Search This Blog

Wednesday, December 24, 2014

klate loni 100% terputus hubungan darat dengan negeri luar


Pakat doa blako... PDRM sudah mengesahkan secara rasmi tadi, klate loni 100% terputus hubungan darat dengan negeri luar. X dok dah jale hok buleh lalu nak mari atau tubek dari klate kecuali ikut thailand. Laluan lain cuma udara sahaja.. Negeri kelate akan diistihar darurat skiranya keadaan berterusan n smkin truk.. Harap maklum, cpy paste dr sahabat PDRM

Suasana banjir di kelantan , Terengganu dan Pahang







Mangsa Banjir di Kelantan Menurun, Negeri Lain Semakin Buruk


Diterbitkan: Rabu, 24 Disember 2014 12:07 AM
Seorang penduduk kampung hanya dapat memerhatikan keadaan kediaman penduduk kampung yang teruk ditenggelami air hingga ke paras bumbung di Kampung Labit di Lenggong pada Selasa. -- foto BERNAMA.

KUALA LUMPUR: Keadaan banjir di Perlis, Perak, Terengganu, Pahang dan Sabah bertambah buruk malam ini, manakala di Kelantan keadaan sedikit baik.

Di PERLIS, sehingga 7 malam Selasa, jumlah mangsa banjir meningkat kepada 104 orang berbanding 93 orang petang tadi dan sebuah lagi pusat pemindahan dibuka iaitu di Dewan Beseri Dalam, kata jurucakap Majlis Keselamatan Negara (MKN)
Perlis.

Di PERAK, jumlah mangsa banjir di daerah Hulu Perak, Kuala Kangsar dan Ipoh juga meningkat kepada 421 mangsa malam ini berbanding 170 petang tadi.

Ketua Polis Daerah Gerik Supt Abdul Manab Baharum berkata setakat ini, jumlah mangsa banjir di Hulu Perak ialah 256 mangsa, Kuala Kangsar (142 mangsa)
dan 23 mangsa di Ipoh.

Di TERENGGANU, jumlah mangsa meningkat daripada 12,403 orang petang tadi kepada 12,629 orang setakat 7 malam ini, kata jurucakap MKN Terengganu.

Kemaman merupakan kawasan yang paling terjejas dengan jumlah mangsa 5,657 orang diikuti Kuala Terengganu 2,895 orang, Dungun 2,654 mangsa, Hulu Terengganu 811 orang, Besut 499 orang, Marang 91 mangsa dan Setiu 22 orang.

Bagaimanapun pusat operasi berkurangan kepada 92 berbanding 93 petang tadi.

Keadaan sama di PAHANG apabila jumlah mangsa banjir terus meningkat kepada 6,286 orang malam ini berbanding 4,729 orang di enam daerah petang tadi.

Jurucakap Bilik Gerakan Banjir Ibu Pejabat Polis Kontinjen Pahang berkata, mangsa banjir di Kuantan merupakan yang paling ramai iaitu 3,525 orang yang ditempatkan di 22 pusat pemindahan di daerah itu.

"Di Maran melibatkan 1,373 orang di 12 pusat pemindahan, Lipis 659 orang di 12 pusat pemindahan, 384 orang ditempatkan di 14 pusat pemindahan di Jerantut manakala Rompin 246 orang di dua pusat pemindahan dan 99 mangsa di Pekan yang ditempatkan di sebuah pusat pemindahan," katanya kepada Bernama.

Beberapa laluan utama ditutup kepada semua kenderaan iaitu di Jalan Kuantan-Sungai Lembing (dekat Jambatan Sungai Riau), Jalan Kuantan-Sungai Lembing (Simpang Tiga Panching), Jalan Jerantut-Lipis dan Jerantut-Kuala Tahan.

Di SABAH, jumlah mangsa banjir di Beaufort meningkat kepada 293 mangsa malam ini berbanding 268 orang petang tadi, manakala keadaan tidak berubah di Tenom dengan kekal 19 mangsa di sebuah pusat pemindahan.

Pegawai Daerah Beaufort Mohd Shaid Othman berkata kesemua 293 mangsa yang melibatkan 104 keluarga dari tujuh kampung itu ditempatkan di pusat pemindahan sementara Dewan Masyarakat Baru di daerah itu.

Beliau berkata lebih 10 jalan terputus dan ditutup untuk kenderaan ringan iaitu di Kampung Melulugus, Kampung Lawa, Kampung Lago, Kampung Suasa, Kampung Lupak, Kampung Selinsing, Kampung Kebulu, Kampung Beringin, Kampung Gadong, Kampung Lawa, Kampung Lawa Labi, Kampung Gumarit dan Kampung Lago.

Berbeza dengan di KELANTAN, jumlah mangsa banjir mencatatkan sedikit penurunan iaitu daripada 22,259 mangsa petang tadi kepada 21,601 orang malam ini yang ditempatkan di 96 pusat pemindahan.

Mangsa banjir berkenaan terdiri daripada sembilan jajahan iaitu Gua Musang, Jeli, Kota Baharu, Kuala Krai, Machang, Pasir Mas, Pasir Puteh, Tanah Merah dan Tumpat.

Bacaan paras air di Sungai Golok di Rantau Panjang masih berada pada paras bahaya dan empat bacaan di tiga sungai utama di negeri itu juga masih melepasi paras bahaya.

Sehingga kini jumlah kematian akibat banjir di Kelantan sejak 16 Dis lalu masih kekal empat orang.

