014 2:34 PM

PETALING JAYA: Satu laporan yang belum disahkan mendakwa pasukan pencarian telah menemui serpihan pesawat QZ8501 yang terapung di perairan berhampiran Pulau Belitung.
Portal berita Indonesia, Bangka Pos melaporkan, bagaimanapun tiada pengesahan dibuat mengenai penemuan serpihan itu setakat ini.
Berita mengenai penemuan itu tersebar selepas Pengarah Pengangkutan Air Indonesia, Djoko Murjatmodjo mengadakan sidang media pada pagi Ahad.
Dalam sidang media itu, Djoko memberitahu, kali terakhir pesawat tersebut dikesan ialah berhampiran Tanjung Pandan, Pulau Belitung di Kalimantan.
Penerbangan yang membawa 162 penumpang itu terputus hubungan dengan menara kawalan selepas 42 minit berlepas dari lapangan terbang di Surabaya.

JKR Perak tubuh pasukan pemantau


Keadaan tanah runtuh di Kilometer 63 JRTB Gerik-Jeli.
Keadaan tanah runtuh di Kilometer 63 JRTB Gerik-Jeli.
IPOH - Jabatan Kerja Raya Perak mewujudkan pasukan pemantau khas bagi meneliti sistem saliran di jalan persekutuan dan jalan negeri terutama di kawasan cerun serta tanah tinggi untuk mengelak jalan runtuh.

Pengarahnya, Datuk Ir Dr Safry Kamal Ahmad berkata, beliau telah membuat tinjauan ke Jalan Raya Timur Barat (JRTB) Gerik- Jeli bagi melihat kerja pembinaan lencongan Kilometer 63 di kawasan tersebut.

Menurutnya, terdapat empat lokasi runtuhan termasuk satu di Kelantan sepanjang 20 kilometer jalan berkenaan iaitu di Kilometer 63, 73 dan 81 di Perak manakala Kilometer 83 di Kelantan.

“Disebabkan kerosakan dialami terlalu besar, kerja pembaikan memerlukan jangka masa panjang antara dua hingga tiga bulan.

“Berikutan itu, JKR akan memulakan kerja esok (hari ini) untuk membuat laluan sementara yang dijangka selesai dalam tempoh 10 hari,” katanya ketika dihubungi semalam.

Menurutnya, setakat ini tiada laporan kejadian tanah runtuh di kawasan lain diterima.

Bagaimanapun katanya, JKR telah menjalankan kerja-kerja pembersihan kesan runtuhan di Jalan Air Ganda.

Dalam kejadian 23 Disember lalu, sebuah lori terjatuh ke dalam gaung selepas laluan runtuh, namun tiada kemalangan jiwa dilaporkan.

AirAsia QZ8501: Mohon Elak Awan Komunikasi Akhir Sebelum Hilang


Diterbitkan: Ahad, 28 Disember 2014 4:33 PM

KUALA LUMPUR: Pesawat AirAsia Indonesia QZ8501 telah memohon kepada menara kawalan trafik udara (ATC) Indonesia untuk membelok kekiri dari laluan asalnya bagi mengelak awan dalam cuaca buruk sebelum ia terputus hubungan. 

Komunikasi terakhir pesawat itu dengan ATC Indonesia berlaku pada pukul 6.12 pagi (waktu Indonesia bahagian Barat) (7.12 waktu Malaysia).

Pesawat itu sedang dalam perjalanan dari Surabaya ke Singapura.

Ketua Pengarah Perhubungan Udara Indonesia, Djoko Murjatmojo berkata laporan yang diterima daripada pesawat itu memohon untuk membelok ke kiri bagi mengelak awan ketika ia sedang terbang pada ketinggian 32,000 kaki.

Pada masa itu, katanya pesawat itu juga memohon untuk meningkatkan ketinggiannya kepada 38,000 kaki.

pesawat putus hubungan dan pada jam 6.18 yang terlihat hanya flight plan atau rancangan penerbangan.

