Search This Blog

Saturday, December 20, 2014

Sebar dakyah terang-terangan


Oleh Yusmizal Dolah Aling dan Muhammad Saufi Hassan

am@hmetro.com.my
Kuala Lumpur : “Hai bangsa Malaysia, aku berlepas diri dari kamu, fahaman kamu, ideologi kamu, aku kafir kepada kamu.” Itu adalah antara ikrar baru pengikut Millah Abraham yang dipercayai memasuki fasa baru dengan sebar dakyah secara terang-terangan.
Ia adalah perkembangan terkini penyebaran ajaran sesat itu yang memasuki fasa dakwah secara terbuka biarpun sudah digempur pihak berkuasa baru-baru ini.
Pendedahan itu dibuat jurucakap Persatuan Penyebaran Islam Antarabangsa Malaysia (IPSI) Noor Mohamed Mohd Yousuf selepas mendapat maklumat terkini mengenai perkembangan dakyah songsang berkenaan daripada seorang ahli keluarga pengikut terbabit.
Katanya, satu program bersaksi akan dijalankan sekitar Disember ini untuk melafazkan ikrar baru ajaran itu dan satu gerakan lebih agresif untuk menambah pengikut yang taat kepada nabi baru dari negara jiran.
Menurutnya, dalam majlis lafaz ikrar itu, pengikut akan diberi penerangan mengenai sistem yang dibawa Millah Abraham yang merangkumi pentadbiran dan pengurusan negara kononnya selepas mengambil alih pemerintahan negara nanti.
“Parti politik hari ini disifatkan sebagai berhala kecil, manakala pemerintah dirujuk sebagai berhala besar.
“Mereka ini tidak akan tunduk kepada mana-mana sekatan pihak berkuasa kerana yakin dengan ajaran itu selain mempunyai dana yang kukuh untuk membiayai pergerakan mereka,” katanya, semalam.
Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.
Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 20 Disember 2014 @ 5:17 AM
- See more at: http://www.hmetro.com.my/node/17703#sthash.fAueTIBW.dpuf

Penduduk tipu jadi mangsa banjir untuk dapat bantuan

KUANTAN: Segelintir penduduk di Parlimen Paya Besar dikesan melakukan penipuan dengan sengaja mendaftar di pusat pemindahan banjir semata-mata untuk mendapatkan bantuan, kata Ketua Umno Bahagian Paya Besar, Datuk Abdul Manan Ismail.
Beliau menyifatkan perbuatan itu sebagai tidak bertanggungjawab kerana mereka sebenarnya tidak berhak mendapat bantuan berkenaan.
"Saya kesal dan kecewa selepas dimaklumkan ada penduduk yang cuba mengambil kesempatan dengan mendaftar sebagai mangsa banjir di pusat pemindahan sedangkan kawasan serta rumah mereka langsung tidak dinaiki air.
"Mereka harus bersikap jujur serta amanah dan jangan main-main dengan perkara seperti ini. Kasihan kepada mangsa banjir yang benar-benar memerlukan bantuan," katanya.
Beliau berkata demikian kepada pemberita ketika ditemui di pusat pemindahan banjir di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Pandan, yang menempatkan 893 mangsa daripada 238 keluarga, di sini hari ini.
Abdul Manan yang juga anggota Parlimen Paya Besar turut menafikan tohmahan pembangkang yang mendakwa Umno bahagian berkenaan menghalang mereka masuk dan memberi bantuan kepada mangsa banjir di pusat pemindahan di sini.
"Tuduhan itu tidak berasas, mereka cuma diminta memberi bantuan melalui saluran yang betul dengan menyerahkan sumbangan berupa makanan dan sebagainya kepada urus setia dan jawatankuasa bertugas sebelum diagihkan kepada mangsa banjir.
"Sumbangan itu perlu diagihkan sama rata tanpa memilih siapa yang sokong siapa. Itu lebih adil," katanya.
Sementara itu, Abdul Manan berkata kesemua penduduk yang ditempatkan di sini, dijangka dibenarkan pulang petang ini memandangkan air di kawasan kediaman mangsa yang terlibat telah surut.
Bagaimanapun, beliau berkata pusat pemindahan itu akan sentiasa dibuka jika banjir kembali melanda kawasan berkenaan. - BERNAMA

7 jam terperangkap


Jertih: Empat sekeluarga terperangkap hampir tujuh jam dalam kejadian banjir di jalan Padang Tapong ke Lata Tembakah sebelum diselamatkan pasukan penyelamat jam 3.30 pagi, semalam.
Mangsa, Mohd Zain Ismail, 45, kakitangan Syarikat Air Terengganu (SATU) bersama isteri, Noraini Ishak, 40, dan dua anaknya berusia 12 dan 13 tahun terperangkap apabila jalan utama ke Hulu Besut terputus akibat ditenggelami air.
Mohd Zain berkata, sebelum kejadian mereka sekeluarga dari bandar Jertih sebelum melalui jalan berkenaan untuk pulang ke rumahnya di Kampung Padang Bual, dekat sini.
“Saya memilih jalan ini kerana jalan utama Jertih ke rumah saya melalui Alor Keladi dinaiki air di Kampung Jerbun. Malangnya, selepas lapan kilometer, Proton Waja dinaiki kami tidak boleh melalui jalan itu kerana banjir.
“Saya mengambil keputusan berpatah balik ke arah Padang Luas, tetapi jalan yang boleh dilalui sebelum ini ditenggelami air menyebabkan kami tidak boleh ke mana-mana,” katanya yang bertugas di Loji Rawatan Bukit Bunga berhampiran kediamannya.
Menurutnya, dia cuba meredah air yang menenggelami jalan berkenaan, bagaimanapun enjin keretanya tiba-tiba terhenti menyebabkan mereka berempat menolak kereta ke tempat lebih tinggi.
Bagaimanapun, katanya, pada jam 3.30 pagi, dia sekeluarga terdengar enjin bot dan berasa bersyukur apabila menyedari tiga anggota Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM) datang untuk menyelamatkan mereka ke pusat pemindahan di Kampung Padang Tapong.
Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 20 Disember 2014 @ 5:21 AM
- See more at: http://www.hmetro.com.my/node/17724#sthash.XZqyo0nv.dpuf

Seorang maut, 6 parah trak tentera terbalik di Lahad Datu


LAHAD DATU: Seorang anggota tentera maut, enam lagi parah selepas trak yang dinaiki mereka terbalik di Jalan Tengah Nipah, dekat Kampung Biuang, pagi tadi.
Dalam kejadian kira-kira jam 10.45 pagi itu, trak membawa 23 anggota daripada 17 Rejimen Askar Melayu Diraja (RAMD) dari Kem Cenderawasih di sini, dalam perjalanan ke Sandakan untuk menjalankan rondaan keselamatan.
Anggota tentera yang maut ialah Koperal Farouk Bahar, 29, dari Yong Peng, Johor yang meninggal dunia ketika perjalanan ke Hospital Lahad Datu akibat kecederaan parah di beberapa bahagian badan.
Mayat mangsa kemudian dipindahkan ke Hospital Tawau menggunakan pesawat Nuri untuk bedah siasat, manakala enam anggota tentera yang parah dirawat di Hospital Lahad Datu kini dilaporkan stabil.
Ketua Polis Daerah Lahad Datu, Asisten Komisioner Hamzah Ahmad, berkata ketika kejadian trak berkenaan dipercayai gagal dikawal sebaik memasuki semula lorong asalnya selepas memotong sebuah kenderaan lain menyebabkannya terbabas ke dalam parit lalu terbalik.
"Kemalangan itu menyebabkan bumbung trak berkenaan mengalami kerosakan yang teruk," katanya.

Seorang maut, 7 cedera nahas di Lebuhraya Elite

SABTU, 20 DISEMBER 2014 @ 7:00 PM


PUTRAJAYA: Seorang lelaki maut manakala tujuh yang lain cedera apabila kereta yang dipandu hilang kawalan sebelum terbabas, lalu merempuh dua kenderaan lain di Kilometer 31.5 Lebuhraya Elite pada 9.30 malam tadi. Ketua Polis Daerah Sepang, Asisten Komisioner Mohd Yusoff Awang, berkata mangsa, S Emmanuel Sletrbern, 21, berasal dari Rembau, Negeri Sembilan yang dalam perjalanan dari Nilai menghala ke Shah Alam maut di tempat kejadian.