Air Sungai Kelantan Melimpah, Kota Baharu Sesak


Diterbitkan: Rabu, 24 Disember 2014 1:31 PM

KOTA BAHARU: Air Sungai Kelantan melimpah dan mula membanjiri kawasan rendah di bandar ini sejak awal pagi dan mengakibatkan kesesakan lalu lintas.
Tinjauan di sekitar Jalan Post Office Lama dan Pasar Kubang Pasu mendapati air mula melimpah ke jalan raya dan pemilik premis perniagaan turut menutup operasi.
Bacaan paras air Sungai Kelantan di Tambatan Diraja di sini setakat pukul 10 pagi ini telah melepasi paras bahaya iaitu pada paras 5.91 meter (paras bahaya 5 meter).
Bandar ini pernah dilanda banjir besar pada 2004 sehingga melumpuhkan seluruh bandar tersebut, dan mengakibatkan kerugian berjuta ringgit.
Sementara itu, peniaga peralatan elektrik Leong Khoon Seng, 52, berkata pada banjir 2004, beliau mengalami kerugian besar apabila sebahagian besar alatan elektrik musnah.
"Masa itu air naik pada waktu malam dan saya tidak sempat menyelamatkan peralatan elektrik di kedai saya ini," katanya.
Leong berkata untuk tidak mahu menanggung risiko seperti dahulu, kali ini beliau melakukan persiapan lebih awal bagi mengelakkan peralatan elektriknya terjejas.
Sementara itu beberapa penduduk yang tinggal di rumah rakit di tebing sungai itu juga sudah membuat persiapan awal dengan mengikat kukuh rumah masing-masing bagi mengelak dihanyutkan arus deras.
"Rumah, kami sudah ikat dengan tali yang kukuh, tetapi apa yang kami bimbang adalah batang balak yang hanyut dalam keadaan arus deras ini yang boleh merempuh rumah kami," kata Ali Shahbudin, 56.
Jirannya, Mek Minah Ali, 52, berharap air sungai akan cepat surut kerana khuatir air banjir dari Gua Musang dan Kuala Krai akan mengalir turun ke sungai ini dan mengakibatkan keadaan banjir lebih buruk.
Paras air di Sungai Galas, Sungai Lebir dan Sungai Kelantan di Tangga Krai juga dilaporkan terus meningkat dengan masing-masing melepasi paras bahaya.
Bacaan di Sungai Galas kini ialah 45.65 meter (paras bahaya 38 meter), Sungai Lebir 36.13 meter (paras bahaya 36 meter) dan Tangga Krai 32.36 meter (paras bahaya 25 meter).
Tinjauan juga mendapati kanak-kanak mengambil kesempatan bermain air banjir dan Jabatan Bomba dan Penyelamat telah meminta ibu bapa mengawasi anak mereka daripada bermain air kerana khuatir boleh mengundang bahaya.
"Kita bimbang ada yang terjatuh longkang atau terkena renjatan elektrik selain membahayakan kesihatan berikutan air berlumpur," menurut jurucakap bomba.

'Saya Letih, Saya Cuma Mahu Gembira', Permintaan Terakhir Syamimi


Diterbitkan: Rabu, 24 Disember 2014 12:13 AM
Jenazah Nur Syamini Liyana Firdaus Estrop yang menghidap penyakit hati kronik dibawa keluar dari Hospital Selayang untuk dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Taman Batu Muda hari ini. Beliau menghembuskan nafas terakhir pada jam 3.30 petang tadi di Hospital Selayang. Penyakit yang dihidapi adik Nur Syamini Liyana sebelum ini pernah mendapat perhatian Biro Aduan Komuniti Pergerakan Pemuda UMNO. --fotoBERNAMA

KUALA LUMPUR: "Saya letih, saya cuma mahu gembira", itu permintaan terakhir diluahkan adik Nur Syamimi Liyana, penghidap penyakit hati kronik (Wilson's Disease) kepada bapanya, Firdaus Estrop Abdullah.

Allahyarham Nur Syamimi menghembuskan nafas terakhirnya di sisi bapa dan kakaknya, Nurul Fatihah Diana, 9, di Hospital Selayang kira-kira pukul 3.30 petang ini.

Nur Syamimi, 7, dikesan menghidap penyakit itu April lepas setelah menjalani pemeriksaan kerana sering murung, kurang aktif dan perutnya semakin membesar.

Kes beliau mendapat perhatian Biro Aduan Komuniti Pemuda Umno yang membantu mendapatkan bantuan pembiayaian kos rawatan.

Permintaan Nur Syamimi sempat ditunaikan dengan sambutan hari jadinya di Hospital Selayang pada 27 Nov lepas.


"Dah nampak petanda yang Syamimi akan tinggalkan kami kerana permintaannya itu.

"Syamimi juga meminta saya untuk membawa kakaknya berjumpa dengannya kerana wad itu tidak membenarkan kanak-kanak bawah umur masuk," kata Firdaus, 32, ketika ditemui pemberita di Tanah Perkuburan Raudhatul Sakinah, Taman Batu Muda, di sini malam ini.

Firdaus berkata, Nur Syamimi telah menerima surat keutamaan untuk membuat pembedahan namun pihak hospital tidak dapat berbuat demikian kerana keadaan kesihatannya tidak stabil.

"Syamimi tidak boleh menjalani pembedahan kerana keadaan badannya yang sangat lemah.

"Saya berterima kasih kepada semua pihak yang terlibat memberi bantuan secara langsung mahupun tidak kepada Syamimi," katanya sambil menambah beliau redha dengan pemergian anak bongsunya itu.

Sementara itu, ibu Nur Syamimi, Nur Syahidah Tan Siew Guat, 31, menyatakan syukur kerana permintaan terakhir anaknya dapat ditunaikan.

Pengebumian jenazah diuruskan oleh Jabatan Imigresen Kuala Lumpur yang turut memberikan bantuan sejak Nur Syamimi dimasukkan ke hospital. 

Banjir Semakin Serius, 60,000 Mangsa Dipindahkan


Diterbitkan: Rabu, 24 Disember 2014 11:03 AM

KUALA LUMPUR: Keadaan banjir bertambah serius menyebabkan 58,705 penduduk di Pahang, Kelantan, Terengganu, Perak, Perlis dan Sabah terpaksa berpindah.
Kelantan mencatat jumlah mangsa banjir paling tinggi melibatkan 24,765 orang, diikuti Terengganu (21,606), Pahang (10,825), Perak (1,030), Sabah (336) dan Perlis (143).
Di KELANTAN jumlah mangsa meningkat kepada 3,164 orang sebelah pagi berbanding 21,601 orang malam Selasa.
Sebanyak 18 pusat pemindahan baharu dibuka kepada 96 buah semalam.