Pesawat berada dalam keadaan baik, tetapi cuaca memang tidak baik pada waktu itu," katanya dalam sidang media yang disiarkan secara langsung oleh Kompas TV.

Sidang media itu turut disiarkan stesen TV berbayar Astro Awani. Djoko berkata kedudukan terakhir pesawat itu dikesan ialah di antara Tanjung Pandan, Belitung dan Pontianak.

Sementara itu, Ketua Operasi Mencari dan Menyelamat (SAR) Bangka Belitung, Joni Superiadi berkata pasukan dara telah dihantar lokasi pesawat itu dilaporkan hilang.

Katanya lima buah kapal juga akan dihantar untuk menyertai operasi SAR itu.

Menurut laman Facebook dan Twitter rasmi AirAsia, pesawat Airbus A320-200itu terputus hubungan dengan pusat kawalan trafik udara pada 7.24 pagi waktu Indonesia bahagian Barat.

Pesawat jenis Airbus A320-200 dengan nombor pendaftaran PK-AXC itu membawa 155 penumpang, dua juruterbang dan lima kru kabin. 

Pesawat AirAsia Diminta Tukar Laluan Sebelum Hilang


Diterbitkan: Ahad, 28 Disember 2014 1:13 PM

PETALING JAYA: Pesawat AirAsia, QZ8501 yang dilaporkan hilang telah diminta membelok beberapa darjah sebelum gagal dihubungi menara kawalan.
Agesi berita yang memetik pegawai Kementerian Pengangkutan Indonesia, Hadi Mustofa berkata, pesawat tersebut telah diminta membelok beberapa darjah dari laluan asal Surabaya ke Singapura sebelum hilang.
"Ia telah mengambil laluan yang sedikit berbeza. Juruterbang juga diminta untuk meningkatkan ketinggian dari 3,200 kepada 3,400 kaki," katanya.
Bagaimanapun Hadi memberitahu, perubahan tersebut merupakan perkara biasa dan penerbangan berkenaan dipercayai masih di rantau Indonesia.
"Ia mungkin masih berada di Indonesia," katanya sambil mendakwa situasi cuaca buruk dan faktor lain mungkin menjadi penyebab pesawat gagal dihubungi.

AirAsia QZ8501: Rekod 13,600 Penerbangan, 23,000 Jam


Diterbitkan: Ahad, 28 Disember 2014 6:13 PM

KUALA LUMPUR: Pesawat AirAsia Penerbangan QZ8501 telah mencatat lebih kurang 23,000 jam penerbangan melibatkan kira-kira 13,600 penerbangan, kata pengeluar pesawat Airbus dalam kenyataan pada Ahad.

Syarikat Eropah itu berkata pesawat A320-200 berkenaan, yang mampu membawa 180 penumpang, diserah kepada syarikat penerbangan tambang rendah AirAsia pada Oktober 2008.

Ia didaftarkan sebagai PK-AXC dengan MSN (Nombor Siri Pengeluar) 3648 dan beroperasi mengikut servis berjadual.

Pesawat milik AirAsia Indonesia itu dalam penerbangan dari Surabaya ke Singapura apabila ia terputus hubungan dengan pusat kawalan trafik udara pada 7.24 pagi waktu tempatan.

A320-200 adalah pesawat dua enjin satu lorong, kata Airbus, yang beribu pejabat di Toulouse, Perancis.

Pesawat jenis A320 ini memulakan perkhidmatannya pada Mac 1988.

Menjelang akhir November 2014, lebih 6,000 pesawat jenis ini digunakan lebih 300 syarikat penerbangan.

Berikutan kejadian itu, pihak berkuasa penerbangan Indonesia melancarkan misi mencari dan menyelamat dan ketika berita ini disiarkan, pesawat yang membawa 162 penumpang dan anak kapal itu belum dijumpai.

"Airbus akan memberi bantuan penuh kepada pihak berkuasa penyiasatan keselamatan, Bureau d'Enquêtes et d'Analyses (BEA), dan pihak berkuasa yang bertanggungjawab mengendalikan penyiasatan," kata Airbus.

