Search This Blog

Saturday, December 27, 2014

Banjir makin surut di Yala

Yala: Banjir di wilayah selatan Thai ini dilapor semakin surut dengan hanya dua daerah saja masih ditenggelami air, semalam.
Menurut pihak berkuasa, sebelum ini bah menjejaskan kekehidupan 97,000 penduduk di lapan daerah dan memaksa 40 sekolah di seluruh Yala ditutup.
Tiga orang terbunuh dalam bencana itu yang bermula 17 Disember lalu sementara dua lagi cedera.
Banjir yang berpunca daripada hujan lebat itu turut memusnahkan 37 rumah, tiga hospital desa, 27 sekolah, empat masjid dan 20 kilometer persegi tanah pertanian.
Menurut Jabatan Meteorologi angin tekanan tinggi dari China semakin lemah menyebabkan monsun timur laut kurang membawa hujan ke kawasan selatan negara itu.
Ia memberi amaran, suhu tekanan tinggi akan mempengaruhi cuaca di kawasan itu bermula esok hingga Rabu depan, dan kemungkinan menyebabkan selatan Thai dilanda hujan lebat sekali lagi.
Dalam pada itu, Perdana Menteri Chan-o-cha melawat mangsa banjir di daerah Tak Bai, Narathiwat, semalam. - Agensi
Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 27 Disember 2014 @ 9:41 PM


PENDUDUK di satu kawasan di Pattani berpindah ke tempat lebih selamat selepas kediaman mereka tenggelam akibat banjir.
- See more at: http://www.hmetro.com.my/node/19351#sthash.vXzU0BeP.dpuf

Warga Myanmar Ditemui Mati Dengan Kesan Kelar


Diterbitkan: Sabtu, 27 Disember 2014 8:09 PM

KUALA LUMPUR: Seorang warga Myanmar ditemui mati dengan kesan kelar pada lehernya di Menara Tinjau Ampang dekat sini awal pagi Sabtu.

Ketua Polis Ampang Jaya, ACP Khairuldin Saad berkata mayat lelaki berusia lingkungan 30-an itu ditemui seorang pengutip besi buruk yang kemudiannya memaklumkan kepada polis.

Beliau berkata mangsa dipercayai dihentak dengan objek keras pada bahagian lehernya selain kesan kelar yang dalam.

Mangsa merupakan pemegang kad Suruhanjaya Tinggi Pertubuhan Bangsa Bersatu Mengenai Pelarian (UNHCR).

Polis Sahkan Peluru Pelancar Roket Anti Kereta Kebal Punca Letupan Di Gurun


Diterbitkan: Sabtu, 27 Disember 2014 6:03 PM
Kira-kira 40 buah rumah musnah dalam kejadian letupan bom yang mengorbankan tiga orang di Taman Ria Mesra, Gurun pada Rabu lalu. - fotoBERNAMA

GURUN: Polis pada Sabtu mengesahkan bahawa kes letupan di sebuah rumah di Taman Ria Mesra II di sini, yang mengorbankan tiga nyawa Rabu lepas berpunca daripada peluru pelancar roket anti kereta kebal.

Pemangku Ketua Polis Kedah Datuk Zakaria Yusof berkata peluru berkenaan, "High Explosive Anti-Tank" adalah jenis yang digunakan oleh Angkatan Tentera Malaysia (ATM).

"Letupan itu berpunca daripada peluru pelancar roket, yang digunakan untuk memusnahkan kereta kebal," katanya.

Bercakap pada sidang media selepas melawat lokasi kejadian hari ini, beliau berkata pihaknya akan bekerjasama dengan ATM untuk menyiasat perkara itu.

Katanya, pihaknya percaya terdapat lebih daripada satu bom yang meletup kerana kawasan kawah letupan itu luasnya kira-kira satu meter, tetapi siasatan masih dilakukan.

"Bom (peluru) itu memang digunakan oleh ATM dan mangsa yang meninggal itu cuba mengabstrak item berharga di dalam peluru," katanya.

Zakaria berkata polis kini masih mengutip serpihan daripada bom yang meletup untuk membantu siasatan selain merakam percakapan daripada penduduk taman berkenaan.

"Kita juga mendapat kerjasama baik daripada ATM demi meningkatkan SOP (Standard Operation Procedure), jika ia perlu diperbaiki.

"Kita akan teruskan siasatan untuk mengenalpasti macam mana bom (peluru) itu dibawa keluar daripada kem latihan tentera," katanya.