Peningkatan jumlah mangsa melibatkan sembilan jajahan iaitu Gua Musang, Jeli, Kota Baharu, Kuala Krai, Machang, Pasir Mas, Pasir Puteh, Tanah Merah, Tumpat dan Kota Baharu.
Jumlah mangsa tertinggi dicatat di Gua Musang dengan 5,259 orang diikuti Pasir Mas (8,754) dan Kuala Krai (4,608).
Sebanyak 23 laluan turut ditutup yang 17 daripadanya laluan ditutup kepada semua lalu lintas manakala enam ditutup kepada kenderaan ringan.
Di TERENGGANU, 8,977 lagi penduduk terpaksa dipindahkan dengan Kemaman merupakan daerah paling teruk terjejas dengan jumlah mangsa mencecah 12,699 orang.
Punca utama mangsa terpaksa berpindah adalah disebabkan fenomena air pasang terutama di kawasan pantai, demikian menurut portal Majlis Keselamatan Negara (MKN) Terengganu.
Setakat pukul 9 pagi, Dungun mencatat jumlah mangsa 4,591 orang, Hulu Terengganu (685), Kuala Terengganu (3,086), Besut (426), Marang (11) dan Setiu (8) di keseluruhan 107 pusat pemindahan. 

Dua Pengurup Wang Didakwa Tipu Lelaki Warga Indonesia


Diterbitkan: Rabu, 24 Disember 2014 7:39 PM

PETALING JAYA: Dua pengurup wang dihadapkan ke Mahkamah Majistret di sini atas tuduhan menipu seorang lelaki warga Indonesia berhubung urusan kiriman wang ke Indonesia berjumlah RM5,500 awal bulan ini.

Asrul Zamri, 28, mengaku bersalah manakala Faizal Mohamed Hanifa, 34, mengaku tidak bersalah terhadap pertuduhan itu.

Mengikut pertuduhan, Asrul dan Faizal bersama-sama seorang lagi yang masih bebas didakwa menipu Sukanto dengan memperdayakannya dalam urusan kiriman wang ke Indonesia tanpa lesen yang sah dari Bank Negara Malaysia, menyebabkan mangsa menyerahkan wang berkenaan.

Mereka didakwa melakukan perbuatan itu di The Summit Mall, Persiaran Kewajipan, USJ 1, Subang Jaya di sini pada 12 tengah hari, 3 Disember lepas.
Majistret Surya Wati Shawal membenarkan kedua-dua tertuduh diikat jamin RM3,000 dengan seorang penjamin dan menetapkan 22 Jan untuk sebutan dan tarikh jatuh hukum.

Terdahulu, selepas pengakuan direkodkan dalam prosiding itu, berlaku sedikit perbalahan antara Asrul dan Faizal berhubung pengakuan salah Asrul sehingga majistret menegur perbuatan mereka.

Asrul kemudian mengekalkan pengakuan bersalahnya selepas ditanya majistret.

Di mahkamah berasingan, Asrul dan Faizal mengaku tidak bersalah terhadap pertuduhan menipu seorang pekerja kontrak warga Indonesia, Rumayang, 43, berhubung urusan kiriman wang ke Indonesia berjumlah RM3,100 di tempat sama pada 11 pagi, 7 Dis lepas.

Majistret KB Elena Hong Tze Lan membenarkan Asrul dan Faizal masing-masing diikat jamin RM2,500 dengan seorang penjamin serta syarat tambahan pasport perlu diserahkan kepada mahkamah.

Mahkamah menetapkan 22 Jan untuk sebutan semula kes.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Wan Mohd Bukhari Wan Mohd dan Saphirra Selamat manakala kedua-dua tertuduh diwakili peguam Stanislaus Vethanayagam.

Banjir: Penduduk Menginap Di Kaki Lima Rumah Kedai


Diterbitkan: Rabu, 24 Disember 2014 3:44 PM

KUALA KRAI: Berikutan jalan untuk ke pusat pemindahan di Sekolah Kebangsaan Kampung Bedal di sini dinaiki air, penduduk Taman Bukit Sireh memilih kaki lima kedai untuk berteduh buat sementara waktu.
Tinjauan mendapati beberapa keluarga berada di kawasan kaki lima kedai yang terletak di kawasan lebih tinggi berbanding taman perumahan mereka dengan membawa sekali tikar dan bakul berisi baju dan selimut.
Farid Abdullah, 54, berkata dia berserta isteri dan lima anak mereka memilih untuk berada di kaki lima kedai kerana jaraknya lebih dekat dengan rumah mereka berbanding pusat pemindahan.
"Ini kali kedua rumah pak cik dinaiki air bermula 4.30 pagi tadi. Kali pertama minggu lepas. Kali ini kami ambil keputusan untuk lari ke kawasan kedai yang lebih tinggi sedikit, sebab dari sini pun kami boleh melihat keadaan rumah kami," katanya.
Beliau berkata yang sempat diselamatkannya ialah dua tiga bakul kain baju, dokumen dan sedikit wang.
Sementara itu jalan ke sini menggunakan jalan utama Kota Baharu-Gua Musang didapati tersekat akibat terputus dilimpahi air Sungai Nal di beberapa kawasan seperti Kampung Nal dan Kampung Keroh.
Pihak bomba dan penyelamat termasuk dari negeri lain telah tiba untuk menyelamat penduduk.
Seorang penduduk Kampung Nal, Abdul Yassin Sulaiman berkata hampir 10 tahun kampungnya tidak dilanda banjir sebegitu rupa.