Syarikat itu berkata maklumat terkini akan diumumkan apabila ia disahkan dan diluluskan pihak berkuasa.

AirAsia QZ8501: Misi Pencarian Bersambung Pada Pagi Isnin


Diterbitkan: Ahad, 28 Disember 2014 8:29 PM

JAKARTA: Misi pencarian pesawat AirAsia Indonesia QZ8501 terpaksa dihentikan berikutan keadaan gelap dan cuaca buruk.

Menurut Menteri Pengangkutan Indonesia, Hadi Mustofa berkata; "Kami menghentian pencarian pada pukul 5.30 petang (6.30 petang waktu tempatan) kerana keadaan semakin gelap. Cuaca juga tidak baik.

"Pencarian akan disambung pada esok (Isnin) bermula pukul 7 pagi atau lebih awal berdasarkan keadaan cuaca".

Pesawat jenis Airbus A320-200 dengan nombor pendaftaran PK-AXC itu membawa 155 penumpang, dua juruterbang dan lima kru kabin. 

Kronologi Kehilangan Pesawat AirAsia QZ8501


Diterbitkan: Ahad, 28 Disember 2014 8:47 PM

KUALA LUMPUR: Berikut kronologi kehilangan pesawat AirAsia QZ8501 yang dimaklumkan pada sidang akhbar di pejabat Pihak Berkuasa Lapangan Terbang Antarabangsa Soekarno-Hatta di Jakarta pada Ahad sebagaimana dilaporkan portal berita Kompas.com. 

Waktunya mengikut waktu Indonesia bahagian Barat (WIB) iaitu satu jam lewat dari waktu Malaysia.

Butiran kronologi perkembangan di Malaysia berkaitan kejadian itu pula mengikut waktu Malaysia. 

- 0536 (WIB): Pesawat berlepas dari Surabaya menuju Singapura dengan ketinggian 32,000 kaki mengikuti laluan biasa Surabaya-Singapura, M635.

- 0612 (WIB): Pesawat berhubung kali terakhir dengan menara Kawalan TrafikUdara (ATC) Jakarta dan juruterbang memohon untuk membelok ke kiri dan meningkatkan ketinggian kepada 38,000 kaki. Permintaan juruterbang dibenarkan oleh pihak ATC.

- 0616 (WIB): Pesawat masih dapat dikesan di skrin radar

- 0617 (WIB): Pesawat hanya tinggal isyarat dalam radar ATC

- 0618 (WIB): Pesawat hilang dari radar namun hanya ada data jadual penerbangan yang masih tercatat di radar.

- 0708 (WIB): Pesawat dinyatakan INCERFA, iaitu tahap awal putus hubungan. Pihak Ketua Pengarah Perhubungan menghubungi Badan Mencari dan Menyelamat Nasional (Basarnas).

- 0728 (WIB): Pesawat dinyatakan ALERFA, iaitu tahap berikut dalam menyatakan pesawat putus hubungan.

- 0755 (WIB): pesawat dinyatakan DETRESFA atau hilang secara rasmi.

- 1141 (waktu Malaysia): AirAsia dalam akaun twitter dan facebook rasminya mengumumkan mengenai pesawat berkenaan yang terputus hubungan dengan ATC pada 0724 (waktu Indonesia)

- 1441 (waktu Malaysia): Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak padasidang akhbar di Kuala Lipis, Pahang berkata Malaysia sedia membantu dalam operasi mencari dan menyelamat

- 1556 (waktu Malaysia): Menteri Pengangkutan Datuk Seri Liow Tiong Laipada sidang akhbar di Sepang berkata Malaysia telah mengerahkan tiga buah kapal dan sebuah pesawat C130 Hercules untuk membantu dalam pasukan mencari danmenyelamat pesawat AirAsia itu, yang diterajui pihak berkuasa Indonesia. 

