Search This Blog

Friday, December 26, 2014

Wanita Maut Selepas Bedah Vagina Keluarkan Dadah


Diterbitkan: Jumaat, 26 Disember 2014 1:13 PM
Rollison maut selepas menjalani pembedahan vagina untuk mengeluarkan bungkusan ganja yang diletakkan pada vaginanya.

FLORIDA: Seorang wanita maut selepas menjalani pembedahan untuk mengeluarkan dadah yang disembunyikan pada vaginanya di sebuah hospital di Amerika Syarikat, awal minggu ini.
April Rollinson adalah seorang daripada empat yang ditahan kerana kesalahan dadah pada 16 Disember lalu.
Ketika menjalani pemeriksaan imbasan sebelum dimasukkan ke penjara, pegawai bertugas mengesan sesuatu yang aneh pada bahagian liang peranakannya itu, lapor wfla.com.
Berikutan itu, dia dibawa ke Pusat Perubatan Serantau Bartow di sini untuk mengeluarkan benda asing dalam badannya itu.
Ketika berada di pusat perubatan itu, Rollison selamat menjalani pembedahan untuk mengeluarkan bungkusan kokain pada vaginanya dan dilaporkan berada dalam keadaan stabil untuk dihantar semula ke pusat tahanan.
Bagaimanapun sebaik tiba di penjara, keadaan Rollison bertukar menjadi cemas dan terpaksa dihantar semula ke pusat perubatan berkenaan untuk rawatan lanjut.
Wanita itu berada dalam keadaan kritikal sehingga menghembuskan nafas terakhir pada 10.45 malam, 22 Disember lalu.
Pemeriksaan awal menunjukkan Rollison disahkan positif methamphetamin, amphetamin, kokain dan ganja.
Menurut ahli keluerganya, Rollison mengalami masalah ketagihan dadah sejak berusia 12 tahun.
Mayatnya akan dibedah siasat untuk mengetahui punca kematiannya.

Sindiket Dadah Wanita Tempatan Tumpas, Harta Bernilai RM2.7 Juta Disita


Diterbitkan: Jumaat, 26 Disember 2014 9:25 PM

KUALA LUMPUR: Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Bukit Aman menumpaskan satu sindiket pengedaran dadah yang diketuai wanita tempatan berusia 30 tahun dan menyita barangannya bernilai RM2.7 juta Selasa lepas.

Wanita itu dilapor memperoleh syabu daripada beberapa sindiket dadah antarabangsa terutamanya daripada warga Nigeria di sekitar Lembah Klang yang dikesan sejak tahun lepas.

Hasil siasatan dan risikan polis mendapati, syabu berkenaan diedarkan untuk pasaran tempatan dan Indonesia.

Pemangku Pengarah JSJN Bukit Aman, Datuk Haris Wong Abdullah berkata polis menahan empat anggota sindiket itu termasuk wanita berkenaan, yang kesemua mereka berusia lingkungan 20 hingga 30 tahun di Nilai, Negeri Sembilan kira-kira 6.30 pagi Selasa lalu.

Haris berkata pihak polis turut menyita harta wanita berkenaan termasuk wang tunai, kondo, barang kemas dan pelbagai kenderaan mewah dipercayai diperoleh daripada hasil kegiatan pengedaran dadah.

Beliau berkata wanita tersebut dipercayai mempunyai kaitan dengan beberapa kes tangkapan sejak tahun lepas yang membabitkan 13 warga Nigeria, tiga warga Afrika, dua warga Thailand, masing-masing seorang warga India dan Pakistan dengan rampasan Syabu seberat 1.5kg, 15kg heroin dan dua pucuk pistol bernilai yang kesemuanya bernilai RM1juta. -BERNAMA

Mayat Warga Asing Ditemui Terapung Di Bukit Mertajam


Diterbitkan: Jumaat, 26 Disember 2014 7:44 PM

BUKIT MERTAJAM: Mayat seorang lelaki dipercayai warga asing ditemui terapung dalam sungai berhampiran kunci air Mengkuang Mak Sulong, Kubang Semang di sini.