Penduduk Tergamam Rumah Dihanyut Arus Deras


Diterbitkan: Rabu, 24 Disember 2014 1:22 PM

KOTA BAHARU: Tiada apa yang dapat dilakukan pemiliknya apabila melihat empat buah rumah dan sebuah restoran mereka di Kampung Kundur di sini dihanyutkan arus banjir ke arah Sungai Galas petang Selasa.
Seorang penghuni Zakaria Daud, 56, berkata ketika itu dia berpindah ke atas sebuah bukit yang terletak kira-kira 500 meter di seberang jalan dari rumahnya.
"Saya bersama yang lain menyelamatkan diri ke atas bukit apabila air di kawasan kami semakin naik sehingga mencecah paras dada," katanya yang juga pemilik restoran itu.
Beliau berkata sebuah tangki minyak yang hanyut dari kawasan pembalakan berdekatan turut melanggar rumahnya serta tiga lagi rumah termasuk restorannya menyebabkan kesemuanya hanyut.
"Semuanya berlaku begitu pantas. Kami hanya mampu melihat dari jauh sehinggalah semuanya hanyut ke sungai," katanya.
Keempat-empat keluarga terlibat kini menumpang di rumah saudara mara mereka dengan Zakaria sendiri berserta isteri, anak dan emaknya yang berusia 70 tahun menumpang di rumah kawannya di Kampung Tanah Putih.
Enam lagi rumah di kawasan berkenaan rosak teruk dalam kejadian sama.

Air Sungai Kelantan Melimpah, Kota Baharu Sesak


Diterbitkan: Rabu, 24 Disember 2014 1:31 PM

KOTA BAHARU: Air Sungai Kelantan melimpah dan mula membanjiri kawasan rendah di bandar ini sejak awal pagi dan mengakibatkan kesesakan lalu lintas.
Tinjauan di sekitar Jalan Post Office Lama dan Pasar Kubang Pasu mendapati air mula melimpah ke jalan raya dan pemilik premis perniagaan turut menutup operasi.
Bacaan paras air Sungai Kelantan di Tambatan Diraja di sini setakat pukul 10 pagi ini telah melepasi paras bahaya iaitu pada paras 5.91 meter (paras bahaya 5 meter).
Bandar ini pernah dilanda banjir besar pada 2004 sehingga melumpuhkan seluruh bandar tersebut, dan mengakibatkan kerugian berjuta ringgit.
Sementara itu, peniaga peralatan elektrik Leong Khoon Seng, 52, berkata pada banjir 2004, beliau mengalami kerugian besar apabila sebahagian besar alatan elektrik musnah.
"Masa itu air naik pada waktu malam dan saya tidak sempat menyelamatkan peralatan elektrik di kedai saya ini," katanya.
Leong berkata untuk tidak mahu menanggung risiko seperti dahulu, kali ini beliau melakukan persiapan lebih awal bagi mengelakkan peralatan elektriknya terjejas.
Sementara itu beberapa penduduk yang tinggal di rumah rakit di tebing sungai itu juga sudah membuat persiapan awal dengan mengikat kukuh rumah masing-masing bagi mengelak dihanyutkan arus deras.
"Rumah, kami sudah ikat dengan tali yang kukuh, tetapi apa yang kami bimbang adalah batang balak yang hanyut dalam keadaan arus deras ini yang boleh merempuh rumah kami," kata Ali Shahbudin, 56.
Jirannya, Mek Minah Ali, 52, berharap air sungai akan cepat surut kerana khuatir air banjir dari Gua Musang dan Kuala Krai akan mengalir turun ke sungai ini dan mengakibatkan keadaan banjir lebih buruk.
Paras air di Sungai Galas, Sungai Lebir dan Sungai Kelantan di Tangga Krai juga dilaporkan terus meningkat dengan masing-masing melepasi paras bahaya.
Bacaan di Sungai Galas kini ialah 45.65 meter (paras bahaya 38 meter), Sungai Lebir 36.13 meter (paras bahaya 36 meter) dan Tangga Krai 32.36 meter (paras bahaya 25 meter).
Tinjauan juga mendapati kanak-kanak mengambil kesempatan bermain air banjir dan Jabatan Bomba dan Penyelamat telah meminta ibu bapa mengawasi anak mereka daripada bermain air kerana khuatir boleh mengundang bahaya.
"Kita bimbang ada yang terjatuh longkang atau terkena renjatan elektrik selain membahayakan kesihatan berikutan air berlumpur," menurut jurucakap bomba.

Mangsa Banjir di Beberapa Negeri Terus Meningkat


Diterbitkan: Rabu, 24 Disember 2014 7:25 PM
Daerah Kemaman kini merupakan antara kawasan paling teruk dilanda banjir sehingga menyebabkan sebahagian daripada Bandar Baru Bukit Mentok ditenggelami air sehingga paras bumbung rumah yang dilihat ketika tinjauan foto Bernama di sini, hari ini. -- foto BERNAMA

KUALA LUMPUR: Keadaan banjir di beberapa buah negeri masih berada pada tahap serius dengan jumlah penduduk yang dipindahkan terus meningkat kepada 65,419 petang ini berbanding 62,836 orang tengah hari Rabu.

Di KELANTAN, jumlah penduduk yang dipindahkan terus bertambah kepada 26,547 orang membabitkan 7,687 buah keluarga pada petang ini berbanding 26,137 orang daripada 7,468 keluarga, tengah hari tadi.

Menurut portal banjir kerajaan negeri, kesemua mereka dipindahkan di 125 buah pusat pemindahan, meningkat lapan buah pusat pemindahan berbanding 117 pusat pada sebelumnya.

Jumlah mangsa banjir tersebut membabitkan sembilan jajahan iaitu Gua Musang, Jeli, Kota Baharu, Kuala Krai, Machang, Pasir Mas, Pasir Puteh, Tanah Merah, dan Tumpat.

Jajahan Pasir Mas paling terjejas apabila menyaksikan seramai 7,776 orang dipindahkan di 30 buah pusat pemindahan diikuti jajahan Gua Musang 6,947 orang yang kini ditempatkan di 14 buah pusat pemindahan pada petang ini (tiada perubahan berbanding tengah hari.