"Kejadian berlaku apabila kereta yang dipandunya hilang kawalan sebelum terbabas ke kiri jalan, lalu merempuh van persiaran dan sebuah kenderaan pelbagai guna yang sedang melalui susur masuk dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) ke Lebuhraya Elite," katanya ketika dihubungi di sini, hari ini.

Mohd Yusoff berkata, mayat mangsa dibawa ke Hospital Putrajaya untuk bedah siasat dan sudah dituntut keluarga, manakala mangsa lain yang cedera dan ditempatkan di hospital yang sama sudah dibenarkan pulang. Katanya, kes itu disiasat mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987.

- BERNAMA

Seorang maut, 7 cedera nahas di Lebuhraya Elite

SABTU, 20 DISEMBER 2014 @ 7:00 PM

 
PUTRAJAYA: Seorang lelaki maut manakala tujuh yang lain cedera apabila kereta yang dipandu hilang kawalan sebelum terbabas, lalu merempuh dua kenderaan lain di Kilometer 31.5 Lebuhraya Elite pada 9.30 malam tadi. Ketua Polis Daerah Sepang, Asisten Komisioner Mohd Yusoff Awang, berkata mangsa, S Emmanuel Sletrbern, 21, berasal dari Rembau, Negeri Sembilan yang dalam perjalanan dari Nilai menghala ke Shah Alam maut di tempat kejadian.

"Kejadian berlaku apabila kereta yang dipandunya hilang kawalan sebelum terbabas ke kiri jalan, lalu merempuh van persiaran dan sebuah kenderaan pelbagai guna yang sedang melalui susur masuk dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) ke Lebuhraya Elite," katanya ketika dihubungi di sini, hari ini.

Mohd Yusoff berkata, mayat mangsa dibawa ke Hospital Putrajaya untuk bedah siasat dan sudah dituntut keluarga, manakala mangsa lain yang cedera dan ditempatkan di hospital yang sama sudah dibenarkan pulang. Katanya, kes itu disiasat mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987.

- BERNAMA

Suami seterika muka isteri


Kuala Lumpur: Bukan sahaja dibelasah malah seorang wanita cedera selepas mukanya ditekap dengan seterika panas oleh suami.
Dalam kejadian kira-kira jam 10 malam kelmarin, mangsa berusia 29 tahun diserang suami ketika berada di kediaman mereka di Jinjang di sini.
Sumber berkata, suami mangsa dikatakan mengamuk selepas mereka berselisih faham berhubung isu kecil.
“Pertengkaran bertukar ganas apabila suami mangsa gagal mengawal kemarahan sebelum bertindak menghamburkan kata-kata kesat.
“Suspek kemudian bertindak menampar dan menumbuk muka isterinya itu berulang kali,” katanya.
Tidak cukup dengan itu, suspek turut bertindak kasar menendang isterinya itu dan menolak mangsa hingga jatuh sebelum diludah.
“Malah suspek yang bagaikan dirasuk setan turut mengambil seterika yang masih panas dan cuba menekap alat itu ke muka isterinya.
“Suspek yang puas membelasah isterinya kemudian melarikan diri sejurus selepas kejadian. Akibat kejadian itu mangsa lebam di muka dan seluruh badan,” katanya.
Bimbang kejadian sama berulang mangsa tampil membuat laporan di Balai Polis Jinjang di sini, untuk tindakan selanjutnya.
Sementara itu, jurucakap polis mengesahkan menerima laporan berhubung kejadian berkenaan dan siasatan lanjut sedang dijalankan.
Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 20 Disember 2014 @ 5:17 AM
- See more at: http://www.hmetro.com.my/node/17704#sthash.26LWPPXj.dpuf

Badan dihempap ketika tidur

Oleh Mohamad Hussin

mohamad@hmetro.com.my

Alor Setar: "Saya merayu kepada perompak terbabit supaya jangan mengapa-apakan saya. Kalau nak barang ambil saja, tetapi dia bertindak ganas lalu mencekik leher dan menekup muka saya dengan bantal."
Begitu kata Nur Amira Asaari, 22, yang mengalami kecederaan di dada, tangan kiri dan retak tulang lengan kiri dalam kejadian samun di rumahnya di Taman Harapan, Kuala Kedah, di sini, kelmarin.
Dalam kejadian jam 3.30 pagi, ibu mangsa, Ardiana Ahmad Kamil, 45, yang cedera parah di bahagian perut akibat ditikam kini masih menerima rawatan di Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Sultanah Bahiyah (HSB), di sini, dan keadaannya dilaporkan stabil.
Menceritakan semula detik cemas itu, Nur Amira berkata, pada mulanya dia menyangkakan bermimpi apabila badan berasa terlalu sakit seolah-olah ada benda yang menghempap.
"Saya dalam keadaan 'mamai' terkejut kerana melihat ada seorang lelaki yang menghempap badan saya ketika tidur.
Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.
Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 20 Disember 2014 @ 5:25 AM


NUR Amira
- See more at: http://www.hmetro.com.my/node/17740#sthash.T1nn708a.dpuf

Telefon sebelum bunuh


Oleh Mohamad Azim Fitri Abd Aziz

azimfitri@mediaprima.com.my
Gombak: Seorang bekas pekerja ladang sempat membuat panggilan telefon kepada ibu saudaranya sebelum ditemui mati ditetak di seluruh tubuh.

Dalam kejadian jam 3 petang semalam, mayat mangsa berusia 44 tahun ditemui di Batu Arang di sini, oleh seorang pengawal ladang dalam keadaan berlumuran darah.

Sumber polis berkata, mangsa sebelum itu ada menghubungi ibu saudaranya yang bekerja di ladang berkenaan pada jam 1.30 petang serta memberitahu mahu menjemput pulang wanita itu.

Menurutnya, mangsa dikatakan tiba awal ke ladang berkenaan, namun terpaksa menunggu sehingga jam 5 petang berikutan ibu saudaranya belum habis bekerja.

“Mangsa kemudian mengambil keputusan untuk memancing ikan di sebuah kolam berhampiran ladang berkenaan.

“Bagaimanapun mangsa kemudian ditemui mati oleh pengawal keselamatan di ladang itu. Mangsa dipercayai mati selepas ditetak di bahagian belakang kepala,” katanya.

Menurutnya, mangsa turut ditetak ditubuh dipercayai dilakukan lebih dari seorang suspek.

“Mangsa tidak mempunyai sebarang pekerjaan sebaik berhenti kerja di ladang kelapa sawit berkenaan,” katanya.

Sementara itu Ketua Polis Daerah Gombak Asisten Komisioner Ali Ahmad ketika dihubungi mengesahkan kejadian bunuh itu dan berkata pihaknya sedang memburu suspek berdasarkan maklumat forensik dan keterangan saksi.

Beliau berkata, mayat mangsa kini dihantar ke Hospital Selayang untuk bedah siasat dan kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh.

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 20 Disember 2014 @ 5:21 AM

20 pelajar sekolah positif dadah di Melaka


18 Disember 2014


MELAKA - Seramai 20 pelajar sekolah menengah di negeri ini didapati terlibat dengan penyalahgunaan dadah hasil ujian air kencing yang dijalankan Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK) Melaka sepanjang Januari hingga November tahun ini.

Pengarahnya Dayang Siti Rohani Sedan berkata pihaknya telah menjalankan ujian air kencing terhadap 1,000 pelajar sekolah di seluruh negeri itu dengan 20 daripadanya didapati positif dadah.

"AADK membantu menjalankan pemeriksaan air kencing atas permintaan sekolah dan kesemua pelajar yang didapati positif dadah diserahkan kepada sekolah masing-masing untuk tindakan selanjutnya," katanya kepada Bernama di sini, hari ini.