- 1743 (WIB): Setakat pukul 1700 pasukan pencarian SAR Indonesia belumdapat mengesan isyarat pesawat AirAsia QZ8501.

- 1840 (Waktu Malaysia): Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin dalam satu sidang akhbar di Kuala Lumpur meminta anggota keluarga dan waris penumpang bersabar dan terus berdoa operasi SAR dapat diselesaikan secepat mungkin.

- 1900 (WIB): Ketua Basarnas, Soelistyo mengumumkan operasi SAR pesawat AirAsia QZ8501 dihentikan sementara kerana cuaca gelap dan akan disambung semula pagi esok (Isnin).

Pesawat AirAsia jenis Airbus A320-200 dengan nombor pendaftaran PK-AXC itu membawa 162 orang penumpang yang terdiri daripada 138 orang dewasa, 16 kanak-kanak dan seorang bayi, dua orang juruterbang dan empat anak kapal.

Juruterbang bertugas ialah Kapten Irianto dan pegawai penerbangan, Remi Emmanuel Plesel.

Warganegara penumpang pesawat ialah: 155 dari Indonesia, tiga dari Korea Selatan, temasuk seorang bayi, satu dari Malaysia, satu dari Singapura, satu dari Perancis dan satu dari United Kingdom. -BERNAMA

Lambakan Kayu Balak Punca Terputus Hubungan Darat


Diterbitkan: Ahad, 28 Disember 2014 7:51 PM

DUNGUN: Lambakan kayu balak merintangi laluan utama di Kampung Rantau Panjang menghala Bukit Besi dekat sini, menyebabkan lebih 1,000 penduduk di beberapa buah kampung di kawasan berkenaan terputus hubungan darat sejak tiga hari lepas. 

Tinjauan Bernama pada Ahad mendapati ratusan kayu balak bertaburan di atas jalan raya sejauh kira-kira 100 meter, menyebabkan penduduk terperangkap sehingga terpaksa menggunakan bantuan helikopter milik Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) bagi operasi menghantar bekalan makanan.

Lebih membimbangkan, penduduk di sana juga terputus hubungan telekomunikasi dan bekalan elektrik berikutan banjir yang turut melanda kawasan kampung itu ekoran limpahan air sungai dari Sungai Dungun di Kuala Jengai.

Mangsa, Nik Mohd Faizal Nik Mohd Fikri, 32, yang bertugas sebagai anggota tentera di Port Dickson, berkata timbunan balak tersebut adalah dari satu lokasi simpanan kayu balak di atas sebuah bukit.

"Disebabkan hujan lebat tidak berhenti yang sudah lebih seminggu, kayu-kayubalak yang disimpan di atas bukit itu menggelongsor jatuh hingga berselerak dijalan utama," katanya ketika ditemui Bernama yang berada di lokasi berkenaan.

Berikutan kejadian itu, beliau yang pulang ke kampung sejak seminggu lepas terpaksa menangguhkan perjalanan pulang ke tempat kerja, selain tidak dapat membuat panggilan bagi memaklumkan keadaannya.

"Sudahlah kawasan kampung kami banjir, semua penduduk di sini juga risau kerana jika hujan berterusan, kayu balak yang sebesar empat hingga lima pemeluk itu akan menggelongsor jatuh lebih banyak dari tempat simpanannya dan merempuh rumah," katanya.

Ekoran terputus hubungan darat, mangsa yang dipindahkan sejak seminggu lepas di Sekolah Menengah Kuala Jengai, kini berdepan masalah apabila terpaksa mencatu makanan sejak tiga hari lepas.

Sementara itu, Pegawai Memerintah Batalion ke-18 Rajimen Askar Melayu Diraja, Kuala Terengganu Leftenan Kolonel Mohd Tahir Symon yang turut bersama meninjau di lokasi berkenaan berkata jentera berat diperlukan bagi mengalih kesemua kayu balak tersebut.

"Laluan ini kita akan bersihkan secepat mungkin kerana ia menyukarkan pergerakan dan pasukan penyelamat juga sukar menghantar bekalan makanan," katanya. 