Mayat tanpa identiti itu ditemui orang awam yang melalui kawasan itu kira-kira pukul 7.15 pagi Jumaat.

Ketua Polis Daerah Seberang Perai Tengah, ACP Rusli Mohd Noor berkata mayat dipercayai hanyut dari kawasan hulu sungai berkenaan.

Beliau berkata siasatan awal mendapati lelaki itu mati dalam tempoh dua hingga tiga hari lepas berdasarkan mayatnya telah mengembang.

Tiada kecederaan luaran dikesan pada mayat itu.

Mayat Reput Ditemui Di Sungai Kulim


Diterbitkan: Jumaat, 26 Disember 2014 1:54 PM

BUKIT MERTAJAM: Mayat seorang lelaki yang telah reput ditemui di Sungai Kulim dekat Guar Perahu di sini.

Pasukan polis forensik dikejarkan ke lokasi penemuan selepas dimaklumkan oleh orang awam pada pagi Jumaat.

Polis percaya lelaki tersebut yang tiada memiliki dokumen pengenalan diri adalah warga asing.

Mayat tersebut dihantar ke Hospital Seberang Jaya untuk bedah siasat.

50 Warga Asing Ditahan Bantu Siasatan Kes Bunuh Warga Myanmar


Diterbitkan: Jumaat, 26 Disember 2014 4:52 PM
Polis menemui mayat salah seorang warga asing yang dibunuh pada Khamis.

GEORGE TOWN: Polis menahan 50 warga asing yang bekerja di tapak pembinaan di Persiaran Relau 12 bagi membantu siasatan kes bunuh seorang lelaki Myanmar pada Khamis.

Harun Nurusallam, 40, mati dipercayai akibat dipukul dengan tukul besi selain pipi kanannya ditoreh dengan senjata tajam pada kejadian pukul 7.30 malam.

Timbalan Ketua Jabatan Siasatan Jenayah negeri, ACP P.R Gunarajan berkata mereka yang ditahan terdiri daripada 17 warga Myanmar, Bangladesh (19), Indonesia (lapan) dan Nepal (enam).

"Mangsa dikatakan diserang sekumpulan lelaki yang juga pekerja di tapak binaan itu sebelum diselamat rakan-rakannya, namun disahkan meninggal dunia kemudiannya," katanya.

Beliau berkata siasatan awal mendapati berlaku pergaduhan melibatkan dua kumpulan kecil pekerja asing di tapak binaan berkenaan sehingga menyebabkan kematian mangsa.

Kontena terjunam 18 meter

Oleh Mohd Fadly Samsudin

fadly@hmetro.com.my

Petaling Jaya: Sebuah kontena milik tokong Cina di Jalan Harapan SS2 di sini, terjunam sedalam 18 meter ke kawasan pembinaan akibat berlaku pergerakan tanah petang tadi.
Bagaimanapun, dalam kejadian 4 petang itu tiada kemalangan jiwa atau kecederaan dilaporkan.
Pengerusi Tokong Towbookeong, Tan Kam Pie berkata, kejadian berlaku selepas hujan lebat turun lebih satu jam petang tadi.
"Saya mendengar bunyi kuat seperti gempa bumi ketika kejadian itu berlaku. Mujur ia berlaku pada waktu siang jika tidak, kabin ini diduduki lima keluarga saya sebagai asrama sementara pada waktu malam," katanya ketika ditemui di sini.
Sementara itu, polis sudah mengarahkan supaya tokong berkenaan dikosongkan segera bagi mengelak kejadian sama berulang dalam tempoh terdekat ini.
Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 26 Disember 2014 @ 9:20 PM