Beberapa jajahan lain mencatatkan peningkatan mangsa yang dipindahkan petang ini antaranya Tumpat, yang meningkat sebanyak 498 orang kepada 4,292 orang mangsa berbanding 3,794 orang yang ditempatkan di 10 pusat pemindahan.

Di Tanah Merah pula jumlah mangsa terus meningkat 104 orang kepada 905 orang berbanding 801 orang tengah hari tadi yang masih ditempatkan di 10 pusat pemindahan.

Machang turut mencatatkan peningkatan kepada 178 orang berbanding 149 orang pada sebelah pagi yang ditempatkan di enam buah pusat pemindahan, selain Jeli yang bertambah kepada 707 orang berbanding 557 orang yang dipindahkan di tiga tempat pemindahan.

Sementara di Kuala Krai, jumlah mereka yang terpaksa berpindah menurun sebanyak 342 kepada 4,864 orang berbanding 5,206 orang pada tengah hari tadi.

Kota Baharu pula, jumlah mangsa kekal 276 orang yang ditempatkan di tiga pusat pemindahan, manakala di Pasir Puteh jumlah mangsa kekal 602 orang yang ditempatkan di lima pusat pemindahan.

DI TERENGGANU, keadaan banjir petang ini tidak banyak berubah dengan jumlah mangsa meningkat sedikit daripada 22,326 pada sebelah pagi kepada 22,372 orang petang ini.

Mengikut stastik portal Majlis Keselamatan Negara (MKN) Terengganu, mangsa di Hulu Terengganu meningkat lebih 90 orang dan di Kuala Terengganu tujuh orang.

Dua pusat pemindahan juga bertambah daripada 116 pada tengah hari tadi kepada 118 petang ini. Keluarga terlibat adalah 5,248 setakat ini.

Kemaman mencatatkan 13,017 orang, Dungun 4,971, Kuala Terengganu 3,089, Hulu Terengganu 753, Besut 383, Marang 115 dan Setiu 44.

Di PAHANG, jumlah mereka yang terpaksa meninggalkan kediaman masing-masing bertambah 1,830 kepada 14,662 orang daripada 3,810 keluarga petang ini berbanding 12,832 orang daripada 2,768 keluarga tengah hari tadi.

Jurucakap Bilik Gerakan Banjir Ibu Pejabat Polis Kontinjen Pahang berkata, mangsa banjir di daerah Kuantan masih mencatatkan jumlah tertinggi 7,823 orang daripada 2,257 keluarga di 34 pusat pemindahan berbanding tujuh lagi daerah yang terlibat.

"Di Maran (2,541 orang daripada 623 keluarga di 18 pusat), Lipis (1,805 orang daripada 379 keluarga di 24 pusat), Jerantut (1,290 orang daripada 273 keluarga di 24 pusat), Pekan (615 orang daripada 150 keluarga di lapan pusat), Temerloh (333 orang daripada 66 keluarga di tujuh pusat), Rompin (247 orang daripada 61 keluarga di tiga pusat) dan Bera (lapan orang daripada satu keluarga di satu pusat)," katanya.

Di PERAK, jumlah mangsa banjir di daerah Hulu Perak dan Kuala Kangsar meningkat kepada 1,650 orang daripada 414 keluarga setakat ini, berbanding 1,030 tengah hari tadi, menurut jurucakap di Bilik Gerakan Banjir Majlis Keselamatan Negara (MKN) Negeri Perak.

Kesemua mereka ditempatkan di 20 buah pusat pemindahan iaitu 12 pusat di Kuala Kangsar yang menempatkan 1,291 orang dan 359 orang di lapan pusat pemindahan di Hulu Perak

Di PERLIS, jumlah penduduk yang dipindahkan meningkat kepada 188 orang sehingga pukul empat petang ini berbanding 175 orang pada pukul 1 tengahari tadi.

Majlis Keselamatan Negara (MKN) Perlis melaporkan mereka yang terdiri daripada 52 buah keluarga ditempatkan di lima pusat pemindahan iaitu di Maktab Rendah Sains MARA (MRSM) Beseri, Dewan Malau, Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK)

Abi, Dewan Beseri Dalam dan Dewan Sri Pilihan.

Sementara itu, di SABAH semua pusat pemindahan yang menempatkan 336 orang sebelum ini ditutup sepenuhnya pada pukul 3.30 petang tadi selepas semua mangsa yang membabitkan 128 keluarga dibenarkan pulang sejak 2 petang.

Dalam pada itu, di Sik, KEDAH, sekurang-kurangnya 30 buah rumah berhampiran beberapa batang sungai di kawasan Belantik dekat sini dinaiki air lebih satu meter selepas air di kedua-dua sungai melimpah sejak 12 tengah hari tadi.

Bagaimanapun, tiada penduduk yang berpindah dan hanya akan berbuat demikian jika paras air terus meningkat, yang didakwa mereka berlaku akibat sungai berkenaan tercemar berikutan kegiatan mengorek pasir di beberapa kawasan tertentu sepanjang dua sungai berkenaan.

Kampung yang paling teruk dilanda banjir adalah Kampung Pinang yang berdekatan Sungai Sok serta Sungai Chempa. Kampung-kampung lain yang terlibat adalah yang terletak berdekatan Sungai Landai dan di sepanjang Sungai Nami.