MCMC Minta Empat Individu Tampil Beri Keterangan Berita Palsu Banjir


Diterbitkan: Ahad, 28 Disember 2014 5:43 PM

CYBERJAYA: Beberapa individu diminta untuk tampil memberiketerangan tentang penyebaran berita palsu mengenai banjir yang sedang melanda beberapa negeri.

“Kami sedang menyiasat penyebaran berita palsu tentang keruntuhan Pusat Pemindahan Sekolah Manek Urai. Beberapa individu telah dikenal pasti dan mereka diminta untuk tampil ke hadapan bagi membantu siasatan,” kata Datuk Mohamed Sharil Tarmizi, Pengerusi Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC).

Mereka ini diminta untuk tampil membantu siasatan:

1. Mohd Zulkifli bin Ismail (No MyKad: 821125-03-5687).
Alamat terakhir: 474,Guchil 7, 18020 Kuala Krai, Kelantan

2. Roslina binti Hassan (No MyKad: 741228-03-6172).
Alamat terakhir: 31, Lorong8/SS6, Bandar Tasek Mutiara, 14120 Simpang Ampat, Pulau Pinang

3. Tengku Roslina binti Tengku Hamid (No MyKad: 880306-03-5870).
Alamatterakhir: Rpt Sungai Sok, Kuala Krai, 18000 Kelantan

4. Ahmad Wafiuddin bin Ahmad Supri (No MyKad: 940729-03-5129).
Alamat terakhir: Kg Manek Urai Lama, Kuala Krai, 18000 Kelantan

Mereka diminta untuk menghubungi pegawai-pegawai penyiasat MCMC, Pn Mai Zairani Zainal Abidin (019-3385009) atau En Mohamad Syukri Jamaluddin (019-2869515) dengan segera.

Kerjasama mereka amat dihargai. Orang ramai yang mempunyai maklumat tentang mereka di atas boleh jugamenghubungi pegawai-pegawai penyiasat MCMC.

Mengenai Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) MCMC adalah sebuah badan berkanun ditubuhkan di bawah Akta Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia 1998 yang melaksana dan mempromosikan matlamat dasar kebangsaan Malaysia bagi sektor komunikasi dan multimedia.

MCMC mengawalselia dan menggalakkan pembangunan industri komunikasi dan multimedia yang merangkumi bidang telekomunikasi, penyiaran, dan juga aktiviti dalam talian, perkhidmatan pos dan pensijilan digital.

Akta Komunikasi dan Multimedia mengadakan peruntukan kepada MCMC peranan melaksanakan dasar, manakala dasar membuat keputusan adalah diperuntukkan kepada Menteri.

Menteri boleh juga mengeluarkan arahan mengenai dasar kepada Suruhanjaya.

Untuk maklumat lanjut, layari www.mcmc.gov.my .

Kedai runcit musnah terbakar


Sebuah kedai runcit musnah terbakar awal pagi kelmarin.
Sebuah kedai runcit musnah terbakar awal pagi kelmarin.
SERI ISKANDAR - Seorang pemilik kedai runcit kerugian hampir RM1 juta apabila keseluruhan premisnya  musnah dalam kebakaran di sini awal pagi kelmarin.

Kejadian kira-kira jam 2.20 pagi itu hanya disedari pekerja premis terbabit yang ternampak kepulan asap sebelum memaklumkannya kepada pemilik.

Pemilik kedai, Rafeeq Ahmad, 48, berkata, kedudukan rumah pekerja yang hanya terletak bersebelahan kedai membuatkan insiden itu cepat disedari.

Menurutnya, bagaimanapun api yang cepat merebak menyebabkan barangan dalam kedainya gagal diselamatkan.

“Segala barangan jualan dan stok barangan juga turut tidak dapat diselamatkan apabila berlaku runtuhan bangunan di tingkat atas.

“Kami tidak dapat menyelamatkan apa-apa barang kerana api yang marak dan runtuhan, namun saya reda kerana tiada yang cedera,” katanya.