Beliau berkata sepanjang tempoh itu juga, kira-kira 50 pelajar institusi pengajian tinggi awam dan swasta selain 10 penjawat awam turut didapati terlibat dalam penyalahgunaan dadah.

Dayang Siti Rohani berkata sepanjang tempoh itu, AADK telah menjalankan sebanyak 706 program melibatkan pencegahan dan kesedaran selain 174 operasi penguatkuasaan.  - Bernama

Wanita Thai cedera terjatuh dari bangunan


GOKINA MORGANAN
20 Disember 2014


GEORGETOWN - Seorang wanita warga Thailand cedera dipercayai terjatuh dari sebuah flat di Air Itam, di sini, hari ini.

Dalam kejadian kira- kira jam 1.30 pagi semalam, wanita berusia 37 tahun itu dijumpai terbaring dekat parkir kereta di hadapan flat berkenaan oleh orang ramai.

Menurut sumber, mangsa dipercayai mengalami tekanan mental berikutan sering murung dan tidak pergi kerja.

Ketika kejadian, mangsa didapati terjatuh dari bangunan tanpa pakaian.

Orang ramai kemudian menghubungi ambulans untuk membawa mangsa mendapat rawatan susulan di Hospital Pulau Pinang.

Sumber itu berkata, wanita terbabit dipercayai mengalami kecederaan di jari kanan.

Siasatan awal polis mendapati mangsa tinggal bersama seorang lelaki lebih sebulan lalu dengan anak perempuan berusia setahun.

Terkapai-kapai sebelum hanyut


Lokasi mangsa dikatakan hanyut ketika cuba mengambil sebuah tong di tebing sungai.
Lokasi mangsa dikatakan hanyut ketika cuba mengambil sebuah tong di tebing sungai.
BATU GAJAH – Seorang warga emas dikhuatiri lemas selepas terjatuh ke dalam Sungai Kinta berhampiran Kampung Bakap Baru, di sini, semalam.

Menurut saksi, ketika kejadian pada jam 10 pagi itu, Hasyim Hamzah, 62, dipercayai hanyut selepas cuba mengambil sebuah tong di tebing sungai terbabit.

‘Saya nampak ada tangan terkapai-kapai sebelum tenggelam dalam sungai itu," katanya ketika ditemui di lokasi kejadian semalam.

Sementara itu, anak mangsa, Muhd Ikmal Hasyim, 22, berkata, ahli keluarganya terkejut dengan insiden itu kerana bapanya sudah biasa dengan keadaan laluan dan sungai itu.

“Ayah seorang yang lasak dan tahu selok-belok kawasan ini kerana setiap hari dia lalu di situ.

"Tetapi tak sangka pula hari ini (semalam), dia berani turun ke sungai,” katanya.

Muhd Ikmal yang dimaklumkan kejadian itu pada jam 11 pagi oleh penduduk kampung berharap ayahnya segera ditemui namun reda dengan kemungkinan yang berlaku.

“Tadi saya dan abang turun ke sungai untuk cari, tapi nasib tak menyebelahi kami, ada penduduk yang memancing di sungai ni nampak ayah saya sudah hanyut dan tenggelam, sebelum mereka segera buat laporan polis,” katanya.

Ketua Operasi Balai Bomba dan Penyelamat Batu Gajah, Mohd Shakir Abdullah berkata, operasi mencari dan menyelamat mangsa dimulakan sekitar jam 6 petang semalam dengan menggunakan tiga bot.

Menurutnya, operasi mencari dan menyelamat tertumpu di kawasan benteng pokok dan kayu yang menjadi lokasi timbunan sampah.

“Berdasarkan keterangan saksi, mereka nampak mangsa hanyut selepas gagal mengambil tong di tepi sungai ini,” katanya.

Setakat jam 7 petang, semalam mangsa belum ditemui dan operasi mencari menyelamatkan mangsa masih diteruskan.

Van terbakar di Lebuhraya Plus


Sebuah van musnah terbakar di KM 263.1 Lebuhraya Plus arah utara petang kelmarin.
Sebuah van musnah terbakar di KM 263.1 Lebuhraya Plus arah utara petang kelmarin.
IPOH - Pengguna Lebuhraya Utara Selatan (Plus) dekat sini dikejutkan dengan insiden sebuah van terbakar di lebuh raya itu petang kelmarin.

Kejadian pada kira-kira jam 7.45 petang di Kilometer (KM) 263.1 arah utara itu bagaimanapun tidak melibatkan sebarang kecederaan atau kemalangan jiwa.

Anggota Balai Bomba dan Penyelamat Meru Raya dikejarkan ke lokasi kejadian sebaik menerima panggilan orang awam.

Anggota bomba berjaya mengawal api yang membakar Van jenis Kia Prego itu.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat, Norazlina Robak’aee berkata, bomba yang tiba di tempat kejadian menggunakan satu aliran hos reel sehingga api padam sepenuhnya.

“Van itu dalam perjalanan dari Melaka ke Pulau Pinang, namun tiada mangsa di lokasi kejadian. Punca kejadian masih disiasat,” katanya.

Dua rakan sekerja maut nahas babit 5 kenderaan


Dua rakan sekerja maut dalam kemalangan yang membabitkan tiga buah kereta dan sebuah treler di KM250.1 Projek Lebuhraya Utara Selatan (PLUS) arah utara dalam kejadian yang berlaku pada kira-kira pukul 6.40 pagi tadi berhampiran hentian sebelah Senawang dekat Seremban hari ini.- Foto Bernama
Dua rakan sekerja maut dalam kemalangan yang membabitkan tiga buah kereta dan sebuah treler di KM250.1 Projek Lebuhraya Utara Selatan (PLUS) arah utara dalam kejadian yang berlaku pada kira-kira pukul 6.40 pagi tadi berhampiran hentian sebelah Senawang dekat Seremban hari ini.- Foto Bernama
SEREMBAN - Dua rakan sekerja maut dalam nahas membabitkan lima kenderaan di Kilometer 250, Lebuh Raya Utara-Selatan (PLUS) arah ke utara dekat sini pagi tadi.

Mereka dikenali sebagai Ahmad Azlan Zakaria, 25, dan rakannya Mastura Abd Karim, 34, yang meninggal di tempat kejadian yang berlaku kira-kira 6.45 pagi.

Ketua Polis Daerah Seremban, Asisten Komisioner Muhamad Zaki Harun berkata mereka merupakan penumpang kenderaan pelbagai guna Perodua Alza yang terbabit dalam  kemalangan itu.

Beliau berkata mayat mereka dibawa ke Hospital Tuanku Ja'afar di sini. Katanya tiga lagi cedera dalam kemalangan yang turut membabitkan kereta Proton Saga FLX, Perodua Alza, Nissan Almera dan dua buah treler.

"Kemalangan berlaku apabila Proton Saga FLX yang dipandu seorang lelaki dilapor hilang kawalan dan bergesel dengan sebuah treler yang membawa minyak pelincir sehingga menyebabkan Proton Saga FLX terbabit terbalik di lorong  kanan.

"Pada masa yang sama, Perodua Alza yang dipandu di belakang Proton Saga FLX itu cuba mengelak, namun melanggar bahagian belakang sebuah lagi treler di lorong paling kiri.

"Ketika itu juga Nissan Almera yang datang dari arah belakang yang cuba mengelak kesemua kenderaan berkenaan, turut terbalik di lorong tengah,"katanya. 

Muhamad Zaki berkata yang cedera ialah seorang penumpang Proton Saga FLX yang kepalanya dipercayai bergeser pada permukaan jalan, pemandu Proton  Saga FLX dan pemandu Perodua Alza.