Dakwaan Darurat Di Kelantan Tidak Benar - Polis


Diterbitkan: Rabu, 24 Disember 2014 3:28 PM

KOTA BAHARU: Dakwaan kononnya negeri Kelantan telah diisytiharkan darurat berikutan keadaan banjir buruk melanda negeri itu adalah tidak benar sama sekali, kata Ketua Polis Kelantan Datuk Mazlan Lazim.
"Kita belum isytihar apa-apa setakat ini, bagaimanapun masyarakat perlu berjaga-jaga.
"Pihak polis sedang bertungkus-lumus membantu mangsa banjir dan usaha menyelamat mangsa sedang giat dijalankan oleh semua agensi kerajaan berkaitan," katanya kepada pemberita di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kelantan di sini, rabu.
Beliau menegaskan keadaan banjir di Kelantan masih lagi terkawal.
Katanya setakat ini, jalan untuk ke negeri Kelantan hanya boleh dilalui menggunakan udara manakala laluan darat melalui Terengganu.
Mazlan berkata masyarakat perlu berhenti menyebarkan maklumat palsu berkaitan banjir di negeri itu kerana ia hanya akan memburukkan lagi keadaan.
"Orang ramai mengambil peluang membuat maklumat palsu dan kita menasihatkan supaya tidak mengeruhkan lagi keadaan sedia ada," katanya.
Beliau berkata pihaknya juga menggunakan helikopter untuk menyelamatkan mangsa banjir yang masih terperangkap di Kuala Krai.
"Helikopter sedang digunakan untuk memantau mangsa banjir yang terperangkap dan ia juga menunjukkan arah kedudukan mangsa kepada bot penyelamat.
"Jadi orang ramai perlu memberi isyarat seperti mengibarkan kain atau apa-apa sahaja kepada pihak berkuasa bagi memudahkan proses menyelamat," katanya sambil menambah bot-bot juga ditempatkan di kawasan tertentu.

Kuala Kangsar Dilanda Banjir Buruk


Diterbitkan: Rabu, 24 Disember 2014 9:33 PM
Bangunan perniagaan di Arena Kuala Kangsar semakin ditenggelami air akibat limpahan air Sungai Perak yang berlaku di sekitar tebing Bandar Kuala Kangsar di sini, hari ini. Dijangka paras air di kawasan terlibat akan terus meningkat berikutan pelepasan air dari Empangan Chenderoh. --fotoBERNAMA

KUALA KANGSAR: Bandar Kuala Kangsar di sini seakan-akan berlangsungnya 'pesta' apabila menjadi tumpuan ramai terutama penduduk setempat yang mahu melihat insiden banjir yang berlaku di sekitar Arena Square yang terletak berhampiran Sungai Perak, setelah dinaiki air lebih 2 meter, semalam.

Masing-masing menggunakan telefon pintar selain kamera untuk merakamkan kejadian itu yang dianggap antara terburuk dalam sejarah Kuala Kangsar.

Laluan di tengah-tengah bandar turut sesak dengan lalu lintas pelbagai kenderaan termasuk yang diletakkan di pinggir-pinggir jalan utama.

Cakap-cakap kononnya banjir itu akan mencecah sehingga paras separuh menara jam yang terletak di tengah-tengah bandar menjadi buah mulut orang ramai yang hadir di sekitar kawasan Dataran Sungai Perak Indah di sini.

Menara jam tersebut terletak di kawasan bulatan yang menghubungkan lima laluan iaitu Jalan Kangsar, Jalan Daeng Selili, Jalan Taiping, Jalan Istana dan Jalan Shahbandar.

Ia menjadi antara mercu tanda Kuala Kangsar Bandar Diraja serta kebanggaan warga tempatan.

Para peniaga turut sibuk mengemas dan memasukkan pelbagai barangan jualan antaranya perabot, alat ganti motosikal, produk kecantikan, basikal dan perkakasan ke dalam lori untuk dipindahkan ke tempat lebih selamat.

Mereka dibantu para pekerja, anggota keluarga dan sahabat handai.

Peperiksaan akhir bagi para penuntut Kolej Komuniti Kuala Kangsar bagi semester kali ini terpaksa ditunda ke satu tarikh yang ditentukan kemudian apabila separuh daripada bangunan tiga tingkat kolej yang berada dalam deretan lot kedai di sini, telah ditenggelami banjir.

Nurliyana Ahmad Zaizi, 19, yang menuntut bidang pastri berkata sepatutnya peperiksaan akhir mereka bermula hari ini pada 9 pagi.


"Dapur kelas di bahagian bawah sudah ditenggelami banjir, habis barang-barang seperti penyejuk, oven dan bahan-bahan mentah untuk kelas 'baking' juga musnah, memang tak sempat nak keluarkan dari kelas," katanya.

Pensyarahnya, Ruslina Yusoff, 33, pula berkata kesemua barang-barang yang boleh diselamatkan sedang dipindahkan ke Kolej Komuniti Chenderoh dengan bantuan para penuntut dan kakitangan.

Peniaga perabot Loh Man Mun, 60, berkata sejak beliau meniaga di pekan itu 40 tahun lepas, ada beberapa kejadian banjir yang buruk seperti pada 1967, namun kisah itu semakin dilupakan.

"Tapi, banjir kali ini ia mengingkatkan saya semula, tambahan pula apabila ada cakap-cakap air boleh naik sampai mencecah paras setengah menara jam besar," katanya yang sibuk mengangkat barangan perabot jualannya ke dalam lori untuk dipindahkan ke kediamannya di Bukit Chandan.

Walaupun banjir belum mencecah sampai ke kedainya, beliau tidak mahu mengambil risiko kerugian yang lebih teruk dan telah meminta anggota keluarga serta sahabat handai membantunya memindahkan barangan jualan, katanya.

Sementara itu peniaga barangan kosmetik dan herba, Aziah Mat Bahak, 45, yang juga sedang memindahkan produk jualannya berkata air Sungai Perak yang terletak berhampiran lot kedainya mula naik pada 1 petang semalam.

"Dalam tempoh tidak meniaga ini memang akan rugi, tapi yang penting saya bersyukur kerana diri, keluarga dan orang ramai selamat, itu yang paling saya bersyukur. Pelanggan saya mungkin akan beli di satu lagi kedai saya, setakat ini kedai berada di kawasan selamat," katanya.

Beliau berkata insiden banjir kali ini paling buruk.

"Kita mula pindahkan barang ke bahagian atas, yang kita jadikan stor. Bekalan elektrik pun telah dipotong sementara sejak malam tadi," katanya.

Kejadian banjir terburuk pernah berlaku di Kuala Kangsar pada awal tahun 1967 dan kali terakhir pada penghujung 1993.