Sementara itu, Zakaria berkata sehingga kini polis menerima 61 laporan polis berhubung kerosakan rumah yang dialami penduduk taman terbabit.

Dalam kejadian Rabu lalu, sebuah bom meletup di rumah milik seorang anggota tentera menyebabkan tiga maut dan dua mangsa cedera parah, manakala lebih 40 rumah terjejas akibat kesan letupan.

Letupan kira-kira 4.45 petang itu menyebabkan seorang anggota tentera, Ayub Hashim, 34; anak perempuannya berusia lapan tahun Nur Idayu Syahirah Ayob; serta anak jirannya Aqif Mohd Sharizal, 4, maut.

Sementara itu, isteri Ayob, Sharifah Azlina Hashim, 30, yang mengandung enam bulan, dan jirannya Zuraida Mat Rotebe, 30, (ibu Aqif) cedera parah.

Anak dalam kandungan Sharifah Azlina dilaporkan meninggal akibat kejadian itu. 

132,684 mangsa dipindah, N Sembilan pula banjir


BERNAMA | .
KUALA LUMPUR: Negeri Sembilan menjadi negeri kelapan dilanda banjir sejak bencana itu melanda negara 10 hari lepas.

Lebih 300 penduduk di Negeri Sembilan terjejas, menjadikan keseluruhan mangsa banjir di seluruh negara kini mencecah 132,684 orang setakat pagi ini.

Keadaan banjir di Kelantan, Terengganu, Johor, Pahang dan Perak pula semakin buruk manakala Perlis serta Kedah dilaporkan bertambah baik.

Di KELANTAN, sejumlah 55,960 mangsa banjir berada di pusat pemindahan berbanding 45,467 semalam.

Cuaca di Kota Baharu dilaporkan mendung dan hujan sudah berhenti pagi ini.

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dijadual melawat negeri itu hari ini bagi meninjau sendiri keadaan banjir yang semakin merebak.

Keadaan di TERENGGANU juga dilapor semakin buruk dengan angka mangsa banjir meningkat kepada 35,028 orang berbanding 33,269 orang malam tadi.

Kemaman dan Dungun paling teruk terjejas apabila masing-masing merekodkan 24,912 dan 8,678 orang mangsa yang masih berada di tempat pemindahan, menurut portal Majlis Keselamatan Negara (MKN) Terengganu.

Kuala Terengganu masih bertahan dengan 1,258 mangsa dan Hulu Terengganu 180 orang. Mangsa banjir di semua kawasan terjejas ditempatkan di 95 pusat pemindahan.

Banjir di Terengganu kini sudah meragut empat nyawa.

Di JOHOR, jumlah mangsa banjir juga bertambah kepada 1,104 orang daripada 896 malam tadi dengan Kota Tinggi menjadi daerah terbaharu terjejas, menurut Pusat Kawalan Operasi Bencana Negeri Johor.

Lima lagi daerah yang terjejas ialah Muar, Batu Pahat, Kulaijaya, Segamat dan Kluang.

Di NEGERI SEMBILAN, sejumlah 331 mangsa banjir terdiri daripada 124 keluarga dipindahkan ke pusat pemindahan di Sekolah Kebangsaan Kuala Pilah, kata Pengarah Jabatan Kebajikan Masyarakat Negeri Abdullah Hanapi.

"Pemindahan mereka itu berikutan rumah mereka dinaiki air ekoran banjir kilat yang melanda semalam. Buat sementara waktu, semua mangsa telah dibekalkan makanan yang dimasak serta peralatan untuk tidur," katanya.

Pengarah Bomba dan Penyelamat Negeri Sembilan Norazam Khamis berkata beliau telah mengarahkan semua anggotanya bersiap sedia 24 jam dan sentiasa peka bagi menghadapi sebarang kemungkinan yang berlaku berikutan keadaan cuaca tidak menentu.

Di PERAK, banjir kini merebak ke daerah Kerian, menjadikan empat daerah kini terjejas dengan mangsa meningkat kepada 6,724 berbanding 6,335 semalam.

Menurut jurucakap MKN Negeri Perak, 43 mangsa banjir direkodkan di Kerian, daerah Kuala Kangsar (2,711 orang), daerah Perak Tengah (3,317 orang) dan di Hulu Perak (653 orang).