Beliau berkata kemalangan mengakibatkan kesesakan sepanjang dua kilometer. Sementara itu Ketua Operasi dari Balai Bomba dan Penyelamat Senawang, MohdFazli Jamaludin berkata pihaknya membantu mengeluarkan mangsa yang meninggal dan  tersepit dalam kenderaan mereka. - Bernama

Bas persiaran hangus terbakar


Anggota bomba melakukan kerja-kerja memadamkan api pada bas persiaran berkenaan
Anggota bomba melakukan kerja-kerja memadamkan api pada bas persiaran berkenaan
SEREMBAN - Sebuah bas persiaran musnah terbakar ketika dalam perjalanan ke depoh simpanan bas di Cyberjaya selepas menghantar penumpangnya di Johor Bahru, malam kelmarin.

Kejadian berlaku kira-kira 10.20 malam di Kilometer 275 Lebuhraya Utara - Selatan, arah utara (Plus), arah Utara, kelmarin.

Bagaimanapun, pemandu bas berkenaan dikenali sebagai Prakash, 31, sempat menghentikan bas di laluan kecemasan sebelum menyelamatkan diri.

Ketua Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat negeri, Badrotamam Abd Rahim berkata, tiga jentera termasuk dua unit RIM berserta 16 anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Nilai dan Seremban berkejar ke lokasi kejadian selepas menerima panggilan kecemasan.

Beliau berkata, sebaik tiba ke lokasi kira-kira 16 minit kemudian, api sudah marak sehingga ke bahagian hadapan bas.

“Hasil siasatan awal mendapati, kebakaran berpunca di bahagian belakang bas dan kemudian merebak ke dalam bas.

"Api cepat merebak dan memusnahkan bas itu disebabkan kusyen kerusi bas merupakan bahan yang mudah terbakar,” katanya di sini, semalam.

Badrotaman berkata, pemandu bas yang menyedari kejadian itu cuba memadamkan api dengan menggunakan pemadam api kecemasan, namun gagal.

Beliau bagaimanapun memuji tindakan pantas pemandu bas berkenaan yang menghentikan kenderaan itu di laluan kecemasan serta tidak mengganggu lalu lintas.

Remaja Sawan Mati Lemas Di Hadapan Rumahnya.


Diterbitkan: Jumaat, 19 Disember 2014 11:05 PM

TUMPAT: Seorang remaja lelaki berusia 17 tahun yang menghidap sawan mati lemas selepas terjatuh ke dalam air banjir di hadapan rumahnya di Kampung Teluk Jering di sini pagi Jumaat.

Timbalan Ketua Polis Daerah Tumpat, DSP Marzuki Mat berkata dalam kejadian kira-kira 7.10 pagi itu, Che Muhammad Anuar Che Hassan terjatuh ke dalam air dan ditemui kira-kira tiga minit kemudian.

"Kejadian disedari abangnya selepas melihat adik bongsunya itu terjatuh di dalam air yang kemudian cuba diselamatkannya bersama ibunya.

"Namun mangsa didapati telah meninggal dunia," katanya.
Remaja itu dikatakan menghidap sawan sejak setahun lalu, tetapi kerap diserang sawan sejak dua minggu kebelakangan ini. 

Kerana Tangisan Bayi, Tiga Wanita Bertumbuk Dalam Pesawat


Diterbitkan: Sabtu, 20 Disember 2014 10:16 AM

HONG KONG: Bersilih ganti insiden berlaku dalam pesawat kebelakangan ini dan terkini tercetus pergaduhan apabila seorang ibu gagal mengawal emosinya apabila dua wanita menuduh tangisan anaknya terlalu bising.
Kejadian itu berlaku dalam penerbangan dari bandar Chongqing di barat daya China ke Hong Kong.
Ibu berkenaan, Chan Juan Sung, 27, diserang dua wanita yang berang kerana tangisan anaknya mengganggu tidur mereka yang duduk di belakang.
Kedua-dua wanita berkenaan menyuruh Juan Sung ‘mendiamkan’ anaknya, tetapi teguran itu tidak diendahkan.
Menurut penumpang yang duduk di sebelah dua wanita berkenaan, Xiong Wan, selepas ditegur, ibu bayi itu menjerit ke arah mereka sambil berdiri dan menumbuk seorang wanita berkenaan.
“Mereka kemudian membalas serangan itu dan menumbuk ibu berkenaan hingga keadaan menjadi tidak terkawal.
“Bayi itu mula menangis sekuat hati sementara penumpang lain menjerit. Ia seperti dalam filem.”
Ketiga-tiga wanita itu akhirnya diasingkan oleh kru Air China dan ditahan untuk disoal siasat sebaik tiba di Hong Kong.
Kejadian itu berlaku beberapa hari selepas seorang penumpang yang menaiki pesawat buat kali pertama membuka pintu kecemasan ketika kapal terbang masih bergerak di lapangan terbang di Sanya, kerana tidak sabar hendak turun.
Pergaduhan dalam pesawat membabitkan pelancong China dan perbuatan aneh mereka dalam penerbangan menyebabkan pihak berkuasa China mengeluarkan garis panduan ketat bagi memastikan rakyat negara itu berkelakuan baik di luar negara.
Malah, Presiden Xi Jinping turut mengingatkan penduduk negara itu supaya membaiki kelakuan mereka ketika melancong.

Banjir Tidak Jejas Barang Keperluan Asas Di Kelantan - Hasan Malek


Diterbitkan: Sabtu, 20 Disember 2014 5:39 PM
Seorang ibu mendukung anaknya ketika meredah banjir di hadapan rumahnya di Penduduk Mukim Jongbakar Darat dekat Tumpat, Sabtu. Foto BERNAMA

TUMPAT: Bekalan barangan keperluan asas untuk penduduk di Kelantan masih mencukupi walaupun negeri berkenaan kini dilanda banjir teruk, kata Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Datuk Seri Hasan Malek.
Beliau berkata sebelum ini, kementerian mengadakan siri pertemuan dengan pihak terlibat seperti pengeluar, pemborong dan peruncit yang memberi jaminan bekalan keperluan asas tidak akan terjejas.
"Melalui komitmen ini saya dijanjikan soal barangan keperluan, minyak mencukupi.
"Saya turut berjumpa dengan pihak seperti pengusaha pasar raya dan mereka bersetuju memberi bantuan makanan yang akan disalurkan ke pusat-pusat pemindahan," katanya kepada pemberita selepas melancarkan Program Francais Komuniti Pengkalan Kubor 2014 di sini, Sabtu.
Keadaan banjir di Kelantan semakin teruk apabila jumlah mangsa meningkat kepada 19,715 orang tengah hari ini, berbanding 18,812 orang pada sebelah pagi.
Empat kematian akibat banjir direkodkan, masing-masing di Tanah Merah, Tumpat, Kuala Krai dan Kota Baharu sejak negeri ini dilanda banjir gelombang kedua bermula 16 Disember lepas.
Sementara itu, Hasan menggesa pengguna membuat laporan yang tepat sekiranya mendapati ada peniaga sengaja mengambil kesempatan menaikkan harga barang agar tindakan boleh diambil terhadap mereka.
"Kalau betul (berlaku kenaikan harga mencurigakan) tampil buat aduan. Apa kedai, apa barang. Maklumat ini kena tepat...dan kita akan hantar pegawai ke tempat berkenaan untuk buat siasatan.
"Kalau dia (peniaga) menyalahi peraturan serta akta-akta berkaitan perniagaan, kita tidak akan tolak ansur dan ambil tindakan tegas," katanya.
Hasan berkata, kementerian juga kini dalam perancangan untuk mengkaji mekanisme yang bersesuaian bagi merealisasikan skim harga siling bagi barangan asas ketika musim banjir.

Seorang Maut, Dua Parah Dalam Kemalangan Trak Tentera


Diterbitkan: Sabtu, 20 Disember 2014 6:58 PM
Pegawai perubatan memberikan rawatan kepada anggota tentera yang mengalami kecederaan.