- See more at: http://www.hmetro.com.my/node/19156#sthash.26D1C7LS.dpuf

Mortar punya angkara

Nursyazwana Mansor dan Syahid Sokri

am@hmetro.com.my
Alor Setar: Bukan tong gas atau bom tangan tetapi letupan daripada mortar dipercayai meragut tiga nyawa termasuk anggota tentera dan anaknya di Taman Ria Mesra, Gurun, di sini, semalam.
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kedah, Asisten Komisioner Mohd Nashir Ya berkata, berikutan itu polis sedang mengenal pasti bagaimana anggota berusia 37 tahun terbabit boleh memiliki bahan letupan berkenan di rumahnya.
Menurutnya, siasatan juga memberi tumpuan terhadap motif lelaki terbabit cuba menggergaji objek berbentuk bom mortar berikutan terdapat saksi melihat anggota tentera itu berbuat demikian di belakang rumahnya sebelum kejadian.
"Siasatan juga menemui beberapa serpihan bahan letupan bertanda kegunaan pasukan keselamatan negara di lokasi kejadian dalam radius satu meter, selain penemuan sejumlah besar mercun di belakang rumah anggota tentera terbabit.
"Malah, kejadian berkenaan bukan disebabkan letupan tong gas seperti laporan awal, tetapi akibat letupan yang kuat daripada bahan letupan," katanya dalam satu kenyataan, di sini, hari ini.
Katanya, kejadian itu turut menyebabkan 40 rumah rosak, termasuk 10 teruk dan siasatan masih dijalankan bagi mengenal pasti jumlah kecederaan serta kerosakan sebenar.
 Dalam kejadia 4.45 petang itu, anggota tentera Koperal Ayob Hassim dari Kem Lapangan Terbang, Sungai Petani yang bertugas di Kem Hobart, Gurun dan anaknya Hidayah, 8, maut di lokasi kejadian.
Anak jiran mereka, Afiq Luqman Shahrizal, 4, pula disahkan meninggal dunia ketika menerima rawatan di Klinik Kesihatan Guar Chempedak, di sini.
Mangsa lain, Sharifah Haslinda, 30, isteri Ayob kini mengandung enam bulan dan Zuraida Mat Robete, 30, kini dirawat dalam Zon Merah Wad Kecemasan Hospital Sultan Abdul Halim (HSAH) Sungai Petani.
Jenazah Afiq Luqman dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Kubur Lama, Paya Mengkuang, Padang Lembu, Gurun selepas solat Zohor, manakala jenazah Ayob dan Hidayah dijangka dikebumikan di Taman Perkuburan Islam Masjid Tok Kepak, Kampung Lana Bulu, Ayer Itam.
Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 25 Disember 2014 @ 2:30 PM


- See more at: http://www.hmetro.com.my/node/19056#sthash.Sm5F2Cvc.dpuf

Mayat bayi dalam beg

Oleh Mohd Fadly Samsudin

fadly@hmetro.com.my

Kuala Lumpur: Mayat bayi lelaki yang baru 36 jam dilahirkan ditemui di dalam tandas wanita kompleks membeli-belah di Kepong 3.20 petang tadi.
Ketua Polis Daerah Sentul Asisten Komisioner R Munusamy berkata, mayat itu ditemui tukang cuci yang terhidu bau busuk ketika masuk ke tandas berkenaan.
"Dia kemudiannya menemui beg di hujung tandas sebelum memaklumkan kejadian kepada pengawal keselamatan. Selepas beg dibuka ada mayat bayi di dalamnya.
"Siasatan polis di tempat kejadian mendapati mayat bayi ini diletakkan di dalam beg kanvas berwarna merah hitam," katanya. Beliau berkata, pemeriksaan lanjut anggota forensik mendapati bayi berkenaan cukup sifat namun masih belum dapat dipastikan bangsanya.
"Kes disiasat mengikut Seksyen 318 Kanun Keseksaan," katanya.
Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 25 Disember 2014 @ 7:34 PM


BAYI cukup sifat yang ditemui dalam tandas.
- See more at: http://www.hmetro.com.my/node/19093#sthash.R9zNGh16.dpuf