325 Buruh Terbunuh Untuk Siapkan Venue Piala Dunia Qatar 2022


Diterbitkan: Rabu, 24 Disember 2014 10:24 AM

DISEBALIK kemewahan infrastruktur Piala dunia 2022 di Qatar yang sedang dibangunkan ketika ini, satu sejarah ngeri akan turut terpalit apabila venue itu disapkan nanti.
The artists' impressions of Qatar's 2022 World Cup venues, like the Qatar Foundation Stadium, are impressive – but criticism over treatment of migrant workers has dogged the development.
Hal ini kerana, bagi menyiapkan stadium dan bangunan mewah sempena sukan nombor satu dunia itu, seramai 325 buruh warga asing dilaporkan meninggal dunia sejak Januari tahun lalu hingga pertengahan November tahun ini.
Daripada jumlah itu, kadar purata satu kematian bagi setiap dua hari dilaporkan telah berlaku.
Khalifa Stadium in Doha is one location undergoing complete renovation in preparation to host some of the matches for the 2022 World Cup in Qatar.
Sepanjang tahun ini sahaja seramai 157 buruh warga asing terbunuh akibat serangan jantung, kemalangan di lokasi pembinaan dan suhu panas yang mencecah 50 darjah Celsius, manakala 168 lagi dilaporkan maut pada tahun lalu.
Warga asing yang terbunuh terdiri daripada warga Nepal, Sri Lanka,  dan India.
The mistreatment of migrant workers, including the late or non-payment of wages, poor quality accommodation and the lack of the freedom to change jobs or leave the country, has attracted severe criticism from human rights groups.
Penyelidik Pertubuhan Hak Asasi Manusia, Nicholas McGeehan berkata, jumlah kematian yang tinggi itu berpunca daripada cuaca panas dan kerja melebihi masa.
Pertubuhan itu juga mendesak Qatar bertanggungjawab terhadap kematian tersebut, termasuk kembali mengikut undang-undang buruh seperti yang ditetapkan.
Bagaimanapun Qatar dikatakan tidak mempedulikan nasib pekerja asing itu selepas desakan dibuat pada tahun lalu.
migrant qatar


 
Tags / Kata Kunci:

Wanita Tibet Bakar Diri Sendiri Di China


Diterbitkan: Selasa, 23 Disember 2014 1:59 PM
Penunjuk perasaan yang membantah pemerintahan kerajaan China di Tibet, mengadakan bantahan di Brisbane, Australia pada 15 November lalu. Foto AP

BEIJING: Seorang wanita warga Tibet membakar dirinya sendiri sehingga mati pada Selasa dalam satu kejadian bagi membantah terhadap pemerintahan China di wilayah Banjaran Himalaya itu.
Tsepe Kyi membakar dirinya sendiri di tengah bandar di daerah Ngaba, di barat daya Sichuan, kata Free Tibet dan Radio Free Asia (RFA).
Wanita berusia 20 tahun itu membakar dirinya sendiri sebagai bantahan terhadap dasar China yang menindas," kata RFA dalam satu laporan pada Selasa, sambil merujuk sumber tempatan.
Tsepe tinggal bersama ibu bapanya yang hidup berpindah-randah dan abangnya telah ditahan polis berikutan kematiannya, kata RFA yang merujuk sumber tempatan.
Menurut Kempen Antarabangsa untuk Tibet (ICT), bantahan itu merupakan kejadian yang kedua pada bulan ini selepas seorang bapa kepada dua anak di bandar yang sama membakar dirinya sendiri sehingga mati.
Lebih 130 kes melibatkan warga Tibet membakar dirinya sendiri di China sejak 2009, dengan kebanyakannya mengakibatkan kematian, kata ICT dan RFA.

Bekas Bintang Leeds, Burnley Dan QPR Parah Dirempuh Lori


Diterbitkan: Selasa, 23 Disember 2014 8:55 AM

BEKAS pemain kelab bola sepak Leeds United, Burnley dan QPR iaitu Clarke Carlisle mengalami kecederaan parah selepas dirempuh sebuah lori ketika berjalan.
Carlisle yang bakal menjawat jawatan sebagai Pengerusi Persatuan Pemain Bola Sepak Profesional terpaksa diterbangkan ke Hospital Leeds untuk menerima rawatan.
Ketika kejadian pada pukul 7.30 pagi itu, Carlisle dilapor sedang berjalan di A64, North Yorkshire sebelum dirempuh sebuah lori.
Akibat rempuhan itu Carlisle mengalami kecederaan parah dan sedang diselamatkan oleh pasukan perubatan.
Clarke Carlisle is the first Premier League player to appear on TV's Countdown
Siasatan polis setakat ini belum dapat mengenalpasti punca rempuhan dan enggan membuat sebarang kesimpulan jika ia melibatkan karier Carlisle.
Sementara itu, pelbagai pihak termasuk FA England menghantar ucapan selamat kepada Carlisle menerusi laman sosial Twitter miliknya.

19 Mangsa Diselamatkan, Enam Mangsa Masih Hilang di Gunung Gagau


Diterbitkan: Rabu, 24 Disember 2014 9:25 PM

HULU TERENGGANU: Lima belas kakitangan Jabatan Ukur dan Pemetaan Malaysia (Jupem) dan empat anggota Pasukan Gerakan Am (PGA) dibawa keluar dari kaki Gunung Gagau dekat Tasik Kenyir, pada 3.45 petang tadi, manakala enam lagi masih hilang.

Timbalan Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Terengganu Nor Mahathir Muhamad berkata mangsa yang masih hilang itu dipercayai terpisah dengan kumpulan yang ditemui hari ini kerana menggunakan laluan berbeza untuk keluar dari kawasan berkenaan.

"Enam mangsa yang belum dijumpai itu dipercayai bergerak menggunakan laluan lain ke arah Tasik Kenyir, namun kami yakin mereka tidak jauh dari tempat kumpulan hari ini ditemui," katanya ketika dihubungi Bernama di sini hari ini.