KOTA KINABALU: Seorang anggota tentera maut dan dua lagi cedera parah apabila sebuah trak yang membawa 23 tentera terbabas ke dalam parit di Lahad Datu, pantai timur Sabah pada Sabtu.
Anggota tentera dari Rejimen Askar Melayu Diraja (RAMD), Koperal Mohd Farouk Baha disahkan meninggal dunia selepas beliau dibawa ke Hospital Lahad Datu selepas kemalangan yang berlaku di Kampung Biuang pada kira-kira pukul 10.30 pagi.
Salah seorang daripada dua tentera yang cedera dalam keadaan kritikal manakala seorang lagi dalam keadaan parah tetapi stabil.
Anggota tentera yang lain mengalami cedera ringan diberikan rawatan pesakit luar.
Ketua Polis Daerah Lahad Datu, Asisten Komisioner Hamzah Ahmad ketika dihubungi mengesahkan insiden itu.
Beliau berkata, pemandu trak dipercayai hilang kawalan mengakibatkan kenderaan yang membawa sekumpulan tentera terbabas dan siasatan mengenai punca kejadian sedang dijalankan.
Trak berkenaan merupakan salah satu daripada tiga kenderaan yang melakukan konvoi dari Kem Cenderawasih di Tunku, dalam perjalanan ke Sandakan untuk menjalankan rondaan keselamatan ketika kemalangan berlaku.
Difahamkan pemandu trak berkenaan dipercayai gagal mengawal kenderaan dan menyebabkan ia terbabas ke dalam parit dan terbalik.
Pemandu trak dan dua tentera berada di bahagian tempat duduk hadapan manakala 20 lagi duduk di bahagian belakang.

Operasi cari Amiro sukar


Anggota dari unit K-9 bersama seekor anjing pengesan, Hardy, yang turut serta dalam usaha mencari mangsa lemas di muara Kuala Ibai, petang semalam.
Anggota dari unit K-9 bersama seekor anjing pengesan, Hardy, yang turut serta dalam usaha mencari mangsa lemas di muara Kuala Ibai, petang semalam.
KUALA TERENGGANU – Unit Anjing Pengesan K-9 digunakan dalam operasi mencari dan menyelamat mangsa lemas, Muhamad  Amiro Farhan Alias, 16, di muara Kuala Ibai, yang masuk hari kelima, semalam.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Kuala Terengganu, Kamerul Bieza Mohamed Kassim berkata, Unit K-9 membawa dua ekor anjing pengesan dalam usaha membantu mengesan mangsa yang masih hilang sejak Ahad lalu.

“Operasi hari ini (semalam) melibatkan 28 anggota termasuk 12 dari Jabatan Bomba dan Penyelamat negeri, empat dari unit K-9 bersama dua ekor anjing, lapan daripada Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) dan empat anggota Polis Diraja Malaysia (PDRM).

“Keluasan lokasi pencarian juga sudah mencecah 3 kilometer persegi, termasuk mencari di kawasan sungai berhampiran sehingga ke Jambatan Kampung Tok Molor,” jelasnya.

Operasi yang bermula seawal jam 9 pagi melibatkan empat kumpulan dan masing-masing berpecah mengikut tugasan mereka, namun sehingga petang semalam, mangsa masih belum ditemui.

Katanya, operasi berkenaan agak sukar ekoran keadaan ombak yang tinggi, angin kuat dan arus deras.

Bagaimanapun, halangan itu tidak menjadi alasan kepada anggotanya, malah usaha mencari perlu diteruskan sehingga ke satu tempoh yang akan dipertimbangkan.

Dalam pada itu, Kamerul Bieza menasihati orang ramai supaya tidak mandi di kawasan air deras dan elak bermain di tepi sungai atau kawasan risiko yang boleh menyebabkan terjatuh ke dalam air.

Ibu bapa juga perlu sentiasa mengawasi anak-anak mereka supaya tidak bermain air dalam keadaan musim tengkujuh termasuk di kawasan longkang yang dalam.

Banjir: 4 sekeluarga terperangkap 7 jam


  • Isteri Mohd Zain dan dua anaknya kesejukan sebaik diselamatkan awal pagi semalam.Isteri Mohd Zain dan dua anaknya kesejukan sebaik diselamatkan awal pagi semalam.
 1 / 1 
JERTIH - Empat sekeluarga yang terperangkap hampir tujuh jam dalam kejadian banjir di jalan Padang Tapong ke Lata Tembakah berjaya diselamatkan pasukan penyelamat, kira-kira jam 3.30 pagi semalam.

Mangsa, Mohd Zain Ismail, 45, bersama isteri, Noraini Ishak, 40, serta dua anaknya berusia 12 dan 13 tahun terperangkap apabila jalan ke Hulu Besut terputus akibat ditenggelami air.

Menurut Mohd Zain, sebelum kejadian, mereka sekeluarga dari bandar Jertih membeli pakaian sekolah anak dan melalui jalan tersebut untuk pulang ke rumah di Kampung Padang Bual.

“Saya lalu jalan ini sebab jalan utama Jertih ke rumah saya melalui Alor Keladi sudah dinaiki air di Kampung Jerbun. Malangnya selepas kira-kira lapan kilometer, kereta Proton Waja yang dinaiki kami juga tidak boleh melalui jalan tersebut kerana air juga sudah melintas jalan.

“Saya kemudian ambil keputusan berpatah balik ke arah Padang Luas (Padang Tapong) tetapi jalan yang boleh dilalui sebelum ini sudah ditenggelami  air menyebabkan kami tidak boleh ke mana-mana,” katanya.

Mohd Zain berkata, dia cuba meredah air, tetapi enjin keretanya tiba-tiba terhenti menyebabkan mereka berempat terpaksa menolak kenderaan tersebut ke tempat  lebih tinggi.

Lebih malang, ketika menolak kereta, telefon bimbitnya dan isteri terjatuh ke dalam air menyebabkan mereka tidak boleh meminta bantuan.

“Tidak lama selepas terperangkap di situ, saya ternampak lampu kenderaan di seberang jalan yang tenggelam lalu saya beri isyarat dengan lampu kenderaan. Namun saya tidak menaruh harapan kerana sehingga jam 2 pagi tidak ada sesiapa datang,” katanya

Bagaimanapun kira-kira jam 3.30 pagi, dia sekeluarga lega apabila mendengar enjin bot dan terlihat lampu suluh.

Tiga anggota JPAM datang menyelamatkan mereka dan dibawa ke pusat pemindahan Kampung Padang Tapong.

Jangan tangguh untuk pindah


WARTAWAN SINAR HARIAN
19 Disember 2014


PASIR MAS - Ketua Polis Daerah Pasir Mas, Asisten Komisioner Haliludin Rahim menasihatkan orang ramai yang tinggal di kawasan rendah supaya tidak mengamalkan sikap suka bertangguh terutama ketika banjir mula melanda negeri ini.

Haliludin menegaskan, orang ramai perlu segera berpindah ke pusat pemindahan banjir apabila rumah mereka ditenggelami banjir dan setelah mendapat arahan untuk berbuat demikian

Menurutnya, sikap suka bertangguh terutama berkaitan perpindahan ke pusat pemindahan banjir akan memberikan kesukaran kepada anggota penyelamat ketika menjalankan tugas mereka.

"Perlu dimaklumkan bahawa, kerja-kerja menyelamat mangsa banjir dilaksanakan secara berkelompok dan orang ramai perlu memahami situasi tersebut.

"Oleh itu, mangsa-mangsa banjir perlu mematuhi arahan yang dikeluarkan pihak kerajaan bagi memastikan usaha menyelamat dan memindahkan mangsa banjir berjalan lancar," katanya.

Beliau turut mengingatkan penduduk-penduduk di kawasan terlibat banjir agar tidak menunggu sehingga waktu malam untuk berpindah kerana ia akan menyulitkan operasi menyelamat.

Katanya, walaupun kebanyakan penduduk sudah masak dengan situasi banjir, mereka tetap perlu berhati-hati dan tidak boleh mengambil mudah situasi banjir yang melanda kawasan kediaman mereka.

"Aspek keselamatan tetap perlu diberi keutamaan kerana kita tidak mahu berlaku sebarang insiden buruk di sepanjang musim banjir ini," tegasnya.

Dalam perkembangan lain, Haliludin berkata, pihaknya turut memberi penekanan terhadap soal keselamatan harta benda milik mangsa-mangsa banjir.