Tujuh negeri 117,847 mangsa

Oleh Wartawan Harian Metro
Kuala Lumpur: Bilangan mangsa banjir di Pantai Timur, Perak, Perlis, Kedah dan Johor yang dipindahkan ke pusat pemindahan sementara (PPS) mencecah 117,847 orang sehingga 4 petang ini.
Kelantan menunjukkan peningkatan paling ketara apabila bilangan mangsa ditempatkan di PPS meningkat kepada 45,467 orang berbanding 38,030 pagi tadi.
Bilangan mangsa banjir di Pahang yang dipindahkan ke PPS pula berkurangan kepada 32,380 orang berbanding 35,793 orang pagi tadi.
Terengganu turut meningkat kepada 33,073, manakala Perak (6,119) dan Perlis (268).
Di Kedah pula, 28 orang dipindahkan di PPS, manakala Johor 512 orang .
Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 26 Disember 2014 @ 4:08 PM


Keadaan Kuala Krai yang dirakam dari udara. FOTO Azlan Hafedz
- See more at: http://www.hmetro.com.my/node/19130#sthash.L3ZiWl6N.dpuf

Mayat guru dihanyut arus banjir ditemui

JUMAAT, 26 DISEMBER 2014 @ 5:39 PM

 
CHUKAI: Mayat Norhayati Sulung, 37, yang hilang dihanyutkan arus deras bersama suaminya selepas bot penyelamat yang dinaiki mereka menuju ke pusat pemindahan banjir Rabu lalu terbalik, ditemui petang ini.

Mayat Norhayati yang juga seorang guru ditemui tersangkut di Sungai Kemaman, jam 4 petang, kira-kira 150 meter dari tempat mereka terjatuh daripada bot berkenaan.

Penemuan mayat itu disahkan oleh Ketua Polis Daerah Kemaman, Superintendan Che Suza Che Hitam.

Beliau berkata, mayat mangsa dihantar ke Hospital Kemaman untuk dibedah siasat.


Bagaimanapun, anggota penyelamat masih meneruskan usaha mencari suami mangsa, Suhaimi Awang, 37.

Dalam kejadian jam 1.20 petang Rabu lalu, kedua-dua mangsa hilang selepas bot penyelamat yang mereka naiki terbalik ketika operasi pemindahan mangsa banjir di Kampung Geliga Che Akob, di sini.

Ketika kejadian kedua-dua mereka bersama tiga lagi mangsa lain serta seorang anggota bomba dan dua anggota polis menaiki bot berkenaan, sebelum dipercayai terperangkap dalam pusaran air menyebabkan bot itu terbalik.

Semua penumpang yang memakai jaket keselamatan terhumban ke dalam air, tetapi Nurhayati dan Suhaimi hanyut dibawa arus deras. - Oleh Shamsudin Husin

Pelajar 15 tahun korban pertama banjir di Perlis

JUMAAT, 26 DISEMBER 2014 @ 7:23 PM

 
Padang Besar: Seorang pelajar berusia 15 tahun ditemui lemas ketika sedang bermain air banjir di Kampung Padang Malau, Beseri di sini petang tadi.

Dalam kejadan jam 3.45 itu, mangsa Mohamad Izwan Ahmad, 15, dipercayai keluar bermain bersama dua rakannya di sekitar kawasan itu sebelum tergelincir ke dalam kolam ikan berdekatan.

Mangsa yang juga korban pertama banjir di negeri ini tenggelam ke dasar sebelum rakannya cuba mendapatkan bantuan pihak berkuasa dan orang ramai.

Jenazah mangsa yang juga anak keempat daripada lima beradik itu kemudian dibawa naik oleh Jabatan Pertahanan Awam (JPAM) negeri yang ke lokasi kejadian sejurus menerima maklumat.


Sementara itu, Ketua Polis Daerah Padang Besar, Superintendan Rizani Che Ismail mengesahan kejadian berkenaan.