Rafeeq berkata, ketika menutup kedai berkenaan kira-kira jam 11.30 malam sebelum kejadian, keadaan dilihat seperti biasa.

“Memang kami tidak sangka kejadian ini berlaku kerana ketika tutup kedai sebelum kejadian, situasi adalah seperti biasa dan saya memang terkejut apabila diberitahu kedai sedang terbakar,” katanya.

Sementara itu, jurucakap Balai Bomba dan Penyelamat Seri Iskandar ketika dihubungi berkata, pihaknya menerima panggilan berkenaan kejadian itu kira-kira jam 2.34 pagi.

Pihaknya dibantu pasukan Bomba dan Penyelamat Parit serta Batu Gajah dalam operasi memadamkan kebakaran premis terbabit.

Pesawat AirAsia Dari Pulau Pinang Ke Langkawi Patah Balik


Diterbitkan: Ahad, 28 Disember 2014 8:15 PM

GEORGE TOWN: Pesawat AirAsia yang berlepas dari LapanganTerbang Antarabangsa Pulau Pinang (LTAPP) ke Langkawai, Kedah pada Ahad dilapor berpatah balik selepas 10 minit penerbangan kerana 'masalah teknikal'. 

Jurucakap LTAPP ketika dihubungi berkata pesawat AK6242 yang berlepas pada 4.30 petang itu sepatutnya mendarat di Langkawi pukul 5.05 petang.

"Pesawat itu berpatah balik selepas kira-kira 10 minit memulakan perjalanan dipercayai akibat masalah teknikal dan terpaksa dijadual semula.

"Pesawat itu selamat mendarat (di Langkawi) kira-kira pukul 6.30 petang; terlewat hampir 1 jam 30 minit dari jadual asal," katanya. 

Sementara itu, pengurusan AirAsia ketika dihubungi enggan mengulas lanjut dan berkata kenyataan akhbar mengenainya akan dibuat kemudian. 

Mayat Lelaki Bergari Dijumpai Di George Town


Diterbitkan: Ahad, 28 Disember 2014 8:36 PM

GEORGE TOWN: Mayat lelaki dengan kedua belah tangan bergari dari hadapan ditemui di atas bukit di Jalan Semarak Api, Farlim pada Ahad. 

Mayat berkulit gelap tanpa dokumen pengenalan diri itu ditemui orang awam kira-kira pukul 1.00 petang dengan 12 kesan tikaman termasuk dua di muka selain perut dan belakang badan. 

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Pulau Pinang, SAC Mazlan Kesah berkata penduduk di sekitar kawasan berkenaan menyatakan ada terdengar bunyi pergaduhan di atas bukit itu antara pukul 10 dan 11 malam Sabtu.

"Siasatan awal mendapati mangsa mati dalam tempoh kurang dari 16 jam dan polis percaya jenayah itu dilakukan lebih daripada seorang suspek dan wujud kesan pergelutan di kawasan itu," katanya kepada pemberita di tempat kejadian. 

Kepada pertanyaan sama ada gari itu milik Polis Diraja Malaysia (PDRM), beliau berkata gari itu model lama dan perkara itu masih dalam siasatan.

Mazlan berkata sebilah pisau pemotong sayur turut dijumpai berdekatan mayat itu disyaki menjadi senjata pembunuhan namun tiada kesan darah padanya kerana mayat dipercayai terkena air hujan semalam. 

Beliau berkata polis masih menyiasat kerakyatan mangsa.  

Orang ramai yang mempunyai maklumat lanjut mengenai kejadian itu diminta menghubungi balai polis berdekatan untuk membantu siasatan, katanya. 

Kes itu disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan dan mayat itu dihantar ke Hospital Pulau Pinang untuk bedah siasat. 