Beliau berkata semua mangsa yang diselamatkan itu berada dalam keadaan sihat dan dibawa ke Hospital Hulu Terengganu untuk rawatan lanjut.

Kumpulan Jupem dan PGA yang terbahagi kepada dua kumpulan, memasuki kawasan pergunungan itu pada 5 Dis lepas untuk melakukan kerja-kerja mengukur sempadan Terengganu/Kelantan dan menyiapkan tugasan pada 14 Dis, sebelum dijadual pulang pada 19 Dis.

Namun, cuaca buruk menyebabkan helikopter untuk membawa mereka pulang tidak dapat mendarat.

Pada Isnin lepas, 26 orang yang terdiri daripada 22 petugas Seksyen Topografi Jupem serta empat anggota PGA, diselamatkan setelah mereka terkandas selama empat hari di puncak Gunung Gagau.

Nor Mahathir berkata operasi menyelamat mangsa yang masih hilang itu akan diteruskan esok, berikutan cuaca buruk, laluan licin serta arus deras di hulu Tasik Kenyir hari ini.

"Kita akan teruskan operasi melalui laluan air dan darat esok. Kita tidak dapat melakukan operasi melalui udara kerana cuaca buruk ketika ini," katanya.

Mayat Lelaki Terdampar Di Pulau Kapas


Diterbitkan: Selasa, 23 Disember 2014 4:21 PM

KUALA TERENGGANU: Mayat seorang lelaki yang masih lengkap berpakaian ditemui terdampar di pesisir Pulau Kapas pada Isnin.
Ketua Polis Daerah Kuala Terengganu ACP Idris Abd Rafar berkata penemuan mayat itu disyaki mempunyai kaitan dengan remaja yang hilang di muara sungai Kuala Ibai lebih seminggu lalu.
Katanya mayat berkenaan ditemui kira-kira pukul 3.20 petang semalam oleh orang awam sebelum dibawa balik ke sini oleh lapan anggota Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) dari Daerah Maritim Kuala Terengganu (DM9) serta lima anggota Jabatan Bomba dan Penyelamat Kuala Terengganu.
Katanya mayat berkenaan dibawa ke jeti DM9 di Pulau Kambing pada kira-kira jam 10.35 malam tadi dan diserahkan kepada polis.
"Hasil pengecaman yang dilakukan oleh keluarga mangsa berdasarkan pakaian tersebut kita percaya ia mangsa yang lemas di Kuala Ibai namun siasatan lanjut masih dijalankan," katanya.
Pada 14 Dis lalu, dalam kejadian kira-kira jam 2.30 petang, seorang remaja Muhamad Amiro, dari Binjai Rendah, Marang, dipercayai hilang selepas dibawa arus deras ketika mandi di muara sungai di Taman Rekreasi Kuala Ibai, di sini.

Budak 12 Tahun Maut Akibat Denggi Dan Kencing Tikus


Diterbitkan: Selasa, 23 Disember 2014 12:46 PM

MELAKA: Seorang kanak-kanak berusia 12 tahun yang meninggal dunia di sini pada Isnin akibat demam denggi juga didapati positif leptospirosis atau penyakit kencing tikus, kata Pengarah Hospital Melaka Datuk Dr Za'aba Baba pada Selasa.
Umar Abd Qayyum Yassir Arafat dari Tampin, Negeri Sembilan meninggal dunia di hospital itu pada 6.12 petang semalam, katanya, sambil menambah kanak-kanak itu dimasukkan ke hospital itu pada 10.15 malam Ahad lepas.
"Sebab kematian kerana denggi sekunder yang teruk dengan pendarahan akibat kejutan dan kegagalan organ yang pelbagai...pesakit juga positif leptospirosis," katanya kepada pemberita di sini.
Beliau juga berkata siasatan masih dijalankan.

Syabu Bernilai RM5.2 Juta Dirampas Di Ladang Kelapa Sawit


Diterbitkan: Selasa, 23 Disember 2014 4:25 PM

MELAKA: Pasukan Khas Taktikal dan Perisikan Narkotik (STING) bersama polis Melaka merampas syabu dengan nilai pasaran RM5.2 juta dalam serbuan di sebuah makmal haram di Kampung Bukit Tinggi, Jasin pada Isnin.
Timbalan Ketua Polis Melaka, SAC Mohd Shahrizan Che Mat Din berkata dalam serbuan ke atas sebuah rumah di kawasan ladang kelapa sawit itu, polis merampas 38.98 kg (38,980 gram) cecair berwarna perang dan ketulan kristal dipercayai dadah jenis syabu.
"Dengan jumlah yang banyak ini, kita percaya dadah ini untuk pasaran seluruh negara dan tidak menolak kemungkinan untuk pasaran antarabangsa juga," katanya pada sidang media di sini, Selasa.
Beliau berkata turut dirampas dalam serbuan itu ialah bahan kimia berupa asid hidroklorik, ethanol dan acetone serta peralatan memproses dadah seperti dapur gas.
Katanya polis turut menahan dua lelaki tempatan yang masing-masing berusia 41 dan 29 tahun, juga seorang lelaki warganegara India berusia 31 tahun bagi membantu siasatan.
Mohd Shahrizan berkata warga tempatan berusia 41 tahun itu yang bekerja sebagai pemandu lori mempunyai rekod lampau dalam jenayah membabitkan samun, manakala seorang lagi warga tempatan yang bekerja sebagai pemandu teksi dan warga India itu yang bekerja di ladang tidak mempunyai rekod jenayah.
"Siasatan masih dijalankan sama ada operasi (makmal dadah) ini mempunyai kaitan dengan sindiket lebih besar dan kita juga masih menyiasat di mana mereka memperolehi bahan mentah untuk menghasilkan syabu," katanya.
Beliau berkata semua yang ditahan itu direman sehingga Isnin ini bagi membantu siasatan dan kes disiasat di bawah Seksyen 39(B) Akta Dadah Berbahaya 1952.