Tambahnya, polis akan sentiasa membuat rondaan di kawasan-kawasan yang ditenggelami banjir bagi memastikan rumah mangsa-mangsa banjir berada dalam keadaan selamat.

"Oleh itu mangsa-mangsa banjir tidak perlu berasa khuatir untuk meninggalkan rumah mereka. Berpindahlah ke pusat pemindahan demi keselamatan diri dan keluarga," katanya.

'Banjir terburuk dalam tempoh 62 tahun'


18 Disember 2014

HULU TERENGGANU - Banjir yang melanda di sekitar Kampung Kemat di sini disifatkan penduduknya sebagai bencana banjir yang paling buruk dalam tempoh 62 tahun.

Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan Keselamatan Kampung (JKKK), Mohd Sahari Musa berkata, 137 mangsa daripada 49 keluarga terjejas akibat limpahan air Sungai Kemat di kampung itu.

"Banjir tahun ini memang paling buruk dalam tempoh 62 tahun sebab biasanya paling ramai pun hanya 12 keluarga dan 38 mangsa yang terjejas tapi kali ini bilangan mangsa meningkat mendadak dan terpaksa dipindahkan.

"Hujan lebat sejak Selasa dan petang semalam menyebabkan sungai mula melimpah dan kita mula memindahkan orang kampung yang terlibat dan pusat pemindahan terpaksa dibuka sejak 5 petang semalam," katanya kepada pemberita ketika ditemui sempena tinjauan Timbalan Menteri Komunikasi dan Multimedia, Datuk Jailani Johari petang ini.

Mangsa Ramlah Ahmad, 53, berkata, dia bersama dua anaknya terpaksa mengharungi air paras dada untuk berpindah apabila air mula memasuki rumahnya.

"Air masuk dalam rumah hingga paras paha, bila kakak keluar dari rumah ianya lebih dalam dan redah hingga paras dada.

"Selama 35 tahun kakak tinggal di sini, ini kali pertama kakak menghadapi banjir macam ini sebab rumah kakak terletak atas bukit dan memang tinggi dari kawasan rumah lain," katanya. - Bernama

Kanak-kanak lari bersembunyi disangka lemas


WARTAWAN SINAR HARIAN
18 Disember 2014

Keadaan banjir di kawasan Felda Tenang pada petang semalam menyebabkan sehingga jam 4 petang seramai 20 orang berpindah.
Keadaan banjir di kawasan Felda Tenang pada petang semalam menyebabkan sehingga jam 4 petang seramai 20 orang berpindah. 



AMPUNG RAJA - Penduduk Kampung Seberang Kastam, di sini, gempar apabila tersebar berita seorang kanak-kanak perempuan berusia 5 tahun lemas di dalam takungan air di depan rumahnya, di sini, kelmarin.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Besut, Hasmadi Hassan berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan memaklumkan kejadian tersebut sebelum mengerahkan anggotanya ke lokasi kejadian.

Bagaimanapun katanya, setelah usaha mencari dilakukan, mangsa ditemui selamat dan bersembunyi di bawah rumahnya oleh orang awam.

“Sebenarnya berlaku salah faham dan mangsa tidak lemas. Bomba difahamkan mangsa lari bersembunyi di bawah rumah selepas dimarahi ayahnya kerana bermain air,” katanya.

Sementara itu berikutan hujan lebat, semalam, menyebabkan beberapa tempat di daerah ini khususnya di Kampung La, Bukit Payong, Felda Tenang  di kawasan Hulu Besut dinaiki air, petang semalam.

Menurut sumber bilik gerakan banjir daerah, beberapa pusat pemindahan banjir telah dibuka sehingga jam 4 petang semalam iaitu di Masjid Kampung Payong, Sekolah Kebangsaan Felda Tenang, Masjid Kampung La dan Dewan Serbaguna Kampung Keruak.

Katanya lagi, jumlah mangsa yang berpindah dijangka meningkat dan lebih banyak pusat pemindahan banjir akan dibuka sekiranya hujan lebat berterusan.

“Setakat jam 7 petang tadi (semalam) laluan di Kampung Jerbon dekat Pasir Akar dan Kampung La ditutup untuk semua kenderaan,” katanya

Lagi fenomena kerang terdampar


WARTAWAN SINAR HARIAN
20 Disember 2014

Pengunjung sanggup bergadai nyawa mengutip kerang dalam keadaan ombak besar.
Pengunjung sanggup bergadai nyawa mengutip kerang dalam keadaan ombak besar. 


Sekumpulan anak muda begitu ghairah memilih kerang dikutip mereka.
Sekumpulan anak muda begitu ghairah memilih kerang dikutip mereka.
Mohamad Fariz (dua, kiri) dan rakan-rakannya mengutip kerang yang terdampar.
Mohamad Fariz (dua, kiri) dan rakan-rakannya mengutip kerang yang terdampar.
Seorang pengunjung menunjukkan hasil kerang diperolehnya.
Seorang pengunjung menunjukkan hasil kerang diperolehnya.
KUALA NERUS – Fenomena ribuan kerang terdampar di pesisir pantai kembali menggemparkan masyarakat negeri ini, bagaimanapun kali ini Pantai Seberang Takir, di sini, menjadi lokasi terbaharu pendaratan spesies tersebut.

Sebagaimana kejadian yang berlaku di Pantai Rusila, Marang pada bulan lalu, keadaan sama turut dapat dilihat di Pantai Seberang Takir apabila orang ramai mula mengerumuni kawasan berkenaan untuk mengutip kerang.

Kejadian disifatkan luar biasa dan tidak pernah berlaku di pesisir pantai berkenaan, turut mengakibatkan pengunjung begitu ghairah mengutip spesies tersebut walaupun dalam keadaan ombak besar.

Difahamkan, penduduk mula mengetahui kerang memenuhi kawasan berkenaan pada awal pagi semalam, dan keadaan bertambah sesak dengan orang ramai menjelang waktu petang.

Minta pengunjung utamakan keselamatan

Dalam kemeriahan tersebut, penduduk setempat turut menyuarakan kebimbangan apabila ada dalam kalangan pengunjung yang membiarkan anak kecil mereka mendekati kawasan air yang berombak besar.

Penduduk, Rosamiza Omar, 47, berkata, tidak dinafikan ramai yang ghairah dengan situasi luar biasa itu, tetapi jangan sampai mengabaikan keselamatan.

“Seingat saya, kejadian kerang mendarat di pantai belum pernah berlaku lagi di kawasan ini. Ia sememangnya menimbulkan kesungguhan dan semangat luar biasa penduduk setempat.

“Tetapi, jangan sampai kita mengabaikan keselamatan kerana nyawa lebih penting berbanding perkara lain. Keadaan pantai ketika ini sangat bahaya dengan keadaan laut bergelora dan ombak besar,” kata anak jati Seberang Takir itu.

Menurut Rosamiza lagi, bukan sahaja kanak-kanak, bahkan keselamatan orang dewasa yang turut serta dalam aktiviti mengutip kerang juga perlu diberi perhatian bagi mengelakkan sebarang kejadian buruk.

“Dalam kes di Pantai Rusila, Marang sebelum ini, beberapa pengunjung nyaris lemas ketika sedang asyik mengutip kerang. Jadikan detik cemas itu sebagai iktibar buat semua.

"Meskipun tidak tahu dengan jelas punca kerang memenuhi kawasan pantai ini, tetapi saya tak tolak kemungkinan faktor ombak kuat yang menolak kerang naik ke darat," katanya.

Tahu melalui laman sosial

Sementara itu, pengunjung, Mohamad Fariz Abdullah, 25, berkata, dia sanggup datang dari jauh semata-mata untuk mengutip kerang setelah mengetahui kejadian tersebut melalui laman sosial.

“Saya dapat maklumat ada banyak kerang di Pantai Seberang Takir sejak pagi tadi (semalam) melalui laman sosial, sebelum memaklumkan kepada rakan-rakan untuk datang ke sini.