Di PAHANG, jurucakap bilik Gerakan Banjir Ibu Pejabat Polis Kontinjen negeri memaklumkan keadaan banjir di negeri itu tidak menunjukkan tanda-tanda pulih apabila semakin ramai mangsa terpaksa dipindahkan ke pusat penempatan sementara.

Jumlah mangsa 33,324 orang setakat ini dijangka meningkat.

Di PERLIS keadaan semakin baik dengan jumlah mangsa banjir berbaki 200 orang manakala di KEDAH hanya 13 mangsa banjir di daerah Bandar Baharu masih berada di pusat penempatan setelah tiga pusat pemindahan di daerah Padang Terap ditutup semalam. -Bernama

Suasana banjir di bandar Patani. Pada jam 3:26 ptg tadi.









27/12/2014.

Besar ikan dari orang














Setelah pintu Empangan Banglang - Bendang Setar - Jala. di buka Penduduk tempatan beramai2 datang menyaksi Air yang dilepaskan dan ada yang datang untuk menangkap ikan yang keluar dari pintu Empangan yang di buka. Inilah hasilnya. - VOICE OF PATANI




Banjir 1 Malaysia

Keadaan di stesen minyak Chica, Kubang Kerian yang lengang akibat terputus bekalan minyak. Foto oleh Wartawan Sinar Harian
Ahli Parlimen Sekijang, Anuar Abdul Manap (dua,kiri) dan Adun Kemelah, Datuk Ayub Rahmat (dua,kanan) memberikan sokongan kepada anggota JPAM Segamat dalam menjalankan misi membantu mangsa banjir, hari ini. - Foto Sinar Harian #SHBanjir
Kediaman Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat yang terletak bersebelahan Maahad Tahfiz Darul Anuar kelolaannya turut dinaiki air banjir di Kota Bharu hari ini. Bekas Menteri Besar Kelantan itu bagaimanapun kini berada di Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM) untuk berehat. - Foto Sinar Harian oleh MOHD ZAILANI ABD RAHMAN #SHBanjir
Mangsa banjir, Abdul Karim Osman, mengharung air banjir di rumahnya di Kampung Cherok Paloh, Kuantan. Air banjir mula menbanjiri kawasan rumahnya awal pagi tadi. - Foto Sinar Harian oleh ERMA YUSNIDA JUSOH #SHBanjir
Penduduk yang sudah dibenarkan pulang berikutan keadaan banjir yang semakin reda di beberapa kawasan di Sungai Siput, Perak mengambil peluang membersihkan keadaan kediaman masing-masing. - Foto Sinar Harian oleh RIDAUDDIN DAUD#SHBanjir
Unit Amal Pas membantu membersihkan rumah penduduk kampung di Manong, Kuala Kangsar selepas banjir surut. - Foto Sinar Harian oleh RIDAUDDIN DAUD #SHBanjir
Persandingan dua beradik: Pasangan Suhairi Sudin (empat,kanan) dan isteri Wan Nur Liyana Wan Zain (tiga,kanan) dan Nor Mudrikah Sudin (empat,kiri) dan suaminya Mohd Arham Zaini Mohd Yunan (tiga,kiri) terpaksa melangsungkan perkahwinan dalam banjir setelah rumah mereka di naiki air di Kampung Pulau Hilir, Kubang Kerian hari ini. - Foto Sinar Harian oleh KHIRU SHALEH
Persandingan dua beradik: Pasangan Suhairi Sudin (empat,kanan) dan isteri Wan Nur Liyana Wan Zain (tiga,kanan) dan Nor Mudrikah Sudin (empat,kiri) dan suaminya Mohd Arham Zaini Mohd Yunan (tiga,kiri) terpaksa melangsungkan perkahwinan dalam banjir setelah rumah mereka di naiki air di Kampung Pulau Hilir, Kubang Kerian hari ini. - Foto Sinar Harian oleh KHIRU SHALEH
Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak (dua,kanan) bersama Menteri Besar Kelantan, Datuk Ahmad Yakob tiba di pusat pemindahan banjir di Tumpat. Foto oleh Wartawan Sinar Harian #SHInfo #SHBanjir
Seorang peniaga, Kamarudin Daud, 47, tidak menghiraukan banjir apabila masih berniaga pisang goreng seperti biasa di Kampung Semat Jal, Tumpat. Jalan ke Kampung Semat Jal terputus hubungan apabila dinaiki air hampir satu meter. Foto Sinar Harian oleh ROHANA ISMAIL
PM Najib Razak bersama MB Kelantan di Pusat Penempatan Mangsa Banjir SK Kubang Batang, Tumpat, Kelantan :) (via Twitter / Ibdilillah Ishak)
PM Najib Razak bersama MB Kelantan di Pusat Penempatan Mangsa Banjir SK Kubang Batang, Tumpat, Kelantan  (via Twitter / Ibdilillah Ishak)
Melawat Mangsa
Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dan Menteri Besar Kelantan, Datuk Ahmad Yaakob melawat mangsa banjir di Sekolah Kebangsaan Kubang Batang, Tumpat. Najib dan Ahmad juga melakukan tinjauan udara dengan helikopter kawasan Pasir Mas dan Kota Bharu.