Jumlah Mangsa Banjir Sehingga Pukul 5 Petang Ahad


Diterbitkan: Ahad, 28 Disember 2014 6:26 PM

BERIKUT jumlah terkini mangsa banjir sehingga pukul 5 petang Ahad:

   
NEGERI          28 DIS (PAGI)       28 DIS (5 PTG)
KELANTAN       93,407                124,966
TERENGGANU    33,990               36,410    

PAHANG           33,601               33,601

PERAK              7,513                4,581

JOHOR              475                  465

kawasan di Bandar Kuala Krai petang tadi. Air semakin surut.Syukur pada ALLAH





Terkini di Temerloh dan Mentakab





Tukar laluan sebelum hilang

Kuala Lumpur: Pesawat QZ8501 milik AirAsia Bhd daripada Surabaya ke Singapura dilaporkan telah diminta untuk menggunakan laluan lain sebelum ianya terputus hubungan.
Laporan Reuters berkata, pegawai di Kementerian Pengangkutan Indonesia, Hadi Mustofa berkata, pesawat berkenaan diminta untuk tidak menggunakan laluan biasa.
Beliau bagaimanapun tidak mengulas lanjut mengapa pesawat berkenaan tidak menggunakan laluan biasa.
Pesawat yang membawa 155 penumpang itu terputus hubungan dengan menara kawalan trafik udara Jakarta pada 6.17 pagi waktu tempatan.
Laporan media menyebut sejumlah 149 penumpang adalah warga Indonesia, tiga daripada Korea dan masing-masing seorang daripada Singapura, Britain dan Malaysia merupakan penumpang pesawat tersebut.
Pesawat Airbus A320 sepatutnya tiba di Singapura pada jam 8.30 pagi waktu tempatan.
Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 28 Disember 2014 @ 2:18 PM


AHLI keluarga mangsa masih terkejut dengan kejadian yang berlaku. FOTO AP
- See more at: http://www.hmetro.com.my/node/19586#sthash.N5y4M7fz.dpuf

Pacuan empat roda, lori bertembung


Pacuan empat roda dipandu Rosli remuk teruk selepas bertembung dengan sebuah lori pagi semalam.
Pacuan empat roda dipandu Rosli remuk teruk selepas bertembung dengan sebuah lori pagi semalam.
LENGGONG - Seorang lelaki maut manakala seorang lagi parah dalam kemalangan melibatkan dua kenderaan di Kilometer 55.8 Jalan Kuala Kangsar-Gerik, di sini, pagi semalam.

Ketika kejadian kira-kira jam 7.20 pagi itu, sebuah pacuan empat roda dipandu seorang lelaki bertembung dengan sebuah lori dari arah bertentangan.

Pertembungan itu menyebabkan pemandu pacuan empat roda, Rosli Alias, 35, maut di tempat kejadian akibat kecederaan di seluruh badan manakala pemandu lori hanya mengalami kecederaan.

Timbalan Ketua Polis Daerah Gerik, Deputi Superintendan Jamalani Md Isa berkata, siasatan awal mendapati pacuan empat roda dipandu Rosli dari Gerik ke Lenggong terbabas sebelum masuk ke laluan bertentangan.

Menurutnya, keadaan itu menyebabkan lori dipandu seorang lelaki berusia 26 tahun tidak sempat mengelak sebelum bertembung.

“Pertembungan menyebabkan kedua-dua kenderaan berpusing, pemandu pacuan empat roda itu maut di tempat kejadian manakala pemandu lori mengalami kecederaan di kepala dan kaki.

“Mangsa yang maut dihantar ke Hospital Gerik untuk dibedah siasat manakala mangsa cedera dibawa ke Klinik Kesihatan Lenggong,” katanya ketika dihubungi, semalam.

Kes tersebut disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Mangsa berjaya dikeluarkan anggota Bomba dan Penyelamat Lenggong yang tiba di lokasi kejadian sebaik menerima panggilan pada jam 7.18 pagi.

Keadaan kenderaan yang remuk menyukarkan operasi menyelamat dan mengeluarkan mangsa yang tamat pada jam 9 pagi.