“Aktiviti sebegini memang menyeronokkan. Bukan untuk kutip kerang semata-mata, sebaliknya lebih kepada ingin berseronok kerana fenomena kerang mendarat di pantai merupakan perkara luar biasa,” katanya yang tinggal di Kampung Wakaf Beruas, Kuala Terengganu.

Menurut Mohamad Fariz, ketika fenomena kerang mendarat di Pantai Rusila sebelum ini, dia dan rakan-rakan turut mengambil kesempatan mengutip spesies tersebut.

Bagaimanapun katanya, dia dan rakan-rakan tetap mementingkan keselamatan dengan hanya mengutip kerang di tepi pantai, tanpa perlu masuk ke dalam air.

“Aktiviti mengutip kerang sememangnya menyeronokkan dan dalam masa sama, kita dapat nikmati makanan laut itu secara percuma hasil kutipan dilakukan sendiri,” katanya yang mengakui saiz kerang tersebut jauh lebih kecil berbanding kerang dijual di pasaran.

Tiga keluarga bergelut banjir di Pulai Chondong


19 Disember 2014

MACHANG - Tiga keluarga di Kampung Belukar, Pulai Chondong dekat sini terpaksa bergelut dengan banjir dan dipindahkan ke kawasan selamat apabila rumah mereka dinaiki air setinggi kira-kira tiga meter sejak Rabu lepas.
   
Kampung mereka dinaiki air setelah paras air Sungai Bagan dan Sungai Kelantan melimpah, akibat hujan tanpa berhenti sejak Ahad lalu.

Seorang mangsa banjir Kampung Belukar, Rahmah Daud, 53, yang ditemui Bernama berkata beliau sekeluarga terpaksa berpindah ke surau berhampiran apabila rumah mereka mula dinaiki air pada 8 malam, Rabu.
   
"Alhamdulillah kami sekeluarga menyedari awal, air mula masuk ke rumah dan menyelamatkan dokumen penting dan beberapa barang berharga," katanya kepada Bernama ketika ditemui di surau berkenaan.
   
Suri rumah itu berkata beliau menghadapi kesukaran menguruskan anak-anak dan barang ketika berpindah ke surau, lebih-lebih lagi dalam keadaan anak perempuannya Norshazwani Rosli, 12, mengalami demam.     
   
Seorang lagi suri rumah, Nur Daud, 48, turut mengeluh kerana keluarganya terpaksa menghadapi kesukaran banjir setiap tahun dan kali ini keadaannya lebih teruk berbanding tahun lepas.
   
Bagaimanapun beliau sekeluarga bersyukur penderitaan mereka terus mendapat perhatian baik daripada kerajaan negeri dan kerajaan pusat.
   
Mangsa banjir di kampung berdekatan, Kampung Titian Tok Ali, Abu Razak Ismail pula berkata beliau risau akan berdepan masalah mendapatkan bekalan makanan apabila tidak dapat ke bandar berdekatan kerana Jalan Kemubu, yang menghubungi kampung itu telah ditenggelami air sejak Rabu.
   
Keadaan itu turut menyebabkan beberapa kampung lain iaitu Kampung Belukar, Kampung Lepang Kandis, Kampung Chekok turut terputus hubungan.
   
Sehingga 9 malam tadi, keadaan banjir di kampung berkenaan mulai surut dan mangsa banjir bercadang pulang menjenguk rumah masing-masing pagi ini. – Bernama

Lebih 20 keluarga nyaris hanyut


ROSALWANI CHE SOH
20 Disember 2014
Jalan yang menghubungkan dua kampung termasuk Kampung Perupok dan Kampung Tikat runtuh akibat limpahan sungai Budor dalam kejadian awal pagi kelmarin.
Jalan yang menghubungkan dua kampung termasuk Kampung Perupok dan Kampung Tikat runtuh akibat limpahan sungai Budor dalam kejadian awal pagi kelmarin.



KOTA BHARU - Lebih 20 keluarga di kampung Tikat, Jalan Pantai Cahaya Bulan (PCB) nyaris dihanyutkan air selepas tebing sungai runtuh sebelum memusnahkan tiga kediaman di sini awal pagi kelmarin.

Mangsa, Raja Pisah Raja Soh, 68, berkata, ketika kejadian dia hanya berseorangan memandangkan anak dan cucunya pulang ke rumah mentua di Sungai Keladi yang terletak tidak jauh dari kediamannya.

“Saya terjaga dari tidur selepas mendengar panggilan anak saudara, Raja Azlan, yang memaklumkan laluan jalan di hadapan rumah runtuh akibat limpahan ari sungai Budor dipercayai akibat penutupan pagar di rumah pam air yang menghubungkan Penambang ke dua kampung berdekatan termasuk Perupok dan Tikat.

“Lepas mendengar jeritannya, saya terus jenguk dari jendela dan mendapati keadaan rumah senget dan condong ke bahagian depan sebelum melihat limpahan air sungai yang deras dan terus menerpa masuk ke dalam rumah,” katanya kepada pemberita.

Menurutnya, anak saudaranya itu kemudiannya terus terjun ke dalam sungai dan menyelamatkannya yang ketika itu dalam kebingungan dan sedih akibat kejadian itu.

Raja Pisah berkata, akibat kejadian itu dia kerugian lebih RM150,000 yang bukan sahaja melibatkan kerosakan rumah malah kehilangan harta benda termasuk barang kemas, wang dan perabot.

Seorang lagi mangsa, Abdul Halim Yusof, 40, yang tinggal bersama isteri dan lima anaknya berusia antara tiga hingga 15 tahun, berkata ketika kejadian dia sedang nyenyak tidur sebelum terdengar bunyi dentuman kuat dengan diikuti rumahnya bergoyang dan condong.

“Sebaik menyedari jalan di hadapan rumahnya terputus dua yang diikuti bahagian depan rumah runtuh satu persatu, saya bergegas mengejutkan seluruh ahli keluarga dan menyelamatkan diri ke belakang rumah turut dilimpahi air sungai, namun terpaksa redah walaupun paras air cecah kira-kira 2.5 meter.

“Rumah yang saya duduki itu merupakan kediaman di bawah Projek Perumahan Rakyat dibina Kerajaan Pusat sejak dua tahun lalu dengan harga RM45,000, namun kini semuanya musnah kerana dirempuh air sungai akibat hakisan yang disebabkan banjir.

“Bagaimanapun, saya tetap bersyukur kerana semua anak dan isteri saya selamat walaupun harta benda tidak sempat diselamatkan,” katanya.

Pekan Rantau Panjang lumpuh ditenggelami air


AZLIDA ALIMIN
18 Disember 2014

 Keadaan jalan raya di Kota Bharu - Kuala Terengganu di Peringat mula ditenggelami banjir. Bagaimanapun semua kenderaan masih dibenarkan melaluinya. Foto Sinar Harian oleh Mohd Zailani Abd Rahman
 Keadaan jalan raya di Kota Bharu - Kuala Terengganu di Peringat mula ditenggelami banjir. Bagaimanapun semua kenderaan masih dibenarkan melaluinya. Foto Sinar Harian oleh Mohd Zailani Abd Rahman 



RANTAU PANJANG - Pekan Rantau panjang yang cukup popular sebagai destinasi pelancongan sempadan kini lumpuh akibat banjir kilat sejak awal pagi ini.

Kawasan berkenaan dinaiki air setinggi tiga meter di beberapa kawasan rendah itu mendatangkan bahaya kepada penduduk.

Tinjauan Sinar Harian mendapati ratusan kereta penduduk ditenggelami air akibat banjir terburuk sejak 2007 dahulu.

Difahamkan, air Sungai Golok yang berdekatan mula melimpah ke kawasan berkenaan juga antara faktor banjir ini.

Banjir terburuk di Pasir Puteh sejak 15 tahun


WARTAWAN SINAR HARIAN
19 Disember 2014

Keadaan banjir di Kampung Tebing Tinggi, Jalan Semerak.
Keadaan banjir di Kampung Tebing Tinggi, Jalan Semerak. Keadaan banjir di Kampung Tebing Tinggi, Jalan Semerak.