Jumlah mangsa banjir cecah 119,000, Kota Bharu makin kritikal


KUALA LUMPUR: Jumlah mangsa banjir di tujuh negeri kini mencecah 119,087 orang dengan Kelantan mencatat jumlah tertinggi iaitu 45,467 orang setakat petang ini.
Di KELANTAN, limpahan air Sungai Kelantan menyebabkan jumlah mangsa di Kota Bharu naik mendadak iaitu seramai 13,388 orang kepada 14,586 orang petang ini berbanding 1,198 orang pagi tadi.
Pengarah Jabatan Kebajikan Masyarakat Negeri, Nik Omar Nik Abdul Rahman berkata limpahan air sungai itu telah merebak ke beberapa kampung berhampiran termasuk Kampung Lembah Sireh, Kampung Pintu Geng, Kampung Kedai Buloh, Kampung Banggol, dan kawasan sekitar Pengkalan Chepa.
Kesemua mangsa kini dipindahkan ke 40 pusat pemindahan berbanding hanya tujuh pagi tadi, katanya.
Kecuali di Pasir Mas yang menunjukkan sedikit penurunan dengan jumlah mangsa kini mencecah 6,319 orang, beberapa kawasan lain kebanyakannya tidak berubah termasuk di Tanah Merah (3,546 orang), Gua Musang (5,150 orang), Tumpat (5,005 orang), Machang (4,039 orang), Jeli (1,430 orang), Kuala Krai (5,200 orang) dan Pasir Puteh (192 orang). - BERNAMA

SEBUAH KERETA TERBABAS DI KM 275.9 LEBUHRAYA PLUS MENGHALA KE ARAH SELATAN







SEBUAH KERETA TERBABAS DI KM 275.9 LEBUHRAYA PLUS MENGHALA KE ARAH SELATAN ( atas jambatan jalan tambun) pada pukul 10.50 pagi tadi. Seorang mangsa berbangsa cina maut manakala seorang lagi cedera. Mangsa telah diserahkan kepada pihak Polis dan Ambulan untuk tindakan lanjut. Operasi berkenaan dilakukan oleh BBP Ipoh.

Banjir diKUBANG KERIAN




Banjir diPasir Tumboh



Keadaan di UMK (Universiti Malaysia Kelantan) sebentar tadi





Allahuakbar...!!! Keadaan Di Temangan, Kuala Krai..






mayat di temui di pintu air guar perahu


BANJIR KILAT DI NEGERI SELANGOR


TARIKH : 26/12/2014
Add caption
1. LOKASI : JALAN DATUK ABDUL HAMID
KAW. JAGAAN : BBP ANDALAS
PARAS KEDALAMAN AIR : 0.5 METER
CATATAN : KEJADIAN MELIBATKAN LIMPAHAN AIR LONGKANG AKIBAT DRPD HUJAN LEBAT.
15 BUAH RUMAH YANG TERLIBAT. KEADAAN TERKAWAL DAN TIADA

PEMINDAHAN DILAKUKAN.
Add caption
Add caption
2. LOKASI : MERU
KAW. TERLIBAT : KG. BUDIMAN, PERSIARAN HAMZAH ALANG, BATU 5 JALAN MERU & JALAN PAIP
Add caption
OPERASI PEMANTAUAN DILAKUKAN OLEH BBP SUNGAI PINANG

Kuala Lumpur turut dilanda banjir kilat akibat hujan tidak berhenti malam tadi.




Kuala Lumpur turut dilanda banjir kilat akibat hujan tidak berhenti malam tadi.

KEADAAN SEMASA CREW UDARA HENDAK KELUAR DARI TUNJUNG KELANTAN MENGHALA KE BACHOK BAGI MENGHANTAR BEKALAN MINYAK HELIKOPTER.






KEADAAN SEMASA CREW UDARA HENDAK KELUAR DARI TUNJUNG KELANTAN MENGHALA KE BACHOK BAGI MENGHANTAR BEKALAN MINYAK HELIKOPTER.

Suasana Banjir Sekitar Negeri Sembilan




KEMALANGAN 6 BUAH KENDERAAN DI KM29 LEBUHRAYA KARAK MENGHALA KE KUALA LUMPUR

KEMALANGAN 6 BUAH KENDERAAN DI KM29 LEBUHRAYA KARAK MENGHALA KE KUALA LUMPUR. 2 orang mangsa cedera parah, 3 cedera ringan manakala yang lain selamat.