Banjir: Laluan Kuantan-Karak Di LPT Masih Ditutup


Diterbitkan: Ahad, 28 Disember 2014 10:22 AM

KUANTAN: Lebuhraya Pantai Timur (LPT) dari jarak Kuantan hingga Karak bagi kedua-dua hala masih ditutup kepada semua kenderaan berikutan di Km126 masih ditenggelami air banjir sejauh 800 meter.
Menurut kenyataan Anih Berhad, walaupun cuaca baik, namun pergerakan air masih laju dan berbahaya kepada semua jenis kenderaan.
"Pengguna disaran agar menangguhkan perjalanan kerana banyak laluan persekutuan turut dinaiki air.
"Bagaimanapun laluan Gombak-Bentong dibuka seperti biasa," menurut kenyataan itu.
Sebarang maklumat lanjut, pengguna lebuh raya berkenaan boleh merujuk kepada bilik gerakan banjir Jabatan Kerja Raya (JKR) atau tweeter

Jumlah mangsa banjir di Terengganu meningkat

AHAD, 28 DISEMBER 2014 @ 12:20 PM

Oleh Faizul Azlan Razak

 
bhkt@bh.com.my

Kuala Terengganu: Jumlah mangsa banjir di negeri ini semakin meningkat apabila seramai 36,158 mangsa berbanding 34,130 orang, malam tadi.

Terdapat empat daerah dilanda bencana di negeri ini membabitkan Kemaman, Dungun, Hulu Terengganu dan Kuala Terengganu.

Mengikut laporan Bilik Gerakan Banjir Jabatan Kebajikan Masyarakat Terengganu, secara keseluruhan 8,887 keluarga dipindahkan ke 94 pusat pemindahan di Terengganu.


Setakat pada jam kira-kira 10 pagi hari ini, di Kemaman meningkat apabila seramai 24, 235 mangsa daripada 5,735 keluarga berada di 45 pusat pemindahan di daerah itu. Daerah Dungun, seramai 10,938 mangsa membabitkan 2,905 keluarga berada di 37 pusat pemindahan.

Selain itu, seramai 780 mangsa membabitkan 199 keluarga dipindahkan ke tujuh pusat pemindahan di Kuala Terengganu manakala 205 mangsa daripada 48 keluarga ditempatkan di lima pusat pemindahan di Hulu Terengganu.

Sementara itu, mengikut laporan Bilik Gerakan Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) negeri, tiga sungai melepasi paras bahaya.

Paras air di Sungai Besut di Jambatan Keruak 36.09 meter melepasi paras bahaya 35 meter.

Di Sungai Chalok di Jambatan Chalok paras air 8.40 meter melebihi 8.40 meter dan Sungai Dungun di Jambatan Jerangau 13 .43 melebihi paras bahaya iaitu 12.50 meter.

Pesawat AirAsia dari Surabaya ke Singapura hilang

KUALA LUMPUR: Pesawat AirAsia QZ 8501 dari Bandara Juanda Surabaya ke Singapura yang membawa 155 penumpang terputus hubungan pagi ini, menurut media Indonesia.
Menurut laporan Detik.com, pesawat itu yang berangkat pada 5.20 pagi Waktu Indonesia Barat (WIB), dilaporkan hilang di ruang angkasa Pulau Kalimantan.
Kompas.com turut melaporkan insiden itu.
Menurutnya, pesawat berkenaan sepatutnya tiba di Singapura pada jam 8.30 pagi waktu tempatan.
Agensi Mencari dan Menyelamat Republik Indonesia pula menyatakan ia menerima laporan bahawa pesawat Airbus A320 AirAsia itu terputus hubungan pada jam 6.17 pagi (7.17 pagi waktu Malaysia) ketika berada di ruang udara di Teluk Kumai, Kalimantan Tengah.
Menurut Staf Khusus, Kementerian Perhubungan Indonesia, Hadi Mustofa, faktor cuaca buruk antara kemungkinan jangkaan awal kehilangan pesawat AirAsia itu.