Penunggang motosikal meredah banjir di Jalan Pasar Lama petang semalam.
Penunggang motosikal meredah banjir di Jalan Pasar Lama petang semalam.

PASIR PUTEH - Banjir yang melanda semalam, adalah yang terburuk sejak 15 tahun apabila jalan utama di bandar Pasir Puteh dinaiki air sehingga 0.5 meter.

Antara jalan-jalan yang dinaiki air di bandar ini adalah Jalan Pasir Puteh ke Kota Bharu, Jalan Madrasah dan Jalan Pasar Lama sehingga terpaksa ditutup kepada kenderaan ringan lebih tujuh jam mulai 7 pagi.

Jalan Pasir Puteh ke Kota Bharu di Panggung Tiga Daerah dan Danan, Jalan Pasir Semerak di Tebing Tinggi, Gong Chapa dan Temila, Jalan Lama Machang di Kampung Saring dan Jalan Jerteh di Gaal tidak boleh dilalui kenderaan ringan.

Ketua Polis Dearah, Deputi Superintendan Abd Rozak Muhammad berkata, sehingga jam 3 petang semalam, mangsa banjir yang dipindahkan meningkat kepada 527 orang berbanding 21 mangsa yang ditempatkan di Sekolah Kebangsaan (SK) Wakaf Raja mulai Isnin lalu.

Katanya, seramai 26 mangsa daripada lima keluarga dari Kampung Gong Kala dan Kampung Tasek ditempatkan di SK Wakaf Raja, 231 mangsa daripada 66 keluarga dari Kampung Darang Buaya dan Batu Hitam berada di SK Changgai, sementara 270 mangsa dari Kampung Bharu, Tok Sudin, Kampung Nara, Tok Sudin, Wakaf Bunut dan Kampung Surau dipindah ke Dewan Besar Kamil.

Di Kampung Gong Kua, anggota Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM) menyelamatkan dua beranak yang terlantar sakit di rumah ketika air dalam rumah mencecah 0.5 meter.

Noradiatul Afikah Rohaiman, 36, yang patah paha kanan dan ibunya, Nik Haspizah Hasanuddin, 34, yang patah paha dan kedua-dua betis akibat kemalangan dua minggu lalu dibawa ke pusat pemindahan.

Bapa Noradiatul Afikah, Rohaiman Mansur, 36, berkata, walaupun dia sudah menyediakan tempat tinggi untuk keluarganya yang sakit, dia memutuskan untuk berpindah kerana paras air makin meningkat.

Adun Limbongan, Mohd Nazlan Mohamed Hasbullah, ketika melawat mangsa banjir di Dewan Besar Kamil semalam berkata, mangsa banjir tidak perlu menunggu saat akhir untuk berpindah kerana ia merumitkan tugasan pasukan penyelamat kerana banjir berlaku serentak
di beberapa kawasan.

“Ada sesetengah mangsa enggan berpindah ketika pasukan penyelamat mahu menghulurkan bantuan sebelum akur dengan keadaan yang semakin membahayakan," katanya.

Sementara itu, Ketua Umno Bahagian, Zawawi Othman berkata, pihaknya memperuntukkan RM10,000 untuk membantu penduduk yang terjejas kerana banjir di daerah ini.

Katanya, bantuan berupa bekalan makanan itu akan diagihkan secara berperingkat kepada kira-kira 400 keluarga melalui program lawatan rumah ke rumah.

Mangsa lemas berkelakuan pelik


WARTAWAN SINAR HARIAN
20 Disember 2014

Keadaan mayat mangsa yang ditemui kira-kira tujuh jam selepas dilaporkan hilang.
Keadaan mayat mangsa yang ditemui kira-kira tujuh jam selepas dilaporkan hilang.

Siti Aminah menyiram air mawar di pusara suaminya.
Siti Aminah menyiram air mawar di pusara suaminya.

TANAH MERAH - Isteri mangsa lemas ketika menangkap ikan menggunakan ‘taut’ di sebuah alur air, dekat Bukit Gading, di sini, kelmarin, tidak menyangka kelakuan pelik suaminya sebelum kejadian menjadi petanda sesuatu yang buruk akan berlaku.

Siti Aminah Razali, 29, berkata, kematian mengejut suaminya mengingatkan dia kepada perbuatan arwah yang mencium dua anak mereka sebanyak dua kali sebelum keluar rumah kira-kira jam 5 petang, kelmarin.

Menurutnya, arwah suaminya, Mohd Isa Hamad, 40, juga meminta untuk membawa bersama bekalan makanan kerana katanya, dia tidak akan pulang ke rumah pada malam kejadian.

“Semasa nak keluar rumah arwah cium dua anak kami dan selepas berjalan beberapa langkah, dia berpatah balik dan cium mereka berdua sekali lagi.

“Bila berlaku kejadian ini, terlintas di fikiran saya kelakuan pelik arwah kerana sebelum ini, kalau nak keluar rumah, dia hanya cium anak sekali saja,” katanya, semalam.

Mayat Mohd Isa ditemui penduduk kampung kira-kira 10 meter dari lokasi dia dilaporkan tenggelam dalam alur air berhampiran Sungai Manal, Bukit Gading, jam 12.30 tengah malam.

Dalam kejadian kira-kira jam 5.30 petang, kelmarin, mangsa dikhuatiri lemas selepas hilang ketika menahan ‘taut’ di kawasan tersebut bersama seorang rakan, Marzuki Mokhtar, 24.

Mohd Isa yang bekerja mengambil upah membina rumah meninggalkan seorang isteri, seorang anak perempuan dan tiga lelaki berusia 11 bulan hingga 12 tahun.

Menurut Siti Aminah, arwah suaminya lebih gemar mengail berbanding menangkap ikan menggunakan ‘taut’ dan akan keluar rumah hampir setiap hari untuk memancing.

“Kebetulan anak kami yang berkhatan nak makan ikan haruan, sebab itu arwah suami tak pergi mengail tapi tahan ‘taut’,” katanya.

Sementara itu, perubahan sikap Mohd Isa turut disedari Marzuki apabila mangsa dikatakan terus bergegas ke kawasan alur air itu sebaik sahaja mereka sampai.

“Selalunya kami tinjau kawasan dahulu dan akan bincang nak mengail kawasan mana tetapi kelmarin selepas letak motosikal, dia terus pergi ke kawasan alur air.

“Jauh juga jarak dia di hadapan dan saya hanya sedar dia lemas tidak lama selepas itu bila dia panggil saya dan waktu itu, air sudah berada di paras leher dia,” katanya.

Tambahnya, dia sempat menyelam dan cuba mengangkat Mohd Isa sebanyak dua kali tetapi gagal kerana waktu itu, badan mangsa sudah longlai dan tidak terkapai-kapai seperti kebiasaan orang hampir lemas.

“Bila saya timbul untuk ambil nafas, waktu itu pegangan saya terlucut dan bila menyelam sekali lagi, dia sudah tidak ada di tempat dia tenggelam,” kata Marzuki.

Katanya, dia kemudian meminta bantuan penduduk kampung paling hampir kira-kira dua kilometer dari lokasi kejadian sebelum membuat laporan polis pada jam 6.30 petang.

Penduduk yang menemui mayat mangsa, Azhar Razali pula berkata, mangsa ditemui di dasar alur air sedalam kira-kira 1.2 meter itu selepas 15 minit dia bersama dua penduduk menyambung pencarian.

“Badan mangsa ditemui dalam keadaan tertiarap di dasar alur Lubuk Kubang Rusa kira-kira 10 meter dari tempat dia hilang selepas kami bertiga membuat rantaian dan melakukan pencarian menggunakan kaki,” katanya.

Dalam pada itu, jenazah Mohd Isa selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Bukit Gading selepas solat Jumaat dengan dihadiri Pengarah 2 Dun Kemahang, Ahmad Ismail.

Selain mengucapkan takziah kepada keluarga mangsa, Ahmad turut menasihatkan penduduk supaya lebih berwaspada pada musim banjir ini bagi mengelakkan kejadian kehilangan jiwa seperti itu tidak berulang