Mangsa banjir di Kg Bangau Parit, Temerloh,Pahang menggunakan khidmat jentolak yang disediakan penduduk bagi memudahkan mereka bergerak di kawasan berkenaan. - Foto Sinar Harian oleh FEISAL NORAWI

Terkini Taman Negara, masih ingat lagi bumbung biru? sebelum ni bumbung tersebut tenggelam



Keadaan rumah penduduk di Kampung Limau Kasturi, Gua Musang selepas air surut hari ini.

Keadaan rumah penduduk di Kampung Limau Kasturi, Gua Musang selepas air surut hari ini. - Foto oleh pembaca Sinar Harian. ‪#‎SHBanjir‬

SURAT BANJIR UNTUK RAKYAT MALAYSIA





Antara Bah Merah 1926 dengan Bah Besar 2014.
Kami menangis juga bumi Allah turut menangis.
Sesungguhnya tiada daya upaya untuk munulis. Sudah hampir 48jam idea untuk menulis datang, tetapi keadaan banjir di Kelantan yang terlampau teruk membuatkan hati saya sebak. Menangis.
Allahuakbar, kuatnya dugaan Allah kali ini.
Ketika status ini ditulis, Kuala Krai telahpun hampir tenggelam. Mereka disana bersabung nyawa dengan sebarang kemungkinan. Air naik sehingga tingkat 3 bangunan sekolah, hampir seluruh pedalam Kuala Krai tenggelam. Ini baru cerita di Kuala Krai.
Badai banjir tidak terhenti disini saja, malah malam tadi mula bergerak ke Pasir Mas, Kota Bharu dan Tanah Merah. Air banjir betul-betul besar sehinggan Hospital Besar Raja Perempuan Zainad terpaksa dipindahkan lokasi.Siapa yang tidak sedih jika minggu lepas keluar rumah melihat anak-anak keriangan bermain dihalaman rumah minggu ini air banjir meningkat sehingga tenggelam paras bumbung.
Rakyat Malaysia,
Doakanlah kami di Kelantan . Bantulah kami seberapa segera yang boleh. Kami di sini kesejukan, kami disini kelaparan, kami disini hilang segala benda. Kami sudah hilang segalanya, tapi kami percaya segala ketentuan Allah itu ada hikmah.
Disebalik kami menangis, kami tersenyum kerana Allah adalah sebaik-baik perancang. Kami sebak, tetapi kami bangga dapat bersatu sesama penduduk saling gotong royong menolong sesama lain untuk sama-sama menyuap beberap genggam nasi sebagai alas perut.
Mangsa banjir kini dalam emosi yang ternyata paling teruk ekoran hampir 100% harta benda mereka musnah. Bayangkan banjir di Kuala Krai yang mencecah paras bumbung dan kereta yang diparking di hadapan rumah hilang dibawa arus deras air seperti hanyutnya sebatang dahan pokok mengikut arus air.
Inilah realiti.
Sehingga detik ini banjir atau Bah Besar ini sudah hampir 'menjajah' kesemua daerah di Kelantan. Pusat pemindahan di Tanah Merah juga terpaksa dipindah beberap kali ekoran air semakin naik dengan cepat.
Moga Allah ada bersama kami. Rakyat Malaysia , bantulah kami.
‪#‎CP‬ dari Nukilan Pok Dogo
Untuk Kelantan FA & I Love Kelantan.
11.00 Malam
25 Disember 2014
Arus deras Sungai Kelantan.

PEMANTAUAN MELALUI UDARA OLEH CREW AW139 UNIT UDARA BOMBA DI KAWASAN SEKITAR TANAH MERAH.

PEMANTAUAN MELALUI UDARA OLEH CREW AW139 UNIT UDARA BOMBA DI KAWASAN SEKITAR TANAH MERAH.